Monday, April 27, 2015

Emosi: Atasi insecure dalam hubungan.

hello there~

untuk sesape yang tak tau apa itu insecure, maksud dia rasa tak selamat. rasa sangsi. rasa was-was. rasa yakin tak yakin. that's insecure. tak dinafikan dalam apa-apa hubungan sesama manusia akan ada feeling insecure ni. engko jangan nak menipu. kalau kau tak rasa insecure mesti sebab kau rasa kau hebat sangat sampai tak pandang kelemahan yang ada pada diri. bahahaha.

first thing first nak atasi insecure yang aku sendiri belum mahir nak aplikasikan, abadikan dalam diri ni adalah berhentilah fikir kau sorang je yang betul. kau hidup dalam dunia ni bukan ada kau dan dia berdua je. kau kena ingat ada ramai lagi manusia manusia yang duduk sekeliling kau. ada commitment lain. kerja, buang masa etc. 


kalau setakat whatsapp online memanjang nak sentap tak kental sungguh hati kau. chill bro. kalau pasangan kau asyik online kt whatsapp, tah sape2 dia text tu just relax. kau on whatsapp kau pulak then jangan autolock langsung fon kau. then kau punya status forever online sampai battery habis. dengan harapan kekasih kau jeles tapi dia masih buat dek je ngan kau. HAHAHA!

kedua, jangan nak saiko diri sendiri. kata lain dia over thinking. ohh well, over thinking ni kira masalah besar kepada majority perempuan kot. hang habaq mai pompuan mana yang tak suka fikir "eh lambatnya dia reply text aku. padahal online je. ni mesti text perempuan lain ni. f*ck" "aku kat sebelah dia, boleh pulak dia cakap pasal perempuan lain. siap compare aku dengan dia. mesti dia tak sayang aku dah ni" haaa konfem takde kan. so nak atasi masalahnya ni fikir lah yang indah-indah sahaja. lebih baik berangan, jaga diri, fokus pada diri kau. boring sangat layanlah dubsmash.com sius best kau! 

last sekali. be independent. selama ni takde pasangan kau, boleh je kot kau buat semua sendiri. takyah nak buat laporan 24hours kat pasangan kau. even kau selama ni nak keluar rumah beli donat 3 singget pon kau tak bagi tau mak abah kau kan. so takyah la nak poyo-poyo bagi tau kekasih hati kau "baby, i nak beli donat 3 singget depan rumah i ni ha" no need. be independent. sebab aku rasa lagi kau bergantung dengan dia lagi kau akan rasa insecure. kau jadi takut bayang-bayang sendiri tanpa sebab kot. 


as long as dalam hubungan tu ada communication yang baik, persefahaman yang baik, tolak ansur yang baik, just go with the flow. jangan asyik mushkil sangat dengan semua benda. kekadang dalam hidup ni ada benda kau kena tau dan ada benda kau kena buat-buat tak tau.

p/s: cakap senang kan. nak taip susah siket la ada gak banyak guna backspace. nak laksanakan lagilah susah kata ko. semoga semua diberi pencerahan. aamin~

4 comments:

Amanina Mads said...

singgah sini.. nice tips. kalau tak ada kepercayaan pun susah juga

YieN said...

thanks 4 sharing :)

Syamsid Dhuha said...

Hurm nice tips , So dalam hubungan ni perlu ada hubungan yang boleh kunci sampai lah disytiharkan si suami n mahu pon isteri ( wow indah belake ) ahaks.. Yaa i kinda agree with you , communications is one of the main factor to make a good long term relatioships . Btw i like your post :)

http://syamsiddhuha.blogspot.com/

amirah jailani said...

Pompuan mmg x lari dari overthinking! So i amik positif dari artikel u.. tqsm

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
My Ping in TotalPing.com