Tuesday, October 20, 2015

Diam lebih baik. Sebenarnya tak.

ye tau lama dah tak update entry kat blog ni. well, now aku ada kehidupan yang baru. kehidupan yang tak pernah aku expect pun aku akan ceburi. jadi cikgu tabika. wuhuuu. ok stop sampai situ je. lain hari cerita pasal cikgu tabika. 

emm by the way, korang pernah rasa tak satu perasaan di mana kau nak luahkan banyak perkara supaya kau rasa released tapi mulut kau tak mampu pon nak berkata apa-apa. lepas tu pernah tak rasa kau ada someone untuk kau luahkan perasaan tapi kau rasa dia tu sebenarnya tak wujud pun walaupun hakikatnya dia wujud depan mata kau. huhu.

kita sebagai manusia tentu ada perasaan di mana kau rasa selesa atau tidak nak cerita life kau kt orang tu. kata lain dia bestfriend like forever and ever la kan. semua benda kau boleh share dengan dia. inside and outside. 

aku rindu sangat suasanan tu tau. bila aku balik je rumah, aku akan cerita semua benda dekat orang tu apa yang berlaku dalam kehidupan aku pada hari tu. semua benda aku cerita secara details. tapi sejak setahun yang lepas aku dah tak jadi macam tu. aku lebih banyak berdiam. banyak berahsia atas faktor2 yang tertentu.

sebenarnya aku silap buat benda macam tu. kononnya nak privacy. dah besar. dah 'matang'. hakikatnya aku bukan jenis yang macam tu. lagi banyak aku diam, lagi kuat hati aku terseksa, jiwa merana. aku nampak benda tu kecik, tapi sebenarnya benda tu bagi impact yang besar dalam hidup aku. life aku sangat tak macam dulu. life yang ceria. tapi sekarang, aku rasa dull sangat. 

suasana tu dah tak macam dulu lagi dah. kau akan jadi awkward bila kau timbulkan balik suasana tu dengan orang tu. benda tu takkan jadi sama. dia ibaratnya kertas yang kau dah renyuk2 tiba2 kau nak luruskan balik. memang takkan sama. 

aku bukan apa, aku rindu sangat suasana yang dulu tu. sangat rindu. 😔

p/s: hargai orang sekeliling kau. 

1 comment:

shaerin said...

pada pendapat saya, better luahkan awak =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
My Ping in TotalPing.com