Monday, November 26, 2012

Rutin Harian.

Assalamualaikum.

rasanya dah cukup sebulan dah aku bercuti. ada lagi 3 bulan lebih lagi mungkin. hehe. sesungguhnya memang boring duduk rumah takde nak buat apa. sangat tipu lah kan aku kata takde benda nak buat. maksud aku kerja yang out door tuh takde. yang perlukan aku keluar sana sini tuh tak ada. 24/7 duduk rumah jer. kalau keluar pun rasanya tak perlu nak bersiap. macam mana aku kat rumah, macam tu jugak aku keluar. pegi kedai je pun kan. 

rutin harian aku macam nih lah. bangun je tidur kemas rumah. kalau perlu masak aku masak. sebabnya kadang2 beli jer lauk kat rumah. lepas tuh tengok tv. petang siket main komputer online sampai malam. sambil sambil tuh fikir nak update apa kat blog. itu jelah aku punya kerja kat rumah nih. kalau petang macam jam 5 tuh keluar lah sekejap kat halaman rumah tengok2 ayam. itupun kalau aku nak.

haa before that, aku lupa yang aku ada aktiviti lagi. dalam jam 3 petang plus plus, aku akan ambik akak aku kat rumah dia dengan anak2 dia balik rumah. kat situ lah masa aku bermain dengan budak budak tuh. kalau mood aku baik, semua pun aku layan. kalau mood aku tak baik, aku sakat dorang sampai nangis. tapi takdelah dasyat mana aku sakat dorang. just nice okay.


kalau bab nak kerja ke apa, aku sendiri tak tau kerja sambilan apa aku nak buat. ada banyak choice. i know that tapi atas sebab sebab tertentu semua tuh aku tolak ke tepi. so, full time duduk rumah goyang kaki. hik hik hik. 

perkara yang paling merisaukan aku apabila duduk rumah adalah berat badan. maklum lah berat aku sedia ada nih pun tak terlarat nak pikul. apatah lagi nak menambah. masalahnya berat tersebut  tak boleh nak dibiarkan begitu sahaja. aku perlu take care dorang. perlu jaga dorang. tau tak perit nak control makan kat rumah nih? tau tak?!

jangan kata aku, sesiapa yang sedang bercuti macam aku sekarang nih akan mengalami masalah yang sama. sedihnyaa lah dapat bercuti nih. kenapalah tak terus je sambung degree? kan senang. huhu. aku bukan fikir macam mana nak turunkan berat badan, tapi mencari lagi resipi resipi yang best untuk dimasak. lepas masak makan. sedap ke tak. haha. duh!

apa apa pun, saksikanlah video menyayat hati tuh. best ouh! hehehe. sorry ada sound problem siket kat video tuh. boleh besarkan video ye. baru best tengok. hahaha.

thanks for reading ! :)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
My Ping in TotalPing.com