Saturday, November 24, 2012

Tips Penjagaan Rambut.

Assalamualaikum.

nih nak cerita siket pasal penjagaan rambut. kalau nak cerita bab rambut memang banyak. so, hari nih berdasarkan pengalaman aku sendiri, aku nak share siket pasal penjagaan rambut. beberapa bulan yang lalu, aku mengalami masalah keguguran rambut yang luar biasa. tak sampai botak pun, tapi banyak lah jugak rambut tuh gugur. 

untuk pengetahuan, rambut normal gugur 50-125 helai sehari.bagi aku kalau lebih 100 dah tahap bahaya dah tuh. kalau sebelum nih, asal aku sikat rambut gugur dia macam orang kena leukemia tau. kalau sikat dah tentu tentu lah gugurnya ini tak sikat pun sama je gugurnya macam sikat rambut. parah tak parahnya.


tak payah cerita panjang. tips umum yang kita perlu tau ialah;

1. jangan sikat rambut ketika rambut tengah basah. sebabnya bila kita sikat jugak, rambut tuh mudah gugur. nak nak pulak rambut panjang sangat haa memang menempah la gamaknya. dulu aku ada tabiat sikat rambut lepas mandi sebabnya nak maintainkan dia lurus siket. siket jer. kalau tak, bergulung sana sini. nyampah i tau! so, tunggu rambut dah betul2 kering baru sikat ye.

2. tak elok cuci rambut hari hari. ini khas kepada rambut yang selalu kering. bila dah kering ko pegi shampoo lagi hari hari, lagi lah hilang kelembapan kulit kepala kan. haa nanti kering kontang rambut uolls. tapi, kalau rambut yang cepat berminyak macam aku ni ha sebaiknya shampoo hari2. tapi aku guna shampoo yang khas untuk daily punya. so, ubat dia tak berapa nak kuat sangat. bagi yang bertudung tuh, cucilah pada waktu malam. at least rambut tuh boleh berehat kan malam2. kalau cuci pagi2. kang berkutu pulak bila pakai tudung nanti. lagi rosak rambut.

3. cara penggunaan shampoo dan conditioner. aku dulu tak tau pun cara guna shampoo dan conditioner dengan betul. aku belasah je guna. untuk pengetahuan, shampoo khas untuk kulit kepala dan conditioner khas untuk rambut. so, bila dah lepas shampoo rambut, dah cuci, sikat siket rambut tuh kasi lurus. after that ambik conditioner siket, sapu kat tangan then usapkan dekat hujung2 rambut. yang pasti jangan kena kulit kepala ye. kalau tak berminyak2 kulit kepala uolls.

4. pemilihan shampoo dan conditioner itu sendiri. kalau kita salah pilih shampoo dan conditioner pun, ini akan mengakibatkan kita keguguran rambut. dan aku rasa dulu aku salah pilih shampoo itu pasal gugur tak memasal. next entry aku akan share shampoo yang aku guna.

lepas jer aku dah tukar shampoo dan conditioner aku, aku buat treatment rambut balik. lepas tuh aku baru start guna serum rambut untuk maintainkan penjagaan rambut supaya tak rosak. dan kebiasaanya aku selalu trim rambut setiap 6 bulan supaya rambut cepat panjang. hehehe. nantikan next entry ye pasal review hair products. 

p/s : aku punya rambut tak lurus tak kerinting sangat. just nice curl. kalau aku blow rambut aku, kasi minyak siket, haa hampir sama dah macam dalam gambar tuh. ahaks! kalau aku tak sikat rambut aku, memang rambut aku jadi curl habis nih. yang gulung besar punya. 

nak lebih tips mengenai penjagaan rambut, macam mana nak elakkan rambut gatal sebagainya boleh KLIK SINI

7 comments:

Haziqah and atiQah said...

Nice tips, thanx. :D

afisya afida said...

salam . thanks visit . do follow me okay .

afisya afida said...

basic : rambut seperti pokok bunga yang memerlukan baja . kalau nak best lagi boleh guna treatment sebagai pengganti kepada perapi . ;)

Cik Zaniff said...

dtg & follow sini..thnaks utk info ni eh..:)

Ekyn Yaacob said...

done following..follow me k :)

Aniq Bukhary said...

Nasib baik saya nie botak.. hehe

iman ruslan said...

Tips yang baik.. Walaupun lelaki, tips macam ni tak salah ikut kan??
Cuba lihat laman ni.
www.sfippa.com/14532094/real

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
My Ping in TotalPing.com