Tuesday, April 24, 2012

You Me and Shoes


Assalamualaikum.

ingat tak dalam entry The CalaMan Shoes aku ada cakap aku akan post lagi entry pasal kasut online? ada kan? ada kan? haaa, aku nak bagi lagi satu link iaitu You, Me and Shoes also known as YMS. bagi aku, YMS nih antara kategori kedai kasut buatan tangan yang agak popular la. kesiann kepada yang tak tahu. hahaha.

okay. apa yang best pasal YMS nih, ko boleh mintak dorang buat kasut ikut cita rasa ko. nak merah ke, kuning ke hape ke. mintak jer. bukan kata warna je yang ko boleh mintak, malah ketinggian heels jenis kain atau kulit, corak semuanya ko boleh mintak. nampak tak betapa hebatnya YMS? 

cuma, YMS nih tak sesuai kepada orang yang tak reti nak sabar. hari nih order, esok sampai. haaa, makan penyepak namanya tuh. standard la kan ko dah order macam2 kenalah tunggu dua minggu. standard ye kawan-kawan. pasal size pulak YMS paling hebat. sampai size 46 pun ada. bersamaan size 14. ambik kau. ko pikir cincai? hahah.

kalau harga pulak, YMS agak mahal siket. semuanya lebih RM100. kalau kurang pun, RM80 RM90. quite expensive untuk penggemar menukar kasut macam aku :D kalau RM50 RM60 bagi RM100 boleh dapat dua kot. tapi specialnya YMS nih, dia ikut citarasa kita. itu pasti. 

lepas tuh kan, dia jugak ada sediakan kasut untuk lelaki. so, perempuan pun ada, lelaki pun ada. adil kan? dia banyak la bagi contoh kasut. then, kita hanya tinggal pilih warna ngan material yang kita nak. itu jer. senang jer.

nih contoh2 kasut yang YMS sediakan ;




ada banyak lagi pilihan kasut yang dia bagi. nih hanya sebahagian daripadanya. so, kalau korang nak order, boleh pegi ke link yang aku dah bold kan tuh. hehe. selamat mencuba :)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
My Ping in TotalPing.com