Monday, July 25, 2011

reminder.

Assalamualaikum.


aku nak update blog daripada aku balik hari tuh. nih sampai dah nak balik ke kk balik baru nak update. dah basi dah citer2 aku weh. tapi takpelah. baca jelah. untung2 nanti bila aku boring, aku tau kisah silam aku kan kan? hehe. erm, cuti mid sem kali nih memang best la kan. kenapa lak best?

ha nih nak habaq mai. kenapa cuti kali nih best sebab dapat balik rumah. hee :D kalau dulu, jangan harap la nak dapat balik kan. tapi kali nih i dapat balik. balik2 jer dapat jumpa anak buah aku yang no 2. Rahmah Nawar namanya. yang si Damanhuri pun dah besar dah. xdelah beso mana pun. mcm tuh jugakla. haha.

first day sampai rumah dah makan sedap2. kue tiaw goreng sedap yg takkan jumpa kat sabah. xtau kenapa xleh jumpa kat sana. eh memang takleh jumpa la. kat sini je dapat. lepas tuh, hari isnin dah membuak2 semangat nak main bowling ngan raje n farahan. sape lagi geng gua nak main bowling kan? haha. macam biasa game mula2 tak menang. dah last game baru menang dgn jayanya.

hari selasa lepak rumah jer. fikir2 pasal baju dinner. hari rabu pegi MV bongok tuh. serius takde apa kat sana. 1B lagi best. pasar malam gua. hahah. apa punya MV. next time, korang klu nak ajak aku pegi KL, jangan bawak aku kt MV. pleasee la. bawak la pegi tempat yang hevoq2 siket. hari khamis lepak lagi kat rumah. siapkan keje2 apa yang patut.

hari jumaat penutup main bowling bersama kawan2. ramai yang ada. fahmi, faiz, raje, farahan, atikah, anis, arep, dan lain-lain. fahmi mmg xleh bla dgn cara lontar bola bowling. buat malu bai. pun sama aku kalah 3 game. faiz yg menang. cadangnya aku ngan raje je lawan hari jumaat tuh. so, nak dizahirkan jgk hasrat kita orang, kita org pegi tambah lagi 1 game tapi lane lain.

itu jam, gua dah bengang 3 game gua kalah. gua taram la kaw2. fuhhh. lega rasanya. hahaha. lagi 3 4 kali aku dapat markah yg lebih kurang sama, gua beli kasut bowling. hari sabtu pulak abang aku ajak main bowling. yg ni lagi takleh bla. nama masing2 tukar. jadi sheikh ghadafi la tuan haji la. haha. tapi yang pasti aien la yg menang. dia yg tua kan. jd dia la yg menang. no wonder dorang laki.
*10 game aku main minggu nih sahaja. hebat tak?

baju dinner gua tak berapa nak kesah. gua sangat kesah pasal kasut. hahaha.

citer pasal dinner pulak, aku bercadang nak beli baju. malangnya, aku langsung tak berkenan dengan baju2 yang ada. memang aku tak suka kalau baju kurung, beli dari kedai. tak sedap pakai. aku nak jugak mak aku yang jahit. for your information, baju gua memang tak glamour, tapi baju gua cute. hahaha. ahh tak kesah ar glamour ke tak. ikutkan hati aku nih, pegi pun taknak. serius. rasa malas betul. 

so, sekarang nih cuti pun dah nak habis. hari selasa pagi aku dah balik kolej. and next week dah start berpuasa. aku rasa sedikit terkilan sebab tak dapat lagi berpuasa di rumah. rancangan tv indon pun best2 citer dia. terpaksalah tinggalkan. nak buat camne. kalau tv nih boleh aku angkut pegi sana dah ku bawakkan dah.

itu sajalah daripada saya. sekian terima kasih. thanks for reading yaw!

*SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADAN :)

5 comments:

kama said...

comeynya bb 2..pndai posing hehehe...salam ukhwah...nice blog..

Raja Norhazrin said...

kak mah comel sangat weh!!
siyes nak sangat jumpa dia cium2 sampai lebam. haha!

p/s : xyah nak bongokkan sgt. pasni kite jgn gi sane dah. kite gi TS lak. kalo TS pon bongok, kite gi OU, kalo sume bongok kite gi 1 plaza je. keh3

Aisyah Taib said...

yeahhh! pegi TS.
huhu. nanti kite pegi ramai2. jangan ajak bf awak. nnt tak dapat nk dating ngan awak.

ko dating ngan pakwe ko kat MV jer. jgn ubah2 tempat.

Raja Norhazrin said...

takde makne dah nak gi TS ajak dia. dia da busy kat utem tu ha. keh3 tak sabo nak date ngan awak kat TS nih!!!!!!

masih tawar hati nak dating la :|

Aisyah Taib said...

saya pun tak sabar nak dating ngan awak :))

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
My Ping in TotalPing.com