Thursday, January 6, 2011

bila hati dah dup dap dup dap

orang kata, bila kita jumpa seseorang yang kita suka dan hati kita akan berdegup kencang, maknanya kita suka kat orang tuh. tak tau lah teori nih betul ke tak. bagi aku, teori nih boleh diterima la. sebab apa aku kata macam tuh, yelah kalau kita suka orang tuh mestilah feeling kita nih bertukar jadi lain. bukan sama macam kita jumpa dengan kaum sejenis kita. maksud aku jantina lah. tapi tak tau la pulak kalau ada yang bila jumpa kaum sejenis dia jadi teruja ke kan. hakhakhak.


selalunya aku nampak kalau si perempuan dah suka kat si lelaki nih, sure jadi malu-malu kucing gituh.daripada ketawa sampai nak keluar anak tekak, jadi sampai tak keluar suara terus. hahaha dasyat kot. dah tuh, kalau si lelaki nih ajak keluar, eceh permintaan ditolak. segan la konon. padahal hati berkobar-kobar bagai nak rak. 

yelah mungkin ada sebab si perempuan taknak keluar dengan si lelaki nih. mungkin sebab sakit perut ke, sembelit ker, masalah kentot ke, mana la nak ditaukan. mungkin si lelaki tuh hanya kawan je cuma si perempuan nih je yang perasan lebih. entah entah lelaki tuh yang perasan si perempuan tuh minat kat dia. haa ambik kau masing-masing perasan. tu pasal la tak jadi nak keluar.

yang si lelaki ni pulak, main ajak si perempuan nih keluar bukan sebab apa pun. hanya nak tunjukkan kejantanan dia jer agaknya. hey, tak macho la kalau tak ajak awek keluar. mungkin la agaknya. alah nak malu apakan kalau dah minat kemudian orang yang kita minat tuh ajak kita keluar. pegi jela. jangan lepaskan peluang keemasan. hahaha.

bagi aku lah, kalau orang yang aku minat ajak aku keluar, fikir 10 kali aku nak keluar ke tak dengan dia. bukan apa, aku takut nanti aku jadi kayu sebab asyik tengok muka dia. dah tuh aku mengelamun sebab dengar suara dia. hey, aku pernah tau macam tuh. nih belum jumpa baru cakap dalam fon, semedang jer aku mange. bila dia cakap hello, am i talking to you? baru ar menggelabah. hahaha. ahh itu semua hanya bayangan gurauan semata-mata.

hmm, bagi aku selagi hati lelaki/perempuan tak dup dap dup dap bila jumpa dengan seseorang bermakna dia masih belum lagi mempunyai perasaan special kat orang tuh. 

3 comments:

rossoneri said...

uhuuu belum pernah merasa lagi hehe

sandeh said...

ehemmmm. ko diam2 jer kat ak ah :B

Aisyah Taib said...

haha biasa lah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
My Ping in TotalPing.com