Saturday, April 4, 2015

Harapan palsu vs Janji palsu.

ada beza ke harapan dan janji? memang ada beza tapi tak jauh sangat la bezanya. harapan hanya 50-50 kepastiannya. boleh ditambah peratus tu kalau dicakap hari-hari kepada seseorang tu.

misalnya, nanti bulan depan aku belanja ko makan ayam penyet. lusa, bulan depan kita makan ayam penyet eh. minggu depan, nanti kita makan ayam penyet eh. uihh sedapnyaaa tu. dua minggu depan, nanti gaji kita makan ayam penyet tau tau tau. harapan tu dah semakin bertambah jadi 90%. itu harapan. last last sekali alaa aku ada hal la tak sempat nak belanja kau ayam penyet.

kalau janji 100% confirm, yakin, pasti, very very sure dengan apa yang dia cakap kat seseorang. misalnya, nanti 28hb march 2014 aku bayar balik hutang aku rm10 dengan kau. dont worry beb. details giler dia cakap sebagai bukti supaya kau percaya dekat dia yang dia akan bayar hutang kau. supaya kau takde rasa sangsi langsung dekat dia yang dia tu akan menipu. itu janji.

bila tiba tarikh 28hb march 2014, dia buat dek je ngan kau. pura-pura takde apa yang berlaku. dan kau pun serba salah nak minta balik duit yang kau dah bagi dia pinjam tu kan. so kau pun biar jela. tapi dalam hati kau menyumpah penipu punya kawan. kata nak bayar hari ni. aku haramkan duit yang kau pinjam tu.

hakikatnya, aku tak suka. aku benci. paling menyampah dengan orang yang suka bagi harapan palsu apatah lagi janji palsu dekat aku, ataupun orang lain. please la jangan buat macam tu kepada rakyat jelata.

paling please, jangan la bila dah bagi harapan palsu atau janji palsu kau buat dek je dengan orang tu. paling please. orang macam ni elok disekeh bertubi-tubi je.



1 comment:

Amanina Mads said...

kalau dh janji kena la tunaikan.. hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
My Ping in TotalPing.com