Saturday, December 1, 2012

Review Best Buy World Malaysia Online Shop.

Assalamualaikum.

memang blog aku nih, aku suka review online shop. kali nih, nak review pasal Best Buy World Malaysia pulak. pernah dengar tak online shop nih? kalau tak pernah dengar tak pernah baca, marilah baca kat sini :D

aku lupa macam mana aku boleh singgah kat website nih. apa yang pasti website nih jual barang barang branded. memang aku sangat teruja weh tengok barang barang dia. aku paling suka part Skin Care. Skin Care yang aku guna dia ada jual. murah sangat. tak caye?


ko tengok tuh, murah kan? biasa beli RM83 tetiba dapat RM70 jer. tak percaya lagi?


tengok! rm28 jer tauuu. TAPI. korang jangan pulak tertipu dengan apa yang dipamerkan. ye memang murah. tapi cuba cek dengan yang original punya. contoh macam kat Chubby Stick tu dia tulis 1.2g kalau original 3g. that's why dia boleh murah. and cuba korang tengok yang ini pulak.


yang nih Turnaround Concentrate Extra Radiance. kalau original dia 30ml rm200 kalau 50ml rm280. kalau yang kat Best Buy World Malaysia dia jual 7ml x 5 = 35ml bersamaan rm128. yang dorang jual nih hanya sample. sample ye. semua kotak kotak dia sample. aku kan selalu minta sample kat Clinique so aku tau lah. hehehe.

ape yang menghairankan aku, bukan ke sample tak boleh jual? aku dah check semua sample yang aku ada. semua ada tulis not for sale. not for sale. itu yang aku pelik. murah tuh memang lah murah. aku pun ada gak beli Chubby Stick dia tuh. hehehe. untuk pengetahuan, company dorang nih dari HongKong tau. so, aku pun dah sangsi dah nih. apa apa pun, terpulanglah kepada korang nak percaya ke tak. aku tetap gak beli. hahaha. 

oh ye lupa pulak. dah cerita panjang panjang lupa nak letak link untuk Best Buy World Malaysia nih. boleh lah korang melawat lawat page tuh ye. usha usha apa yang patut. hehe. good luck :)

p/s : nak lebih banyak online shop, boleh KLIK SINI

4 comments:

zura said...

salam Aisyah. dah lama saya tercari-cari orang yg nak review BB ni. I pun ada beli juga cuma lately rasa doubt pula. ya, sangsi. sebab off late terlalu banyak barang yg dia orang jual. i terfikir...mana dia dapat semua stok tu. sb klu di HK mmg berlambak dia orang jual barang mcm ni. i ada terbaca bahawa mmg ada imitation products which are very close to the real ones.

even sk2 pun banyak sgt barang dia including yg mahal tu...

u pakai produk dia, u rasa macam mana? yelah...kalau beli barang yg kita sangka original dengan harga beratus ringgit tapi ended up it's just fake...rugikan.

Aisyah Taib said...

honestly, saya rasa biasa je pakai produk dorang. rasalah macam barang fake. huhu.

redcherry said...

Ye ke aisyah? U pernah try sk2? Sb i mmg pengguna sk2 product last sekali i lxp perfecting serum-murah sgt and yg i rasa doubt product ni selalu ada and rasa dia mcm yg authentic cuma effect dia tu yg buat i doubt• tak rasa special sb sk2ni u cud see d results in just 2 weeks if not immediately.
Tq dear

Anonymous said...

Hi all, i have been buying their product on and off. Then I realised they are actually selling mostly old or close to expired products. Some of th clinic product i got smell rather stale and old. Then I found out ways to check the manufactured date of the product through http://checkcosmetic.net/
Most of the product I ordered were manufactured some 2 to 5 years ago! Hence you might not find it effective anymore esp serum and some other ingredients that goes bad faster. So ya be wary! their discount is not much different from retail.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
My Ping in TotalPing.com