Tuesday, January 17, 2017

Sweet Moment: I'm Pregnant!

Entry ni memang aku karang khas untuk journey aku sepanjang mengandung anak first. 

Well said, aku kahwin 25 march 2016. Before kahwin memang aku plan nak ada anak secepat yang mungkin. Aku selalu doa untuk ini. Start je aku jadi tunang orang pada 25 september 2015, aku dah calculate aku punya waktu subur setiap bulan. Bahaha. Macam mana aku kira, aku just guna period calender. Setiap kali datang bulan, aku tick date dia and application tu akan bagi tau bila waktu subur. Ngam pulak masa aku pilih tarikh nikah, aku baru je habis period. So aku tawakkal jelah. Dengan izin Allah ada lah tu rezeki aku. InnshaaAllah. 


Then next month, tetiba period aku tak tiba2. Lewat dua minggu. Before that aku demam. Demam sungguh. Bukan demam batuk or selsema. Dah habis aku demam, suami pulak demam. Mak aku kata, ko ni agaknya berbadan dua kot. Aku pun macam haaa betul ke? Dengan sangat terujanya (cewah) aku beli pregnancy test. Jenuh la baca cara2 nak guna macam mana. Al maklumlah takut salah guna nanti tester tu invalid terus. Kan dah rugi. Esok paginya bangun je tido cepat2 test air kencing. Masa tu still tak sure ngandung ke tak. Sebabnya supposely ada dua line clear kan, tapi aku punya satu clear, satu lagi kabur2. Tapi berat hati kata aku pregnant. Subuh tu bangunkan suami cakap, abang saya rasa saya pregnant. Nampak excited muka dia pepagi buta time tu. Then, nak double confirm kita orang pegi ke klinik berdekatan dan doktor sahkan aku pregnant. Alhamdu lillah. Rezeki yang tak sangka2 datang. 


Sepanjang 9 bulan aku mengandung, alhamdu lillah lagi sekali langsung takde alahan, muntah2, yang pelik2 tu semua takde. Macam normal je semuanya. Makanan pun aku bedal je apa aku nak makan. Takde permintaan yang pelik2. Tapi satu benda je yang aku suka sepanjang pregnant. Berjalan. Sangat suka sampai susah nak lekat dekat rumah. Hihiks. Yang ni agak merisaukan suami la jugak. Tapi apakan daya jalan tetap jalan. 

Mengenai emosi, memang betul orang kata emosi orang mengandung ni sangat sensitif. Tapi kalau part aku dia sensitif ikut bulan. Kekadang tu happy je memanjang. Tiba part nak sensitif tu karang, mula lah sensitif je. Kekadang sampai dalam kereta tengah drive nak pegi ke tabika pon aku boleh nangis. Nangis tu kadang fikir kisah hidup orang je pun. Kalau kisah hidup aku tentu2 nangis dah. Pelik tapi benar. Alhamdu lillah suami sangat penyabar bila aku buat perangai. 


Start baby 7 bulan, aku dah mula beli siket2 barang-barang baby. Baju2 tu siket jelah aku beli sebab orang kata baby ni cepat membesar. So aku beli baju new born dalam 4-5 helai then lebihnya semua extra size. Selainnya macam breast pump, set berpantang, set botol susu, set mandian baby aku beli lah siap2. Banyak gak modal habis beli benda2 ni semua. Tapi alah membeli menang memakai. Gittew. Pentingnya kumpul duit aje. Hahaha. 

Aku dan suami ni first time nak jadi parents, so aku banyak la research pasal penjagaan budak. Tanya orang yang dah berpengalaman macam mana itu ini pasal baby. Sepanjang mengandung ni banyak la teori yang dipelajari. Tinggal nak praktikal je nanti. Tak tau la boleh ke tidak kami ni. Dah la aku ni jarang pegang baby, suami pon begitu. So tawakkal sahaja pada yang esa. InnshaaAllah pasti boleh punya. 

Ada part sedih time aku pregnant ni, aku kehilangan mak aku 12 ogos 2016 yang lalu. Serius aku langsung tak expect pun mak aku akan pergi buat selamanya. Sebab selalu kalau mak sakit, hantar pi hospital dalam 3 4 hari akan pulih. Tapi apakan daya, Allah lebih sayangkan mak. Jadilah aku anak yatim piatu. Huhu. Cantik kan percaturan Allah tu. lepas kahwin, baru mak pergi. Mampu menumpang kasih dengan keluarga suami sahaja. Hihiks.


And paling happy, tepat jam 9.04pm hari ahad, 18 december 2016 aku telah lahirkan seorang anak lelaki secara normal. (Berat 3.05kg) 

Ok, continue next entry pulak ye.

1 comment:

PeRdU cINta said...

Salam ukhuwah...singgah ziarah...alhamdulillah...tahniah :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
My Ping in TotalPing.com