Friday, March 11, 2011

wishlist

Sejak dua menjak nih, keinginan aku kepada sesuatu benda tuh sangat berkobar-kobar. Nak itu nak ini. Kalau bab makan jangan cakap lah. Memang banyak yang aku nak sangat-sangat. 

Firstly, camera. Aku tak tau lah dari bila aku nak sangat benda nih. Aku bukan lah nak kamera yang canggih-canggih tuh macam DSLR bagai tuh. Aku nak yang biasa-biasa jer. Yang senang masuk poket dan boleh di bawa ke mana-mana. Contohnya yang macam canon ixus ke kan. Harga pun boleh tahan takdelah mahal sangat. 

Lepas tuh, aku teringin sangat-sangat jersi Malaysia yang bola punyer. Yang kaler kuning hitam tuh. Haishh nak beli kat al-ikhsan? Huh! Tolonglah.. kalau setakat kualiti kain cam kat siam nyer baik beli siam punyer jer. Hahaha. Murah pun murah. Tak kesah lah mana-mana pun yang pasti aku nak jersi bola Malaysia tuh. 


Dah habis kamera ngan jersi, aku nak handphone yang canggih punyer. Yang boleh men touch-touch tuh. Haha. Mesti ramai yang kata apalah ko ni syah orang dah lama pakai ko baru nak mengidam. Mengidam belum pakai lagi tuh. Eh bai, ko jangan men giler. At least apa yang aku nak nih takde melibatkan duit abah aku tau. You know xperia? Yeahh i want that kind of phone. So nice :D 

Lepas tuh kan, aku jugak teringin sangat jersi rugby. OMG. Sangat lawa dan smart bagi aku lah. Eh tak main la jersi sharks ke, barbarian ke, angels ke. Apa barang jersi yang tuh. Hahaha. Nah tengok lah gambar dia. Smart kan? Kan? 

Then, aku tersangat lah nak makan strawberry cicah coklat. Sampai sekarang aku tak dapat makan lagi. The problem is, bukan musim strawberry sekarang. Tu pasal lah aku tak dapat makan lagi. Kalau tak, dah lama dah mak no dua aku bawakkan dari Kundasang. 

Dah tak tau dah no berapa dah. Aku nak sangat handbag yang bentuk dia ala-ala macam nih. Ce tengok. Simple and nice. Nak beli, tapi tau-tau jelah kehidupan sebagai student yang takde duit PTPTN. Mana cukup bai nak beli handbag. Ko nak soh aku makan handbag? Takyah makan nasi? Haishh. 


Lagi satu, kasut. Aduh suka betul aku dengan kasut. Tak kira lah sandle ke apa. Yang pasti benda yang terletak di kaki. Aku paling suka design yang bertali. Semua kasut aku yang aku ada yang bertali. takde yang main terus sarung. Apa barang pakai kasut camtuh. hahaha. Ce tengok gambar kasut nih. Lawa bukan. 


Setakat nih, ini jelah yang aku suka dan nak sangat-sangat. inshaAllah akan datang pasti dapat.

5 comments:

Mawar Hitam said...

aku tgh bekobar nak external, nak speaker. nak kasut macam kt gmbar tu!!

Nur Farahan said...

hebat la ko nye impian...hahaaha..aku un tgh booking extrernal ngn bapak ak??sya henset yg ko nk tuh sony kan??wane pink??

Aisyah Taib said...

warna pink? apa barang weh. xmain lah pink pink nih.
haah sony punyer.

Mawar Hitam said...

ceyy diaaa,,,da tak main da pink2 ni.,..hik3

Aisyah Taib said...

haha baju jer still hot pink yaw! hahaha.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
My Ping in TotalPing.com