Saturday, June 14, 2014

Girls Talk: Cara Nak Turunkan Berat Badan.

Hai semua! 
hari ni saya nak share sedikit tips macam mana nak turunkan berat badan. turunkan je ye bukan nak kurus. sebab saya masih lagi tak kurus2. har har har.

pemakanan.

1. minum air putih banyak banyak. lagi berat badan kita lagi banyak air putih kena minum. cara nak kira berapa liter sehari kita patuh minum adalah berat bahagi dengan 22.7kg. contohnya 68kg/22.7=2.99 (3litre) so sehari kena minum 3 litre air kosong minimum. lagi banyak air putih kita minum, lagi cepat proses untuk kita turunkan berat badan.

2. jangan sesekali minum air bergas. sebab kandungan gula dia terlampau banyak. bukan kata air gas, segala air manis2 jangan minum. boleh minum, tapi seminggu sekali ke. tapi apa yang saya amalkan dalam sebulan 2 3 kali je minum air manis. itupun dah mengidam sangat dah. but usually, kat kedai ke kat mana2 ke order air suam je.

3. seminggu sekali amalkan minum green tea. lebih baik hari2 selain minum air putih yang berliter liter tuh. hihi. green tea bagus untuk detoxification tau. cuci usus2 kita. 


4. jangan sesekali ambil junk food. atau bahasa jawa dia jajan. hihihi. segala jenis keropok, kerepek, pringles ke apa ke jangan ambik. sebab benda2 ni dia dah kena awet ada garam yang tah pape tuh ha. dan benda2 ni boleh menyebabkan berat kita bertambah dan bertambah lagi. 

5. selain junk food, saya juga tak amalkan makan kuih muih sepanjang diet saya. segala jenis karipap, pisang goreng, keropok lekor ke apa ke sume saya tak ambik. well, makanan2 sebegini bila makan satu pasti nak lagi sampai lah makanan tu habis walaupun perut dah kenyang. sedap doh. so, sepanjang saya diet saya tak ambik kuih muih. 2 bulan sekali je makan kuih. itupun rasa bersalah bila makan. hahaha.

6. frozen food juga wajib dipuasakan sepanjang anda berdiet. benda benda macam ni pun kalau korang tak jaga melambatkan proses diet korang. segala fish ball, hotdog, burger ke apa ke jangan makan.

7. say no to fast food okay. jangan mimpikan lagi mcd, kfc, pizza etc. benda2 ni nampak remeh tapi calorie dia tinggi kot. sepanjang diet boleh kira berapa kali makan burger. huhuhu. naik fobia tengok burger. selalu pi mcd beli apple pie seketul je. hihi.

menu diet saya.

breakfast:
 nestum 3in1 / oat 3in1 + susu anlene perisa original. 
 roti 2 keping (wholegrain) sapu kaya + air susu anlene perisa origina secawan.
 roti 3 keping (wholegrain) cicah air susu anlene perisa original. 
             
lunch:
 nasi putih (satu senduk suku) + ayam/daging/ikan bakar + sayur campur/telur rebus
 bihun sup
 mee bandung
 mee rebus

minum petang:
 biskut jacobs 4-5 keping
 roti sekeping sapu kaya
 makan buah-buahan jambu/epal

dinner:
 ratah lauk samada sayur/ayam/ikan dan sebagainya.
 bihun goreng sometimes.

supper:
 susu anlene perisa original segelas.

selepas 7-8 bulan berdiet control makan, saya tambah siket exercise dalam diet saya. selalunya buat dalam bilik je. lepas mandi atau sebelum mandi buat jumping jack, squat down, yoga siket2 untuk fit kan badan. takdelah fit mana tapi boleh tahan la jugak. har har har.

good luck everyone! ;)

for PART 2 boleh KLIK SINI.

11 comments:

Sheila Adziz said...

selamat berdiet sis... akak bulan puasa hari tu mmg turub byk tp bila raya balik kg... back to normal... haha

Ziana Eunos said...

wow.. dah berjaya kurangkan berat tahniah2 hehe

jemput singgah blog Cik G

http://zianaeunos.blogspot.com

Anonymous said...

Salam.. sia bleh try L'arome Slimming Serum Apple Stemcell �� :)
hanya perlu sapu lepas mandi 2x sehari :)
L'arome Slimming Serum ni membantu *memecahkan lemak2
*meratakan perut
*membuang selulit
*membuang stretchmarks
*Mencantikkan kulit
*menghilangkan parut
*membantu menyelesaikan masalah penyakit kulit
*membantu menstabilkan period
*membantu masalah senggugut
*membuang angin dalam badan

✔ kesan seawal 24jam & ��% terbukti berkesan inshaAllah.

Kalau sis berminat boleh WhatsApp saya
012 9050970 bee �� :)

syeda said...

Good info and sharing.

hafizi said...

Assalamualaikum..

Terima kasih atas pengalaman yang dikongsikan bersama pembaca yang lain..

Anonymous said...

Green tea kalau ada susu boleh tak ? :p hehehe

Aisyah Taib said...

tak boleh laaa awak. huhu

Unknown said...

nak krussss jugak

Unknown said...

nak krussss jugakkk

Unknown said...

Assalammualaikum .
Betul tu apa yang dikatakan oleh cik puan punya blog :)Detoks boleh membantu untuk menurunkan berat badan sekaligus menjadikan badan lebih sihat dan ringan..Baca Tips Paling Mudah Dan Senang Untuk Turunkan Berat Badan. Jom kita jalani kehidupan yang sihat dan miliki tubuh badan yang cergas dan minda yang cerdas .

Unknown said...

Assalammualaikum .
Betul tu apa yang dikatakan oleh cik puan punya blog :)Detoks boleh membantu untuk menurunkan berat badan sekaligus menjadikan badan lebih sihat dan ringan..Baca Tips Paling Mudah Dan Senang Untuk Turunkan Berat Badan. Jom kita jalani kehidupan yang sihat dan miliki tubuh badan yang cergas dan minda yang cerdas .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
My Ping in TotalPing.com