Sunday, May 19, 2013

Review: Ginvera Marvel Gel.

Hai semua! Hai !

hari nih aisyah nak share dengan korang pasal Ginvera Marvel Gel. sebenarnya lama dah nak review pasal product nih tapi kemalasan mengatasi segalanya. ada banyak benda yang nak di-review tapi apakan daya.


fungsi utama marvel gel nih adalah sebagai scrub untuk menanggalkan blackheads. kalau kita guna scrub biasa, kulit muka akan rasa sedikit sakit semasa menyental ye. tapi kalau guna exfoliator nih, kita tak rasa sakit pun tapi blackheads akan hilang. yang paling bagusnya, marvel gel nih boleh digunakan setiap hari.

kalau tak percaya betul ke tidak fungsi marvel gel nih, boleh cuba sendiri dan kita boleh nampak benda tuh ye. bukan seperti scrub yang kita akan rasa halus je lepas guna tapi tak nampak daki tuh dah hilang ke belum.

kalau nak cuba, just sapu ketika kulit tengah kering tanpa setitik air pun dan gosok seluruh muka kita. gel yang bewarna hijau akan bertukar jadi hitam sekiranya kulit muka menyimpan daki yang banyak. marvel gel akan kekal hijau sekiranya kulit kita tidak menyimpan daki. hasil selepas menggunakan marvel gel ofkos rasa sangat flawless kejap. hoho.

harga marvel gel nih, RM39.90 dapat percuma yang kecik punya (60ml+30ml). actually, Ginvera Marvel Gel nih ada 10 benefits yang tersenarai kat belakang botol dia nih. 

1. Rubs away deep layers of dead skin cells
2. Rubs away blackheads painlessly
3. Contracts pores for refined skin (as dead skin cells have been cleared from pores)
4. Lightens black spots, freckles, and scars)
5. Removes oil seeds
6. Regulates sebum secretion to prevent pimples.
7. Brightens dull complexion.
8. Changes dark, rough skin to smooth skin.
9. Whitens skin as it gives way to new born skin.
10. Enhances quick absorption of skin care products.

*untuk buat entry nih baru aku terperasan 10 fungsi nih.

aku guna marvel gel nih hari2 sebelum aku mandi. nak nak pulak kalau baru balik kerja, lagi banyak aku guna. huhu. so, marvel gel nih serupa je dengan exfoliator daripada brand brand lain seperti bio essence, nano white, skinz etc. dah ada banyak brand dah. yang boleh dibeli pun brand bio essence, nano white dengan Ginvera. yang lain tuh macam biasa je aku rasa. hahaha.

p/s : kalau sesiapa tahu exfoliator yang macam marvel gel nih untuk body silalah share dengan saya ye. terima kasih.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
My Ping in TotalPing.com