Saturday, December 10, 2011

BlackBerry vs. Nokia.

Assalamualaikum.

rasa macam lama sangat dah tak update blog. #ehyeke? 
entry yang nih, aku nak cerita pasal handphone. aku nak tukar handphone weh. masalahnya aku tak tau nak tukar kepada handphone apa. jenoh dah aku fikir. tetap tak dapat idea nak handphone apa. mungkin terlampau banyak pilihan yang ada sampai aku pun confuse sendiri. 

aku nak tukar handphone bukan sebab nak show off ke apa. tapi handphone aku yang nih dah macam mintak penampo banyak kali. hari ke hari dia membuat hal. lepas ini, ini. lepas itu, itu. sedih aku. kot ye pun, sabar la tunggu tahun depan. handphone aku nih dah tak kuat tarik line. bayangkan, masuk je kelas emergency call. nak kena off hp tuh banyak kali baru ada line balik.

bukan tuh je, kalau guna camera, sekali ko ambik gambar pastuh dia terus close application camera tuh. then, kena restart balik. screen dia, dah ada line kat bahagian atas. hari demi hari, menjadi semakin lebar. button no 7 kena tekan lebih 10 kali baru nak keluar nombor 7. itu baru setakat hari nih la. esok2 aku tak tau apa jadi lak. kalau nak jadi pun, tunggu la dalam bulan 2 atau 3. jangan sekarang.

aku kalau tukar handphone, aku nak yang ada camera yang cantik, sound yang best, Wi-Fi, dan GPS. dalam otak aku hanya ada brand Nokia dan BlackBerry. aku taknak pakai SonyEricsson sebab dia takde quality. i mean, handphone dia nih sangat sensitive. jatuh siket, camera dah tak sharp dah. jatuh banyak kali, jadilah mcm handphone aku sekarang. awal tahun baru cina nih, genaplah 3 tahun aku guna SonyEricsson K770i. 

jadi aku nak mintak pendapat korang kalau korang tau la kan. apa handphone yang bagus dan tahan lama. sebagai seorang student, aku hanya boleh spend duit untuk handphone yang harganya RM500-RM700. so, bagi lah aku model-model apa yang bagus dan harganya sebegitu. yang paling penting ada GPS ok. hikhik.

aku macam dah tersuka dengan Nokia E6 nih la pulak.

p/s : aku prefer Nokia kot.

2 comments:

Mohd Rozaiman said...

...sama ada nak smartphone atau phone biasa...Android atau Blackberry atau iPhone...mana satu idaman hati ya...

Aisyah Taib said...

nak smartphone.
Android bkn, BlackBerry pn bukan. nak Symbian.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
My Ping in TotalPing.com