Assalamualaikum.
aku bukan nak cerita pasal kurus. tapi aku nak cerita pasal kesihatan. berbeza ye nak. aku nak cerita pasal kesihatan sebab aku taknak ada orang yang berpenyakit. rasanya semua dah tau yang mak aku tak sihat seperti dulu kala. sekarang nih, dia hanya perlu banyak banyak berehat. nak kata macam dulu tu takdelah kan.
nih bedasarkan pengalaman aku jaga mak. duk hospital berhari-hari. apa yang aku tahu, apa yang doktor selalu cakap, jaga pemakanan. semua penyakit asalnya daripada pemakanan kita. masa kita muda macam mana. makan maggie je ke. apa ke. itu maksudnya. seelok-eloknya jangan amalkan makan makanan frozen food, junk food, fast food, dan kopi pra-campur. kenapa? sebabnya semasa proses dorang buat makanan tuh, kita tak tau pun apa yang dia letak semua. bersih ke tak. lagipun, konfem konfem tak berkhasiat makanan tu pun kan. sekadar bagi perut kenyang jer.
kemudian, janganlah ambik supplement vitamin yang bukan bukan nih. aku nih naik fobia tau tengok keadaan mak aku akibat dek supplement supplement nih. salah hari bulan liver rosak bro. kenapa aku kata tak payah? sebabnya kita tak tau pun supplement nih ngam atau tidak dengan darah kita. kalau nak ambik pun, tanyalah yang pakar. jangan nak main hentam je orang kata bagus, ko pun ikut je. haa cukup ko monopos, ko pun tido hospital berhari-hari.
bagi aku, lebih baik ambik makanan yang fresh. contohnya kalau nak minum jus oren , ko beli buah oren kt tesco ke ape then buat sendiri. takyah la nak beli yang cosway punya ke apa. mengarut je tuh. sekali sekala boleh la. kalau hari-hari? memang la ada orang kata kalau nak sakit tuh sakit jugak. INGAT! prevent is better than cure. kalau dah sakit, susah nak baik weh. makan tahun.
lepas tu sekarang ada jugak produk langsingkan badan bagai. nak kurus, biarlah cara yang betul. tak payah nak ambik ubat ubat tuh. then ada yang kata eh diluluskan oleh kementerian kesihatan la. memang la lulus, tapi benda tuh tak menjamin. kalau menjamin kesihatan, dah lama hospital malaysia ambik ubat ubat tuh kasi patient dia kurus dan sihat. apadaaa lu.
orang malaysia dah la susah nak senaman nih semua. so, untuk ganti exercise tuh makan lah makanan yang molek molek siket. daripada makan maggie mcd sume tuh baik makan nasi dengan telur goreng ayam kampung je weh.
sekali lagi aku ingatkan, penyakit berpunca dari pemakanan kita, cara hidup kita. fikir fikir kan lah. aku pun tengah berfikir nih.
*hepatitis A, B dan C semuanya bahaya. they are silent killer.
No comments:
Post a Comment