Sunday, February 6, 2011

Holiday yang sangat cool.

assalamualaikum.
hari khamis bersamaan 3 february 2011 aku dan abang aku pegi ke Weston, Beaufort untuk bercuti. sebelum sampai ke sana, malam tuh abg aku bawak aku pegi makan-makan kat rumah kawan dia. aku mati-matilah ingat rumah tuh rumah orang sabah. rupanya-rupanya kat situ semua orang semenanjung. i mean orang yang datang makan kat rumah tuh semua asal dari semenanjung.


seriously masa tuh aku tak rasa pun aku kat sabah. mana taknya ada orang kelantan, kedah, n9, terengganu. memang semenanjung lah. esoknya pegilah ke Weston tuh sekali dengan dorang. family day kan. so, ramai lah ada 6 keluarga yang pegi ke sana. sebelum pegi tuh, dalam kepala aku nih aku ingat tempat yang nak dipegi nih macam pantai lah. sebenarnya bukan. nasiblah baju yang aku bawak sumenya biasa2 jer. kira padanlah kan. hehehe.

ni lah tempat kita orang tinggal.

Weston tuh sebenarnya kat tepi sungai. tempat yang kita orang duduk pun betul-betul atas sungai. sampai je kat sana letak2 barang then tengah hari tuh kita orang makan ramai-ramai duk kat tepi sungai tuh. macam ada jeti lah. petang tuh pulak kita orang naik bot pegi tengok monyet hidung panjang tuh. naik bot lah yang paling aku suka. hahahaha. laju doh dia bawak. aku naik mengantuk.

kat dalam bot tuh pulak lama giler. tengok buaya ngan monyet. fuhh. memang seronok lah.pegi dalam kul 4.30 petang, balik nak dekat kul 6.30 petang. lama kan? malam tuh pulak, tengok klip-klip. haha klip-klip dia banyak weh. kuala selangor pun kalah. dah macam pokok krismas jer dah aku tengok. itu pun naik bot jugak. jauh jugak. seronok naik bot jer. hahahaha.


habis tengok tuh, aktiviti memancing pulak. kat jeti tuh memang penuh lah pancing-pancing. ada yang dapat udang, ada yang dapat ikan. masing-masing lah. aku tengok jer dorang mancing. haha pakcik-pakcik yang ada kat situh sumenya lawak-lawak. termasuklah makcik-makcik jugak. hahaha. tapi malam tuh memang banyak nyamuk lah. kata abg aku nyamuk tuh datang kat ko sebab aku tak mandi. 

hmm, macam takleh nak pecaya jer. macam mana nak mandi bersih-bersih kalau air dia cam air kencing yang pundi dah tersumbat? mandi cukup syarat jer. sambil-sambil mancing, makan. makan dia boleh tahan laa. the next day, kita orang pegi Sepitang. makan sate siga-siga kat sana. haha. sedapp. malangnya, time kita orang dah nak bla, ada pergaduhan berlaku. dia macam medan selera. so, kedai sebelah siga-siga tuh jeles dengan si siga-siga nih.

dorang rebut costumers. dari semalam actually. so, time kita orang datang baru dorang gaduh. hahaha. rezeki kita orang lah. balik makan sate, aku pegi beli udang goreng tepung. rm5. hahah sodapp. lepas makan, kita orang pegi ke Lawas, Sarawak. dia kira sempadan lah. cantik jugak kat sana. biasa jelah. lepas tuh baru la balik ke Kota Kinabalu. baru lah dapat berehat.

kata abang, masa hari keamatan negeri sabah tuh nak pegi ke Semporna. wuhuuuu. abang aku soh balik awal. nak jalan lagi. hakhak. tapi aku belum tempah tiket lagi. relax ar dulu. makcik-makcik tuh offer aku kalau takde tempat nak balik, balik lah rumah dorang. hehe aku hanya mampu cakap 'insyaAllah'  

apa-apa pun percutian nih sangat cool.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
My Ping in TotalPing.com