Assalamualaikum.
cuti semester dah hampir tiba. so, aku takdelah excited nak balik ke sana. rasanya hampir setiap semester aku takde langsung perasaan excited nak balik ke sabah tuh. so, flight aku hari sabtu tengah hari nih. diharapkan semester ke empat nih lebih menyeronokkan dan membahagiakan aku. InsyaAllah.
so, this week agak menghibakan sedikit. mak aku masuk hospital sebab esophagus dia ada rosak siket. puncanya daripada hati dia yang ada luka siket. that's why dia muntah darah. masa bulan Jun hari tuh masa aku dah masuk semester ke-3 mak aku sakit yang sama. yang itu aku menangis. mungkin aku tak kuat masa tuh. teresak-esak aku menangis. fiza yang meneman.
actually, yang masa tuh tak teruk. tapi kali nih, keadaan dia lebih teruk. tengah hari tadi dia pengsan. doktor dah gelabah. so, dorang masukkan wayar-wayar yang banyak yang aku sendiri pun tak tau apa bendanya tuh. tadi pegi melawat pun mak aku still dalam keadaan yang tak sedarkan diri daripada tengah hari tuh. semalam aku tinggalkan mak aku siap boleh ketawa-ketawa lagi.
tapi hari nih apa yang jadi? berselerat dengan wayar-wayar. tak dapat nak bercakap pun apatah lagi ketawa. aku takde rasa nak menangis ke meraung ke apa. aku dah belajar untuk terima kenyataan dan bersabar. aku hanya berharap agar doktor ngan nurse kat sana tuh jaga mak aku dengan elok. aku ingat aku nak tunggu mak aku malam nih. tapi aku ubah fikiran aku cakap ngan abah aku nak balik rumah.
bukan tak kesian ke apa, aku lagi takut tengok keadaan mak aku macam tuh. masa mak aku dimasukkan hospital masa first day tuh aku temankan. masa tuh lah aku tengok mak aku elok belaka. cuma masukkan darah dengan air je. tak sangka pulak hari nih lain jadinya. tapi doktor kata, keadaan dia boleh dikawal dan tak perlu risau sangat.
abah aku pulak cakap, pasal kematian. actually, dia cuba nak bagi aku semangat untuk terima kenyataan sekiranya berlaku apa-apa yang tak diingini. aku akan lebih kuat kalau takde sesape yang cerita benda macam tuh kat aku. sebak pun aku takkan ada. tapi, kalau cerita pasal kebaikkan mak, jasa mak, sebulan kerja aku melalak jer. kalau boleh juga, aku tak suka orang tanya aku "eh, mcm mana keadaan mak?" "makuda macam mana?" "makandak mcm mana?" den raso sobak aih.
dan kalau boleh, bila dah jadi macam nih, tolonglah jangan cerita benda yang sedih-sedih. mak aku demam pun, kerja aku melawak je dengan dia. memang orang kata macam tak kesian. nak bersedih memanjang kalau sihat tak apa. nih mcm tuh jugak. lebih baik menggembirakan hati dan berdoa banyak-banyak.
tapi hati aku langsung takde rasa risau yang teramat. aku cuma risau "mak aku nanti camne dia nak jalan ke tandas? sape yang jaga dia" itu je perasaan yang ada sekarang. bila tengok dia tadi, rasanya aku pun tak boleh nak buat pape. serah jela kat doktor untuk mengubatnya. mungkin mak aku pengsan sebab keadaan dia yang lemah. dia daripada hari ahad hari tuh tak lalu nak makan. badan dia kurang tenaga. lepas tuh doktor tuh balik2 cocok dia sana sini.
aku geram weh bila tengok doktor2 tuh buat camtuh. tu pasal aku taknak duduk kat sana. lagipun, dekat tempat mak aku tuh sumenya keadaan kritikal. buatkan aku lagi takut. baru kejap tadi, akak aku call. gaya cakap macam mak aku dah pergi. please lah jangan takutkan aku macam nih. serba salah weh. aku tau, anak perempuan boleh tunggu dengan mak dia kat hospital. masalahnya, aku tak boleh nak buat apa-apa pun kat sana.
malah menyusahkan doktor2 untuk buat kerja. berselerat wayar dia. please lah jangan takutkan dan buat aku serba salah. abah aku pun suruh aku balik. doktor sendiri cakap kalau tak temankan pun takpe. buat aku nangis jelah. ishh.
1 comment:
give me your strength sikit..
guwa walaupun gangster, dalam hati ada taman rashidah utama gak nih..
hehehehhehehe..
you rock syah! :)
Post a Comment