Wednesday, May 9, 2012

Internet Banking


Assalamualaikum.

majority semua orang ada account simpanan. aku pun ada. apa aku nak cerita bukan pasal berapa banyak duit dalam setiap account aku, tapi aku nak cerita pasal kebaikkan adanya internet banking. kebanyakkan remaja sekarang tau pasal internet banking. tau cakap je. tapi takde buat pun. hahaha. internet banking nih sangat penting bila umur dah meningkat alam 20an.

kenapa? sebab mudah untuk buat transaksi. bayar bill ke nak transfer duit ke ASB ke apa ke. haa paling mudah beli online. ko tak yah susah beratur kat depan mesin cash deposit tuh semata-mata nak bank in rm6 beli brooch online. memang menyusahkan lah an. kalau ada internet banking, ko klik 3 4 kali dah transaction successful. see! betapa senangnya zaman sekarang nih. 

kekadang barang kita beli harganya rm23 then kat mesin cash deposit tuh hanya boleh terima minima RM10. terpaksa ko bayar RM30. dan selalunya juga penjual takkan pulangkan balance dengan cara letak dalam bungkusan pembeli. bahaya kot. kalau letak pun RM2 ke bawah. lebih je sume jadi kupon. next purchase dia tolak je daripada balance ko tadi. nak nak pulak ko dah taknak beli ngan orang tuh, kira halal jela. see! menyusahkan ko lagi.

sekarang nih, semua bank ada internet banking bagi memudahkan pengguna. keselamatan pun terjamin. dengan adanya internet banking, korang boleh detect berapa jumlah orang masukkan duit kat bank korang. kira macam bank statement la. takyah nak beratur ambik nombor nak mintak bank statement. sangat mudah!

mungkin, orang malas nak buat internet banking nih. eh, benda ni simple je kot. pegi kat mesin ATM ambik pin internet then dah boleh dah guna internet banking. kalau guna CIMB lagi la senang. actually apa bank pun senang sebab dia internet banking. sangat mudah untuk digunakan. believe me!

so, apa tunggu lagi? pegilah buat internet banking. cepat cepat.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
My Ping in TotalPing.com