Assalamualaikum.
malam nih, aku nak share lah kat mana nak beli baju or seluar plus size. maklumlah, kalau orang berbadan besar nih susah siket nak dapat cari baju yang lawa lawa, ikut trend terkini, dan paling penting selesa. aku tau ramai kat luar sana tercari cari kat mana nak cari baju plus size nih.
so, here we go.
pernah dengar tak nama boutique nih? haa, dia nih ada jual macam2 style baju, dress, maxi dress, seluar. eh semua lah. kiranya kalau nak baju yang cantik cantik dan bergaya boleh lah dapatkan kat Cucucamber nih. tapi, kalau nak order dengan dia nih, make sure yang duit tuh dah dengan kita. sebab selalunya dia bagi kita tempoh 1hari je untuk payment. so, sape lambat tak dapat lah. lepas tuh kalau nak tau, baju baju dia selalu cepat habis. macam pisang panas ouh. hehe.
next, dekat Brands Outlet. kat sana pun ada jugak plus size corner. kalau kat sana kita kena ikut musim jugak. kadang2 lawa, kadang2 tak. so, nasib nasib lah jugak. harga dia takdelah mahal sangat. lebih kurang yang online punya nih jugak. yang pasti under hundred.
kalau nak yang up siket http://westfashion.net/Plus-Size. yang nih aku suka lah style style dia. majority cantik. tapi mahal harganya. kan import memang lah mahal. semua pun rm100++. kalau dah kerja nanti, boleh lah beli kan. kalau setakat sekarang nih. dapat cuci mata jelah.
so, setakat itu jelah review aku untuk kedai plus size. harap entry kali nih membantu anda sekalian di luar sana. have a nice day everyone :)
p/s : kalau korang tau kat mana ada lagi kedai plus size sama ada online atau offline, share lah dengan aku pulak. hikhik.
3 comments:
Salam Aisyah...jenguk2 la blog sy rienascollections.blogspot.com
tq :-)
Salam Aisyah..jenguk2 la blog sy
rienascollections.blogspot.com
tq :-)
Hi.. U boleh cuba AYU di http://ayuapparels.com/
atau https://www.facebook.com/busanamelayu
:)
Post a Comment