Ramai yang tak tau yang oat sangat bagus untuk oily skin dan dry skin. untuk entry kali nih, aku nak share cara yang aku buat untuk mengurangkan kulit berminyak. aku akan buat sehinggalah dia jadi normal skin. aku dah cuba cara nih hampir 2 minggu. kira hari nih dah masuk hari ke 10.
keberkesanan dia? sangatlah berkesan kau. kalah semua produk yang mahal. malah cepat lagi dia punya tindak balas.
ok lets start. pertama sekali, apa yang uolls perlu ada semestinya oat. yang aku guna nih satu sudu kecil jer. itupun kira banyak. cukup lah jugak untuk sapu dekat lengan tangan, dan leher dengan tujuan memutihkan kulit. hahaha.
*aku guna quacker oat tuh jer. lebihan mak aku punya masa dia kat hospital dulu. haha
Kemudian, lalukan air sambil kita genggam oat tuh supaya dia basah basah siket. kalau ko bukak genggaman tangan ko, maka ke lubang singki la jawabnya oat oat tuh semua.
then, bukak genggaman titiskan air 3 4 titik air sehingga dia jadi macam nih.
lepas dah titikkan air, kita tekan2 oat tuh sampai dia keluar susu dia nih. haa, nampak tak warna putih susu tuh? jangan buang yer. perahkan susu tuh ke tapak tangan lagi sebelah, sapu kat muka. tujuan dia untuk melembutkan kulit kita.
bila dah sapukan susu kat kulit muka, titikkan air semula ke oat dan sapu ke seluruh muka oat tuh tadi. kira macam scrub lah. fungsi kita sapukan oat tuh adalah untuk meresap segala minyak muka kita. that's why oat goods for oily skin.
untuk dry skin, you just take the milk of the oat. supaya kulit sentiasa lembab macam kulit baby. hihi. sepanjang 10 hari aku guna oat sebagai pencuci muka, kulit muka aku dah tak berminyak sangat. selalunya kalau aku cuci pagi, jam 10 macam tuh. jam 12 dah berminyak dah. kalau guna blotter, separuh dah habis untuk serap minyak yang 2 jam tuh. cuba bayangkan kalau dah petang? haaa...
selepas mengamalkan oat sebagai cleanser, aku dapat rasakan sendiri perbezaannya. kulit muka hanya berminyak di dahi dan hidung sahaja. itupun siket. kalau guna blotter, suku je untuk satu hari. bukan 2 jam ye. malah, jerawat pasir aku pun makin hari makin surut.
last week rasanya jerawat pasir aku macam menyerang muka aku nih. kat pipi kiri kanan dan dahi. merah merah lah kok jerawat tengah pesat membangun. terus aku search cara nak menangani jerawat dekat youtube. keluar lah citer pasal oat nih. hihi. KLIK SINI
rasanya, memang aku akan guna oat nih jer supaya kulit muka aku tak berjerawat, tak berminyak. aku akan guna sehinggalah dia jadi normal skin. yeahh!
nota kecil : aku akan guna cleanser aku yang sedia ada tuh bila aku rasa malas sangat.
32 comments:
masa ena buat kajian dlu pun, oat ni memang byk sangat kelebihannya.. selain untuk muka, nak kurus pun boleh.. hehehe
anis pun nak try lah.kebetulan ada oat kat rumah.kihkih =) syukran ye
siyes ?? amboii nakk try
wahh!! baru kite tahu pasal ni.
selama tak pernah dengar lagi.. btw thanks for sharing this nice info. salam perkenalan hehe =)
Menarik tips ni....Nak try la! Hy tahu oat boleh kuranglkan kolestrol jew....
nice info dear :D
oat memang bagus..akma tau makan jew tapi xtau pulak khasiat dye elok tok kulit..huhu
pasni i nak try buat kat kulit lah..hehe
visit my blog too http://akmakhaieri.blogspot.com/
law sudi jengah le kejap n follow..hehe>o<
tq share,,menjadi..sy ade copy entri ini & kredit untuk awk :)
salam, kalau nak cuci muka guna oat, dia kena cuci malam or siang? :)
setiap pagi dan petang la. cuci muka macam biasa gak. hihi
really?? harus cuba.. muka da jadi super duper berminyak dgn jerawat halus...menci!
tq! kite kulit selalu berminyak tau huhu sedih2
fuuhh jumpa gak akhirnya cara nak nyahkan minyak kat muke..tq...
nk try! nice sharing!
kulit muka kering sebb duduk dkt panas..hehe..=)
Thanks, :)
Thanks beb.. Bulan puasa ni, muka jadi kering n tegang je rasa! Ergg
Thanks, :)
Nak cuba lah nanti :)
Terima kasih di atas simple sharing tersebut...siapa sangka selain dimakan ia juga boleh digunakan sebagai bahan bantuan kecantikan.
gigih kte memalam bute ni bace blog kau isha. kedekot sgt kan. nk tips kene bace kat blog. haha
aku tak kedekut tikah, ko yang malas. hahaha
Kalau buat cuci muka,dah xpayah pakai sabun ke?kawan tegur muka byk nanah....sedey nih (T.T)
tak perlu guna pencuci muka lagi dah. guna oat je sebagai pencuci muka :)
Alhamdullillah..daa cuba daa semalam dan arini..hasil nya sgt la marvelos uolls..selamat tinggal kulit bminyak.. Thanks sb bg petua ni..hikhikhik
perkongsian yg sgt menarik.. :)
Menarik info ni..selalu gune oat utk kurus je..leh tepek kat kulit skali ah lrpas ni hehehe
Jemput ke blog saya juga utk info kecantikann dan kesihatan ye
Www.adaa-inspiration.com
Boleh tak kita cuci guna oath waktu pagi je? Malam pakai cleanser yg biasa.
boleh je kalau nak..
Awak still guna oatmeal as cleanser lagi ke sampai skrg? Saya ada baca satu article ni, oatmeal can causes sore cold. Betul ke?
salam..
selain oatmeal,madu dan YOGURT juga boleh dicampur menjadi masker.. antara kebaikan ketiga- tiga bahan tersebut adalah :
oatmeal mampu menyingkirkan sel-sel kulit mati, mengatasi iritasi kulit dan kemerahan pada kulit. Serta menjadikan kulit lebih bercahaya dan lembab.Oatmeal efektif untuk menghilangkan kekeringan dan radang pada kulit.
MADU memiliki begitu banyak khasiat yang bermanfaat untuk kesihatan. Bahkan, madu juga kerap digunakan untuk menjaga keindahan kulit. Sejak dahulu madu telah digunakan sebagai bahan untuk merawat kulit. Selain teksturnya yang lembut, kandungan madu yang kaya dengan vitamin, mineral, antioksidan dan potasium yang dapat digunakan sebagai pelembab, penyegar bahkan masker wajah.
YOGURT adalah susu yang dibuat melalui fermentasi bacteria. Yogurt mengandungi probiotik, bacteria baik yang membantu proses pencernaan. ternyata yogurt juga memiliki manfaat lain yang jarang diketahui.Tidak hanya bermanfaat menjaga kesihatan, yogurt juga efektif untuk menjaga kesihatan kulit dan rambut.
Kalau kulit kombinasi nak bubuh susu tak?
Post a Comment