Thursday, January 17, 2013

Kebaikan Buah Lemon

*aku tak suka baca. tapi kalau bab kesihatan, fesyen, aku suka baca. suka dengar. suka tengok. mungkin yang bahagian lain, perlu diterapkan dalam diri nih tak lama lagi.


so, hari tuh aku ada baca benefits buah lemon. ada banyak kelebihan buah lemon sebenarnya. selain dia boleh digunakan dalam masakan, lemon jugak berfungsi dengan baik dalam sistem badan. aku dah lupa apa nama saintifik yang ada dalam lemon tuh sendiri yang menyebabkan dia bagus dalam sistem badan. rasanya korang boleh google kot benda tuh. hihi.

apa yang aku nak cerita kat sini. Lemon nih baik untuk merawat jerawat. 4 hari lepas kat dagu aku ada jerawat tumbuh. pedih tau tak. yang masih fresh tuhh. then, aku tengok dekat youtube cara menangani jerawat. cara dia senang je. perahkan lemon, then ambik kapas muka, letakkan siket perahan lemon tuh kat kapas tadi. kemudian, ambik sedikit gula pasir taburkan atas kapas muka. then, sapu keseluruh muka. biarkan seminit, bilas.

mula mula aku tak faham kenapa nak tambah gula kan. fungsi gula tuh supaya jerawat tadi tak pedih sangat. macam scrub pun ada gak. jangan tonyoh sekuat hati, nanti pedih muka hang. lepas je aku guna cara tuh kan, kecut terus jerawat tuh. hihi.

selain daripada merawat jerawat, aku amalkan minum air lemon setiap pagi. kebaikkannya hari hari aku berak. hahaha. aku nih kalau tak keluar peluh, memang susah nak berak. tak tau lah penyakit apa nih. aku dah try untuk keluarkan peluh, susah der. penat dah berjalan laju2 ke hulu ke hilir. peluh tak banyak keluar. nak cari tangga, takdelah pulak rumah aku nih bertangga. kalau ada tangga, lebih cepat keluar peluh.

mungkin lepas nih, aku kena amalkan berjalan laju sambil bawa beban. pikul beg berat berat macam askar. hahaha.

so, setakat nih aku gunakan lemon untuk merawat jerawat dan untuk melancarkan sistem berak.  it works for me. tak percaya cubalah sendiri.

4 comments:

Jujubabes said...

tak sangke banyak pulak khasiat lemon ni ...terime kasih berkongsi ye :)

~CAHAYA~ said...

camaner cara wt air lemon? kena guna sebiji lemon ke utk satu gelas?

Aisyah Taib said...

ohh tak perlu. kan dah potong dua, potong lagi dua. then perah dekat air kosong satu gelas. minum masam2 tuh. hehe

lyanamahat said...

lemon salah satu agen yang mempu membantu proses kecantikan.. hehehe.. try it dear!!

done follow u, follow me back at http://lyanamahat.blogspot.com/2013/01/malaysian-state-national-holidays-2014.html

tq =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
My Ping in TotalPing.com