Sunday, January 13, 2013

Review: CC Cream, BB Cream

Assalamualaikum uolls :)
Waalaikumussalam Aisyah.

hari nih aku nak review CC cream daripada Rachel K. hari tuh aku dapat sample yang warna pink punya kan. so, nak review lah siket bagus ke tak CC cream nih. ok, setakat nih aku ada 2 BB cream iaitu Maybelline BB Cream White SPF50 dengan FaceShop BB Cream. so, kat sini aku nak compare lah CC cream dengan BB Cream. mana yang lebih bagus dan lebih berkesan.


CC cream by Rachel K sangat bagus untuk orang yang kulit natural flawless takde jerawat, takde masalah pore terbukak besar, takde parut jerawat etc. senang cerita kulit yang betul2 bersih lah. untuk orang macam nih, sangat sesuai. sebabnya bila kita pakai CC cream, dia terus meresap dalam kulit kita dan hasilnya sangat2 natural. umpama ko takde pakai apa2 cream. 

tapi, bahagian concealer dia, sangat lemah. pore aku kan kalau dekat2 boleh dikatakan besar lah jugak, dia hanya mampu menutup 10% jer. kalau jerawat, harap maaf la memang tak tutup langsung. that's why aku kata, orang yang kulit flawless je yang sesuai dengan CC cream Rachel K.

(Before) Maybelline, FaceShop, Rachel K

(After) Maybelline, FaceShop, Rachel K

untuk perbandingan pulak. kalau tengok dekat gambar di atas nih. dari kiri BB Cream Maybelline, BB Cream FaceShop, and CC Cream. yang pasti CC Cream paling tak nampak kan? sebab cream dia sangat bagus, bila kita sapu dia rata dan terus meresap dalam kulit. tu pasal aku kata natural sangat CC cream nih.

*yang FaceShop punya tuh warna dia nampak tak match kan? memang camtuh. dah lepas beberapa minit baru dia sama warna. pelik kan? hihi

2nd place goes to BB Cream Maybelline. selalunya memang aku akan guna yang nih kalau nak pergi mana2. jarang aku guna BB Cream FaceShop. yang aku suka BB Cream Maybelline nih, untuk kulit muka aku, sangat sesuai. sangat. kan, aku punya kulit muka selalu keluar jerawat pasir then bila guna BB Cream nih, tak nampak lah kokk. hahaha. kalau pore aku tuh, dalam 40% lah dia cover. eh memang aku suka giler ah dengan BB Cream Maybelline nih. sangat puas hati memakainya. 


paling worst BB Cream FaceShop (menyesal aku beli aih). sebabnya bila kita sapu, tak rata hasilnya. after guna benda nih dekat muka, mesti kena touch up dengan bedak siket supaya nampak sekata. so, dua kerja dah ko kena buat. kalau guna yang lain nih, pakai je cream terus jalan. takyah lagi dah nak berbedak2. lagi pun, aku nih kalau guna bedak, muka akan lebih berminyak daripada kebiasaan. dah boleh goreng ikan dah guna minyak muka yang ada.

tu pasal aku suka guna BB Cream. ringkas, mudah, lengkap. kulit muka pun tak berminyak melampau2. hehehe. haa! nak add siket pasal SPF. Maybelline SPF50++, FaceShop SPF37++, Rachel K SPF35++. so, itu sahaja daripada saya, Aisyah untuk review CC Cream and BB Cream.

p/s : yang aku review nih bila kita close-up tau. kalau dari jauh, ketiga-tiga nih bagus. kalau ambik gambar, nampak comey ar. hihihi

*kalau nak sample CC Cream, boleh tengok kat entry yang nih. KLIK SINI.

13 comments:

Keknis said...

anis pun suka bb cream maybelline :)

Unknown said...

suka guna bb cream juga..skrg lyeen guna bb cream garnier..

Maria Firdz said...

nk try gak pkai, tapi mcm tak smpat je.. hehe

~CAHAYA~ said...

sy nk tany, lps pakai bb cream kena buang ngn penanggal mekap gak ke? atau cuci ngn air?...huhu

Aisyah Taib said...

yup. kena cuci ngan makeup remover. even kalau kita expose pada habuk biasa pun, tetap kita kena guna makeup remover supaya bila cuci nnt kulit kita betul2 bersih.

✿INA AINAA✿ said...

dlu ena pkai bb, now dah tak pakai.. jerawat2.. ishhh bnci sungguh jerawat ni...

Aisyah Taib said...

kenapa ena tak pakai dah? tak ngam dengan kulit?

Anonymous said...

apa beza bb cream dgn faundation ? ok ke pakai bb cream lps tu tak perlu pakai bedak ?

Aisyah Taib said...

bb cream texture dia lebih nipis. manakala foundation lebih tebal.

maksudnya, bila kita guna bb cream, dia nampak lebih natural umpama kita tak guna apa2 sedangkan kita guna bb cream. klu foundation, dia mampu untuk cover semua muka kita, jerawat ke apa ke sebab texture dia yg lebih tebal. so, mmg ketara yg kita pakai foundation dan x nampak natural.

Anonymous said...

Terima kasih akak :)

Unknown said...

akak bb cream nie boleh meratakan kulit tak ? sebab ain jenis tona tak sekata bawah dagu .

Aisyah Taib said...

Boleh je. Hihi ;)

Unknown said...

Nak try jugak maybeline laaa..hehe

Jemput singgah www.bondasihat.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
My Ping in TotalPing.com