Tuesday, February 16, 2010

PLKN

yuhaaa! yeah hari ni baru aku nak citer pasal plkn an? kenapa baru hari ni ha itu yang kita tak tau. ok first sekali bila aku smpai kt kem paya indah, wow indahnya! hahaha buekk lah weyh kalau aku kata indah. takdela indah mana pun. but bila aku nak wat flying fox hr tuh perhh indah beb. huhu cantik giler pemandangan. bygkan 5 tingkat. sampai je kat atas aku terus nyanyi 'i believe i can fly ooww' angin kuat nmpk tasik. aku xnak turun dowh time tuh. skali ckgu tuh kata 'dah2 ko xyah nak cantik2 kt sini meh sini lekas' well, sbg wirawati aku turuti saja dong.

mengenai aktiviti tak teruk sangat pun. cuma panas jela yg aku xtahan. but aku still buat sume aktiviti yg diadakan. no excuses. hehehe muka jgn cakap lah mmg gelap. aku sampai malas nak pakai cream muka dowh. alang2 dah gelap, kita gelapkan lagi. kat sana aku jumpa membe lama si izzudin :p wekk dia sombong dowh. tak tegur pun. aku pn sombong gak tak tegur dia pun. well aku kan sentiasa menyombongkan diri aku nih. Aisyah la katakan.

and lagi satu kat sana ada muka yg hampir serupa but tak sama dengan ruhila and saleemah. haha well dua orang yg ada kaitan dgn aku. kah3 hampir sama siot. yg muka cam ruhil tuh namanya aisyah and saleemah tuh namanya amira. amira tuh cam gedik yg aisyah tuh oklah. ketinggian sume sama cara senyum. hakhakhak.

pasal budak yg aku minat tuh nama dia syed hafizin. act nama dia panjang giler syed hafizin jamil bin syed omar al ape entah. huhu budak nyer tak hensem but aku suka tgk dia senyum. bapak cute siot. ehem ehem untuk pengetahuan, aku takdelah obses giler2 kat dia ok. just suke tgk muka dia je. dia budak smakel. bila dia jadi imam untuk jemaah yg kedua, aku slalu lah tgk. hahahaha gatal betul. dgr suara dia huhu sedap.

kat dalam tuh macam2 perangai ada. yg terlampau baik ada. yg sederhana n yg kurang baik pun ada. kawan2 aku sume kaki surau. but aku paham2 jela. biasa2 sudah. yang pasti kalau dorang bernasyid dalam surau konfem aku tidur :D hmm, kat sana aku tak baca news paper, tgk tv. sume tak yg aku tau aku mandi siap2 untuk ready ke mana saje. tak pun tidur. kat sana tidur tuh sgt berharga. hehehe

ayat paling famous yg cikgu2 slalu guna dapat x dapat? faham x faham? faham wira, wirawati? lagi syok time pagi2 lah yg kul 5.30 huhu. perhatian kpd smua wira dan wirawati anda dikehendaki bangun, bangun, bangun untuk menunaikan solat subuh berjemaah. beberapa minit kemudian, ulang lagi bnda yg sama bezanya bangun2 tuh ada harkat siket. bangun, bangun, bangunnnnn. haha tergelak aku pagi2.

kat sana tak boring. waktu hujung mggu je boring. hujung mggu kejenya makan, makan, dan makan lagi. sbb ape? kan hr mggu parents ada dtg so ada lah makanan. klu dorang bawak mee ke nasi ke ape2 makanan yg masak sndiri aku jarang makan. but kalau pizza, kfc, secret reciepe(betul ke?) konfem i takkan lepaskan. huhu. kalau aktiviti malam, nih yg everyday lah slalunya tgk movie je. takpun duk dalam dom. lepas kul 10.30 yg waktu untk tido nyer tuh dak dom aku slalu buat tahlil.

haha tahlil tuh..kita org slalu makan maggie, mee sedap segala jenis mee segera la senang citer. lately, aku slalu join dgn dorang sbb ada mee sedap goreng. bapak sedap dowh. kadang2 tuh rasa cam serba salah la pulak sbb asyik mkn hak dorang an so, esok aku bawak la mknan ape yg patut. huhu. lepas cuti nih tggal wat aktiviti yg berat siket jela yg masuk hutan ngan menembak. kawad tuh hari2 ada. hak3.

sekarang nih aku menjalani kelas kenegaraan. sebelum masuk kelas kena nyanyi lagu negaraku ngan lagu2 patriotik. yg lgu patriotik tuh tukar2 lah. aku paling suka lagu satu malaysia lah. hahaha lagu feveret beb. semangat giler aku nyanyi. kelas nih yg paling aku suka. before this kls caracter building. bapak bosan cikgu dia. so, aku tido sahaja. lepas rehat baru aku x tido. hahaha :p

kesimpulannya, kat sana aku menjadi rajin, pandai menguruskan masa dan sebagainya. byklah nilai2 baik yg aku dapat kat sana :) satu je nilai buruk yg aku dapat aku jadi budak yg kedekut. hahaha bukannya ape kita kat sana bukan ada mak bapak nk support kita an sume sndiri so, kenalah jimat cermat dari segi sume benda. terutama bab air dan makanan. huhu kalau bg sepacket biskut kat dorang dalam masa 15 min dah habis dow. nak duk kat sana bukan men lama so, aku makan sorang je. ngeeee :D

hmmm okay la rasanya itu je yg aku nak citer yg lain xde dah. bye!
*kenapa baru nk citer lepas dh tukar url? hmm, faham2 jela byk spy baba kat dunia internet nih. hehehe

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
My Ping in TotalPing.com