Tuesday, December 23, 2014

Emosi: PMS Mood Swing

Hello there~

orang perempuan dengan PMS atau nama lain dia premenstrual syndrome memang tak boleh dipisahkan. aku bet 10 perempuan yang mengalami PMS akan ada 10 perubahan mood yang berbeza. ada yang okay. ada yang teruk. ada juga yang sangat teruk. ni nak cerita yang aku punya pms mood swing teruk la bulan ni. hahar.


well, bulan ni mood makan aku sangat ohsem. tak tau la nak categorykan ohsem atau teruk. sebabnya aku rasa aku nak makan coklat sentiasa sampai berpikul-pikul coklat aku beli dan makan. bukan beli sahaja. selain pada itu, sehari aku makan 4 5 kali yang heavy dishes. pagi nasi lemak, tengah hari nasi lauk campur. dalam kul 4 or 5 petang rojak mamak Rahmaniah. nanti malam makan nasi dekat rumah pulak. perut kenyang lepas tu tidur. no exercises.

kadang-kadang perempuan ni bila dorang kuat makan, suka bagi jawapan yang cliche macam ni "ko kenapa asyik makan je sekarang ni?" "entah la aku rasa aku nak period kot" padahal baru minggu lepas habis datang bulan. nampak tak cliche dia tu macam mana? kata jelah nak gemuk. senang kan? 

eh tapi kan, kalau mood makan mendadak tapi happy best la jugak. ini tak weh! sedih aku sepanjang bulan 12. back to December sangat. (lagu taylor swift dimainkan) cuba korang tutup mata bayangkan yang aku kena marah dengan family, kena marah kat tempat kerja, masalah dengan crush lagi. ok aku tau korang tak nampak pape pun. so takyah bayangkan. baca je. hew hew.



bagi aku, bila dah jadi macam ni. maksudnya bila mood sedih datang mendadak, mood nak marah datang mendadak sampai semua orang di keliling habis kau marah, ingatlah. back to the basic. kembali pada Allah swt. perbanyakkan istighfar. perbanyakkan solat sunat taubat. tau jelah kan syaitan (darah kotor) nak keluar. membuak2 dah sangat dalam badan tu, memang akan ada perasaan2 yang bukan-bukan. lagi teruk bila ada macam bisikan kata itu ini yang negative. dan kita perempuan ni ikutkan jelah bisikan2 tu. tak boleh macam tu.

untuk mengelakkan hal sebegini berlaku atau lebih teruk lagi orang kata kau giler meroyan tak habis2 sebab marah sana sini sentap sana sini, istighfar banyak-banyak. ingat Allah swt sentiasa. tak kiralah mood kau okay ke tak ke. always. remind to myself too. manusia ni biasalah kan kekadang lupa. sentiasa nak diingatkan. anggaplah apa je benda-benda baik yang berlaku depan mata kau tu semuanya petanda suruh kau kembali kepadaNya. 

sekian.

4 comments:

Farah Waheda Wahid said...

Alhamdulillah setakat ni belum ada PMS teruk lagi....

Ann Ishak said...

memang pening bila berdepan dengan pms tak menentu ni kan :)

yoorinmelacolea said...

memg.. time pms mood sebelum pms tu, org lain pon memg dah jangka nak period letteww.. hahahaha..

Ayu said...

hehhee...mood swing mmg takleh dipisahkn dr pmpuan...istighfar byk2,urut dada,senyummmm..hihi. slm kenal dr akk...akk folo sini ye..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
My Ping in TotalPing.com