Sunday, November 25, 2012

Sakit Untuk Cantik.

Assalamualaikum.

kalau dah namanya perempuan, mestilah sukakan kecantikan kan? apa aku nak share kat sini, ada sesetengah orang tuh sanggup sakit untuk cantik. apa yang dimaksudkan sanggup sakit untuk cantik? definition dia tuh sangat besar. betul? boleh dikaitkan dengan fashion, boleh dikaitkan dengan rawatan dan sebagainya. entry nih hanyalah pendapat aku je ye.

ini namonyo kerjo gilo. jangan tiru eh.

dari segi fashion, of course ler pasal high heels. ada sesetengah pihak tuh suka sangat guna high heels untuk nampak lebih bergaya ketika berjalan. ala-ala catwalk gituh. supaya jalan tuh tak menunduk dan sentiasa nampak confident. masalahnya sakit woah guna high heels all the time pegi jalan2, shopping. letih kot. kalau sekejap sekejap jer boleh lah kan. contoh macam pegi dinner. 

kalau aku, sangat lah sakit untuk guna high heels ketika jenjalan mana mana je. pernah dulu aku kerap guna kasut bertumit 2 hingga 3 inci untuk pergi shopping, pergi kelas. senang cerita mana mana jelah. mak aih sakitnya tapak kaki bila balik. of course lah time tuh aku rasa megah to the max dapat guna kasut tinggi jenjalan.

lama lama lepas tuh aku dah jadi tak minat sebab aku rasa bila aku berjalan, makin lambat. dah lah aku nih dikenali sebagai ratu lenggang ketika berjalan kaki. pakai lagi kasut tinggi memang lagi lambat lah. so, sekarang nih aku guna flat jer dan mesti bertutup. its my favourite now! tehee :D 

for me, tak perlu pun nak gayakan kasut tinggi2 tuh sangat. sekali sekala okay. tapi kalau dah jadi satu kewajipan tuh susahlah kan. nanti kesian kat tulang belakang kita nak support tau. tapi kan, sebelum aku tukar ke flat tuh, memang sakit lah kaki nak biasakan guna flat. kan dah biasa sangat guna bertumit tetiba nak tukar ke flat. sangat sakit. lama kelamaan okay lah dah.

lagi bagus lagi, tak payah guna kasut macam nih ha. hik hik hik.

bukan kereta aku ye.

pergi pulak kepada kulit muka. nih pun lagi satu hal ada sesetengah pihak sanggup pergi cocok sana sini. punyalah nak cantik kan. for me, kalau nak kulit cantik memang dari dalaman kita. selagi kita amalkan makanan yang tak sihat selagi tu lah kita tak boleh nak dapat kulit yang halus mulus, glowing etc. kalau dah semula jadi cantik, fine lah kan bersyukur tinggal nak jaga secara asas je. kalau yang macam aku ni ha, berminyak lepas tuh ikut hormon. kalau stabil cantik lah. kalau tak, beruam sana sini berjerawat. stress tengok tau!

kalau macam aku nih, kena guna produk produk yang betul betul sesuai. lepas tuh barulah okay. dah lah aku suka makan makanan yang bersantan. memang sangat susah nak jaga kulit uolls. itu pun aku dah banyak makanan yang boleh potong lemak lemak tuh. so, okay lah siket kan. hehehe.

all in all, jaga pemakanan dan paling penting jaga hati. hati bersih, automatik akan terpancar di luaran. tak perlu nak sakit untuk cantik.

p/s : aku tak pernah guna high heels. berat i wiss mampu nak tampung dek. i guna wedges jer. itupun ada satu jer. yang lain tak tau mana pegi. hehehe.

thanks for reading! :)

1 comment:

ketikketok said...

idam cantik? cubalah resipi mudah fungus BBC MARDI Station hanya di MARDI Station CH

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
My Ping in TotalPing.com