Tuesday, April 30, 2013

Tips: Pemilihan Jam Kalis Air (Water Resistant)

Assalamualaikum shemua! ;)

woah lamanya tak update blog. bila terasa nak update, ada aje halangan yang mendantang, dugaan yang mendatang, jelmaan yang mendatang. eh?

ok. since yesterday i bought new watch, so hari nih nak update pasal jam lah. jam yang aku beli memang nampak macam jam pasar malam je. tak mahal mana pun, cukup lah sekadar jam tersebut boleh dibawa mandi. hihi. 

aku macam tak percaya lah kan jam berharga rm49 boleh dibawa mandi, kena air dan sebagainya. agak mengejutkan jugak la. banyak kali tau aku tanya orang tuh boleh ke kak bawak pi mandi? boleh? boleh? jenuh dia jawab boleh ngan aku. so kat jam nih ada stated 10bar. aku tak faham maksudnya apa. aku cuma teringat abang long aku ada bagi tau yang setiap jam kalau boleh masuk air, dia ada hadnya. aku hanya terfikir 10bar tuh mungkin had dia la kot.


jadi untuk entry kali nih, aku nak share ngan uolls semua pasal sejauh mana jam kita nih boleh direndam dalam air. tips untuk korang pilih jam macam mana etc lah. so, ini dia tipsnya. 

1. kalau kat jam takde state pape pun pasal water resistant maksudnya jam tuh langsung tak boleh  terkena air. kalau kena siket udoh mati taknak gerak.

2. kat jam tuh hanya tertulis water resistant. maksudnya jam tuh boleh terkena tempias air sahaja. jangan nak melebih lebih ko rendam dalam cawan ke hape.

3. jam tuh ada tulis 3 BAR, 3 ATM, 30m, 100ft. maksudnya jam tuh boleh dipakai seharian, kalau terkena air sikit sikit pun okay. tapi tak digalakkan untuk bawak berenang or mandi la.

4. kalau ada 5 BAR, 5 ATM, 50m, 165ft pulak maksudnya boleh dipakai seharian dan bawak berenang ataupun mandi tapi tak sesuai untuk snorkelling, poolside diving dan apa2 sahaja aktiviti sukan air yang dalam. belum lagi mampu okay.

5. kalau 10 BAR, 10 ATM, 100m, 330ft pulak maksudnya sesuai untuk dipakai seharian, swimming, dan snorkelling tapi tak sesuai untuk high board diving or sub aqua diving.

6. 20 BAR, 20 ATM, 200m, 660ft pulak sesuai untuk semua jenis aktiviti air. kalau nak guna untuk diving yang takyah guna helium gas pun boleh gak. tapi digalakkan beli yang paling canggih lagi la untuk keselamatan jam. hihi

7. last sekali 30 / 80 / 130 BAR, 30 / 80 / 130 ATM, 300 / 800 / 1300 m, 1000 / 2650 / 4300 ft. ini bermaksud jam sebegini sesuai untuk semua jenis tahap air. ko nak menyelam paling dalam pun okay. takde hal punye. 

so, korang dah tau kan macam mana nak pilih jam semua? cuba check jam masing masing sekarang supaya korang tau jam korang sesuai untuk apa. hihi. good luck :)

p/s : Q&Q nih adalah satu brand jam macam Casio yang harganya tak berapa nak mahal tak berapa nak murah TAPI tahan lama.

2 comments:

Tcca Anuar said...

wah baru tahu, thank you share :)

"jujus" said...

my watch Q&Q..a bit cheaper..dalam 50 hinggit..tahan pakai sampai 3 tahun dah..water resistant..tapi dah siap bawak mandi ke laut, ke pool sume, ok.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
My Ping in TotalPing.com