Monday, April 25, 2011

piece of my heart

dah nak habis sem dah pun. cepat betul masa berlalu. tub tub dah nak masuk sem 3 dah. sungguh cepat. dalam cepat cepat nih jugaklah banyak benda yang berlaku. kenapa mesti dah nak dekat setahun berkenalan barulah timbul segala benda yang buat kita rasa nak lempang, terajang orang ha? heran beno teman.

kenapa tak awal sem 1 jer gaduh-gaduh? kenapa mesti sem kedua baru nak start gaduh? mungkin sebab time sem satu dulu masih lagi dalam proses membaca isi hati orang. kenal hati budi orang. baik ke jahat orang tuh. sape-sape pun akan buat benda yang sama.

lepas tuh dah kenal. dah tau isi hati masing-masing, perangai masing-masing, barulah sedap nak gaduh kan? ada modal nak mengata orang. kalau sem satu dulu mana ada modal nak membahan orang. dah sem dua lah baru best. syok ohh. tak payah tunggu masuk sem 3 or 4. sem 2 pun dah cukup dah. itu pun dah sedap kutuk dah tuh. barulah kan. paling manang.

ingatkan dekat sini jer yang ada gaduh2 rupanya kat mana-mana dicampak pun sama jer. takde beza pun. mesti ada pergaduhan. ada yang menipu lah. apalah. kata pointer 3 ke atas, tapi hakikatnya tidak. hina sangat ker nak mengaku cgpa sendiri? haishh manusia manusia. ada yang jenis lokek. ada yang baik. ada yang giler. haishh macam macam lah. ini barulah dikatakan kehidupan. macam-macam ragam orang dapat tengok.

sebenarnya kita semua nih hidup dalam bersalah-salahan. kalau terasa diri tuh salah, minta maaf lah pada siapa yang kita lakukan kesalahan tuh. ustaz ngan ustazah time sekolah rendah ngan sekolah menengah dulu dah berbuih-buih ceramah pasal hukum-hukum Allah. kalau yang benda-benda kecil macam ni pun susah nak buat, apatah lagi yang berat kan? fikir-fikirkan lah. 

harap2nya suasana masa awal perkenalan dulu kembali lagi pada sem hadapan.

and for those who takes exam now, do your best :D

1 comment:

Amazing_Antonia Grace said...

Ko pun siti aisyah....good luck hihi..(^_^)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
My Ping in TotalPing.com