Thursday, June 20, 2013

Review: Nivea Extra Whitening Cell Repair Protect Body Milk

Hello! :)

memandangkan aku ada rajin siket malam nih, so nak update lah pasal Nivea Extra Whitening Lotion Body Milk nih. memula sekali, just nak inform yang aku paling malas nak guna lotion. tak kesah apa jenis lotion sekali pun terutama sekali kat bahagian badan la. sangat malas. TAPI, disebabkan kulit tangan nih makin menghitam terpaksalah merajinkan diri untuk menyapu lotion setiap hari.

so, this is my review. 
aku dah guna Nivea Extra Whitening nih dah masuk 2 bulan. setiap hari aku akan sapu 2 kali sehari lepas mandi pagi dan malam. kalau guna sehari sekali, takkan dapat effect yang cepat sebab tak kerap guna kan. so guna dua kali sehari pun dah memadai. jimat jimat siket eh. 


kesan yang ketara adalah kulit menjadi lebih cerah. kalau compare kulit aku masa dekat University dulu mak aih memang berbelak habis. kalau pakai jam, memang nampak bentuk jam semula jadi. tapi kini, tidak lagi. har har har. ditambah pulak aku kerja dengan suasana aircond bertambah cepatlah putih kulit aku. itu pun kadang2 aku ada terlupa pakai. faktor malas, menyampah, renyah dan bermacam-macam lagi.

jadi, kalau korang nak kulit putih, rajin-rajinlah sapu ye. haa, sebelum tuh kalau korang ada bintik2 hitam bekas kena gigit nyamuk ke hape kan, pun Nivea Extra Whitening nih mampu kasi pudar dan lama-lama akan hilang. 

mengikut kata kawan aku pulak, kalau kerap pakai lotion nih (yang tempoh dia makan 1-2 tahun), dia mampu mengurangkan garis-garis halus kulit. kalau kat jari tangan kita tuh ada 5 line kan, lama2 jadi 4line. sejauh mana sahihnya idok ler teman tau. nak tau betul ke tidak, cubalah sendiri.

kandungan:
Nivea Extra Whitening mengandungi banyak Vitamin C (50x) di mana dia boleh mempercepatkan pemutihan kulit. plus, dia ada Camu camu. sekarang kan top buah camu camu tuh. innershine pun dah perbaharui tau berry dia. semua ada camu camu. supaya cantik cepat gituhh.

*sila google untuk tahu lebih pasal camu camu.

kalau yang UV Whitening Serum tuh pulak, macam biasa arh function dia sama je macam sunblock. bezanya dia wangi siket la daripada sunblock yang banyak jual di pasaran. mengandungi SPF25++ kalau setakat keluar panas sekejap2 boleh la layan benda alah nih. tapi aku tak suka sangat guna serum ni sebab dia terlampau cair. tak sedap time sapu. lambat meresap. huhu. harga untuk botol dalam gambar nih tak silap rm7.90. 

harga:
RM21.50 untuk 400ml punya. kalau anda bernasib baik, datanglah ke Guardian untuk mendapatkan promo pack di mana dapat percuma 125ml lotion yang sama. harga tetap sama. 

itu sahaja daripada saya, sekian.

2 comments:

siti shahirah alimin said...

wah, terbaik,, nak cuba jugak nti :) thanks sis .

Miszyuyu said...

hai sy dtg dr contest .. jom join! http://yuyukstandalone.blogspot.com/2013/06/contest-mereka-tagline-jelitawanis.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
My Ping in TotalPing.com