Showing posts with label Review Make-Up. Show all posts
Showing posts with label Review Make-Up. Show all posts

Tuesday, July 16, 2013

Review: BB Cream Cathy Doll

Assalamualaikum.

lama tak update blog weh. busy as always. malas as always.

for today, i would like to review about Cathy Doll BB Cream. eseh omputih youu. okaylah berkaitan dengan produk nih, aku sangat suka BB Cream dia weyh. Serious tak tipu. so far, this is the best BB Cream i ever had. firstly, the price much more cheaper than other BB Cream i guess. it cost about rm32 including postage. it's cheap right? 


about the tone, it only has one tone. for me it is more suitable for light skin compare to radiance or tan skin colour. it's also blend so well to the skin. kiranya dia bagi nampak kulit kita nih flawless lah gituh. kalau bab concealer pulak, dia sama je macam BB Cream yang lain. tak berapa nak conceal sangat pimples kita. biasa-biasa jela. it is so natural.

*kalau kulit muka ada jerawat2 halus memang flawless kau.

tapi kan, aku tak berapa suka dengan krim nih bahagian melekit dia. quite sticky. kalau apply BB Cream Cathy Doll nih guna tangan, memang melekit. so i prefer use foundation sponge daripada guna tangan. sebab aku tak suka melekit-lekit. lepas tuh kan, kalau kita apply krim tuh tebal siket, memang akan rasa sticky sangat lah. so dinasihatkan untuk apply secara biasa. tak perlu nak over eh.

for me, for sensitive skin maybe it is not suitable for you. it's scented. kan kalau orang kulit sensitive nih takleh guna sangat produk yang ada bau wangi2. so aku rasa kalau uolls guna BB Cream nih mesti keluar allergic uolls. haa nanti salahkan kite pulak.

so, kat bawah nih ada lah siket gambar untuk uolls tgk comparison bila pakai BB Cream Cathy Doll dengan tak pakai BB Cream Cathy Doll.


nampak jugak kan beza dia apa kan? haaa fikir lah sendiri ye nak beli ke tak. kalau okay, beli ler.

sedikit tambahan mengenai produk nih, dia made in Thailand tapi formula from Korea. mengandungi SPF59++, boleh mengecilkan pori-pori, memutihkan kulit, dan juga mengawal minyak muka. hoyeah hoyeah!

p/s : brand Cathy Doll nih ada macam-macam produk. takut mata je rambang nak beli yang mana satu. lotion badan, scrub badan, cleanser, dan macam-macam lagi. kalau berminat nak beli, boleh search kat instagram @things2shop

Good Luck! ;)

Saturday, March 30, 2013

Review Bio Essence: Bio Spring Water Spray

Assalamualaikum semua!

sebelum saya memulakan bicara, saya nak cakap yang blog nih akan di-update seminggu sekali sahaja. kalau terlebih, anggap je rezeki. hihi.


siapa lagi yang belum ada Bio Spring Water from Bio Essence nih? ok kalau korang belum ada, better korang beli satu botol besar untuk kegunaan sendiri. satu botol besar nih tahan 6 bulan lebih. setahun pun sampai kot kalau korang just guna untuk muka sahaja. kalau satu badan, mungkin ngam lah tu 6 bulan je. 

so about this product, it has more than 10 benefits compare to Avene Spring Water. before this, i used Avene Spring Water now i change to Bio Essence's. hahaha. (pesal nak speaking2 london lak ni?) 

antara fungsi fungsi spring water ni adalah boleh control oil, refines pore kalau besar boleh jadi kecik etc, boleh mencerahkan kulit, boleh kasi firm kulit, menganjalkan kulit, mengurangkan dark circles, reduce eye bags, relieves sensitive skin, relieves pimples and redness, use after make-up for longer lasting, kasi lembut kulit muka, soothes skin after treatment. naaa cukup 10 untuk muka sahaja. 

kalau bahagian rambut pulak, boleh merawat rambut kering dan juga kasi lembut rambut. kalau untuk body, boleh melegakan badan kalau lepas berjemur tengah panas. untuk baby pun boleh tau sebenarnya. kalau baby ada ruam-ruam, boleh semburkan siket supaya ruamnya tuh cepat surut.


kandungan2 dia boleh cek sendiri kot nanti. apa yang bestnya pasal bio essence ni ofcoz sebab functions dia tadi. kalau aku sendiri, aku suka spray spring water lepas je aku remove make-up. mak aihh lembut doh muka takde rasa tegang kulit muka tuh. for your information, bila kita remove make-up guna apa sahaja remover, our skin will be tight. so, thats why la ada spring water ni untuk relieve kan tight tuh tadi. faham?

selain daripada itu, aku guna spring water bila aku rasa kulit gatal-gatal. aku sangat sensitive bila berpeluh dan kena habuk. konfem muka gatal, tangan gatal. senang cerita mana-mana tempat yang terkana habuk tuh akan gatal. aku spray je spring water nih dalam beberapa minit gatal tuh akan hilang. mungkin sebab air dia nih sejuk tu pasal cepat hilang gatalnya. hihi.

sebelum tidur pun, aku akan spray jugak spring water ni untuk kelegeaan dan menyegarkan kulit muka. wuhuu. so, korang tunggu apa lagi? beli lah satu.

now, price dia botol besar kat guardian rm39.90. ada twin pack yang botol besar harganya rm69.90. so jimat rm9.90.

good luck everyone! ;)

Saturday, March 23, 2013

Kiehl's BB Cream SPF50 Review

Assalamualaikum semua! :)

lamanya tidak menaip. laa ni jadi seminggu sekali je menaip. huhu. hidup nih terasa sangat lah tiada masa untuk blog. twitter masih lagi ada itu pun dah kurang. facebook pun senasib dengan blog. waktu cuti je dapat meluangkan masa bersama. hahaha. (tak ada lawak pun kat situ kenapa gelak?)


so back to the main tittle, semalam aku pergi ke Kiehl's untuk beli pencuci muka dan mengadu masalah. so, dah hampir selesai dah masalahnya tuh. then, aku try lah kiehl's BB Cream baru tuh. here is the review from me.

BB Cream nih dia ada SPF50++ of course to make sure your face is covered from the sunlight. tau jelah kan matahari sekarang nih macam mana. orang bilang lapisan ozon semakin nipis gituh. fungsi utama BB cream from Kiehl's nih adalah untuk merawat kulit muka dan melindungi daripada UV. so, faham faham jelah concealer dia sangat lah nipis.


apa yang aku nampak, CC Cream from Rachel K, BB Cream from O'slee dan juga BB Cream from Kielh's mempunyai persamaan iaitu mempunyai concealer yang sangat nipis. bila dah guna dorang punya krim nih, korang perlu pakai bedak siket lah untuk nampakkan muka uolls tidak terlampau pucat.

BB cream Kielh's nih ada vitamin C yang tinggi dan teksturnya sangat halus, ringan dan tidak berminyak ye. selain itu jugak, bila guna BB cream nih kulit kita akan sentiasa lembab dan tidak mudah kering. korang boleh pilih tone warna ikut muka korang. dia ada fair, light and natural. orang kat kiehls tuh suggest light tapi aku ambik natural. so, agak gelap siket lah muka aku. bukan aku taknak light, tapi sample nyer dah habis. hahahaha

so, for more details about it you can click HERE.

p/s : bau dia tak wangi doh. wuhuuu.

Tuesday, March 5, 2013

Tips Penjagaan Kulit Muka: Cara nak remove make-up

orang selalu kata jangan tidur dengan make-up. remove dulu baru tidur. aku kata jangan bawak make-up semasa cuci muka. remove dulu baru cuci muka. aku ada 2 cara untuk remove makeup aku di mana kedua-dua cara aku nih sangat mudah ;)

first. aku guna hada labo make-up remover oil. uolls semua boleh KLIK SINI untuk baca cara-cara yang aku buat cemana supaya kulit tak rasa melekit-lekit.


second. i just use Silky Girl Hydra Clean Makeup Remover. aku suka yang ini sebab dia punya bau wangi dan sangat murah untuk dimiliki. plus, you can use it to all your face. worth it rite? 

ok, cara-cara dia pulak camni. 
1. sapukan sedikit ke dahi, hidung, pipi (kiri dan kanan), dagu, dan juga leher. 
2. ambil face cotton sapukan keseluruh muka dan leher.
3. done.


untuk cara yang kedua, selalunya aku guna wet tissue sebab dia besar dan mudah untuk aku lapkan ke seluruh muka dan jugak leher. so, terpulang kepada korang nak guna apa untuk sapu remover tuh tadi.


yang nih pulak, remover untuk bahagian mata. memandangkan aku tak suka pakai eyeliner, so benda nih tak berapa nak berfungsi untuk aku unless aku guna mascara or eyeshadow. rasanya jarang giler arh aku guna. hahaha.

p/s : kalau aku rajin, aku guna remover silky girl. kalau aku malas aku guna hada labo punya je sebab senang dan cepat. 

Saturday, January 26, 2013

Tips Penjagaan Kulit Muka : Nyah kau jerawat: Tea Tree Oil

Malam tadi dah janji kan nak share lagi tips penjagaan kulit muka. so, malam nih aku nak kongsi mengenai Tea Tree Oil daripada The Body Shop. kalau korang tak tau, aku nak bagi tau yang Tea Tree Oil memang bagus untuk menangani masalah jerawat. selain buah lemon, tea tree oil pun okay jugak.


aku dapat sample je pun daripada Body Shop. tapi samplenya nih walaupun nampak kecik, lama jugak bertahan dengan aku. kalau nak beli harga dia rm28. boleh dapatkannya dekat outlet store or online store. 

aku akan gunakan tea tree oil bila aku ada jerawat yang besar je. kalau setakat jerawat pasir, oat mampu mengatasinya. hihi. keberkesanannya, 2 hari dah boleh surut. kalau korang nak lebih cepat, gunalah buah lemon. cuma takut korang tak sanggup je menahan kepedihannya. tsk tskk.


cara nak gunakan tea tree oil daripada body shop nih, guna selepas kita guna toner. dah lepas sapu tea tree oil baru guna moisturizer. lebih afdal, lepas je guna tea tree oil nih, biar seminit or biarkan kering kejap baru sapu moisturizer. 

senang kan? tak percaya cubalah sendiri.

p/s : tea tree oil kalau terkena jerawat pun, tetap rasa kepedihannya. you have to face it dear. hahaha. good luck :)

Monday, December 24, 2012

Review : L'oreal Anti Frizz Hair Mask

Assalamualaikum semua! :)

mood saya semalam sangat teruk. tapi mood saya hari nih super duper baik! :))
okay, hari nih aku nak review satu produk yang aku guna sendiri, setiap dua minggu aku guna. produk tersebut of course as mentioned at the post title; L'oreal Anti Frizz Hair Mask. produk nih aku baru baru je guna. baru pun tak baru sangat, dua bulan lah jugak dah guna.


apa yang best pasal produk nih, kandungan dia tidak bercampur dengan air. maksudnya, kalau kita terbalik kan bekas dia tuh, krim tuh takkan terjatuh. kiranya pekat lah dia punya bahan. for sure, hair mask nih dia bagi rambut kita jadi lembutttt sangat. faham faham jelah kan kalau rambut panjang masalah dia apa. kering, frizzy lah, nampak macam rosak dan sebagainya.

so, kalau korang nak rambut korang sentiasa nampak cantik dan sihat, gunalah hair mask. tak kiralah hair mask apa pun. lagi bagus, kita pegi buat treatment dulu, then untuk maintain rambut kita guna hair mask once a week or twice a week. depends lah rambut uolls macam mana. kalau aku, aku buat dua minggu sekali. 

cara nak guna hair mask, senang jer. lepas kita dah shampoo rambut dan bilas bersih bersih, jangan guna conditioner. tapi guna hair mask. sapukan krim hair mask nih dari pangkal rambut ke hujung rambut. senang cerita satu kepala lah. hair mask bukan macam conditioner ye yang memerlupakan rambut di bawah saje. hair mask kena disapukan di seluruh rambut.

lepas dah sapukan ke seluruh rambut, tunggu seminit dua dan lepas tuh bilas lah rambut macam biasa. time bilas tuh korang akan rasakan kelembutan rambut korang yang macam baru rebonding tauu. senang je kan? harga L'oreal Anti Frizz Hair Mask nih rasanya dalam rm33 macam tuh lah. aku pun tak berapa ingat. aku beli kat guardian jew.

p/s : selalunya, lepas mandi aku akan guna l'oreal anti frizz hair serum. 

so, good luck uolls! 

Friday, December 7, 2012

Warna Bibir Macam Mana Jadi Pilihan?

Assalamualaikum.

*nak lipstick power power macam power root tongkat ali KLIK SINI.

seperti dalam entry sebelum sebelum nih, aku pernah cakap. ada orang suka ber-lipstick, ada orang tak suka ber-lipstick. aku category manusia yang suka ber-lipstick. kenapa? sebab aku taknak kelihatan pucat samada dalam rumah ataupun luar rumah. eh dalam rumah saya guna lipbalm jer tau. 

kalau aku, aku suka warna lipstick yang soft pink. itu yang paling ngam dengan aku. aku pernah jugak nak try warna warna pucat yang beyonce selalu guna tuh kan, tak ngam. aku rasa macam aku tak pandai guna gincu. fail to the max. hahaha.


nak lain siket pun, aku guna warna gelap. macam pure strawberry punya warna. itupun jaranglah aku guna. aku mesti jugak guna warna soft pink. barulah enjoy! hahahak. kat bawah nih adalah lipstick yang aku selalu guna.


satu daripada body shop (RM45.90). satu lagi daripada maybelline (RM39.90). yang maybelline punya best ouh. rasa vanilla kot. sedappp. hehehe. korang pernah try lipstick warna merah? aku tak pernah. tak berani pun. hahaha.

Kate ada sediakan lipsticks yang warnanya ala ala Hollywood habaq hang. pegi kat website Kate.com or Katerouge untuk tengok warna warna dia. dekat website dia, korang boleh dapatkan tips makeup secara percuma. so, apa tunggu lagi? cepat cepatlah belajar. 


untuk pengetahuan, Kate Rouge nih dia ada infused treatment untuk kekalkan bibir kita sentiasa lembap. so, kepada sesiapa yg selalu bibir kering tuh, boleh lah cuba jenama Kate pulok.

Tuesday, December 4, 2012

Chubby Stick Clinique

Assalamualaikum.

baru je tadi dapat parcel yang aku beli kat Best Buy Malaysia. apa yang pasti warna yang aku nak tuh dapat dan rasa berpuas hati. nih ha chubby stick yang aku beli tuh.

colour super strawberry

warna yang aku pilih tak pinky sangat. dia gelap siket. kang kalau aku guna yang pinky rasa pelik pulak kan. warna dia sebijik lah macam dalam gambar nih. bila aku guna tak bertukar pun warna dia. berbaloi lah aku beli rm28 jer. hahaha. 

apa yang pasti dia punya packaging tak sama dengan yang 3g punya. so, aku anggap je benda nih sample. memang pendek je dia punya stick. penutup pun plastic je weh. kalau yg betul punya sama macam bontot dia. yang nih made in Canada. okay lah.

hmm. ok lah. hmm ok lah. buat lip balm je kat rumah.

Friday, November 30, 2012

dulu BB Cream, kini CC Cream pulak.

Assalamualaikum.

kita selalu dengar pasal BB cream kan? aku pun dah 3 kali post entry pasal BB Cream. korang boleh baca dekat sini kalau nak tau apa aku merepek pasal BB Cream.


sekarang nih aku nak cerita pasal CC Cream pulak. CC Cream nih adek beradek dengan BB Cream cuma CC Cream more advance lah. besides, CC Cream nih mampu meng-cover-kan kulit anda dengan lebih bagus compare to BB Cream. yang aku cakap nih CC Cream by Rachel K. tak silap aku CC Cream nih 10 in 1. 

kalau korang nak lebih kepastian, boleh lah terus ke facebook page dia Rachel K. harga dia sekarang dekat guardian hanya RM39 after less 15%. kira murah lah kan? ok kat bawah nih gambar before and after guna CC Cream Rachel K.

boleh klik gambar untuk tumbesaran

haa nampak tak keberkesanan dia? wuhuuu. nampak gayanya macam best jer produk CC Cream nih. sebelum aku terlupa, kalau korang taknak membazir beli takut tak sesuai ke hape, then korang nak try dulu sample dia, boleh KLIK SINI untuk dapatkan sample dia.

untuk pengetahuan lebih mendalam or korang dah jatuh cinta dengan CC Cream by Rachel K nih, boleh lah KLIK SINI.

Sunday, November 18, 2012

Hada Labo Make-up Remover Oil

Assalamualaikum.

aku nak share kat korang hari nih mengenai cara penggunaan Hada Labo remover oil nih. kalau nak di-translate kan tulisan jepun kat botol nih, nama sebenar remover nih ialah Hada Labo Super Hyaluronic Acid Moisturizing Make-up Remover. hambek kau punya main panjang. aku panggil, Hada Labo Remover Oil jer. 

ini untuk yang make-up nipis

macam biasa lah fungsi utama dia nak remove make-up. kalau warna biru, untuk light make-up kalau kuning untuk make-up tebal. so, aku pilih biru jer. before this, aku salah menggunakannya. kekadang betul kekadang salah. dulu, cara penggunaan aku camnih. aku picit remover nih then sapu jer terus kat seluruh muka. after that aku bilas terus dengan air. terus muka aku rasa macam licin2 yang tak habis cuci tuh. tak tau rasanya? haa, cubalah style aku tuh. nanti uolls dapat rasakannya. hahaha

ini untuk make-up yang tebal

ok, itu cara yang salah yer. cara yang sepatutnya dibuat adalah seperti dalam video kat bawah nih. 
1. picit sekali or dua kali Hada Labo Make-up Remover nih.
2. sapu ke seluruh permukaan kulit muka. 
3. ambil sedikit air dan bilas muka anda. kemudian, remover yang ada kat muka tadi akan jadi milky.
4. kemudian, bilas dengan air seperti biasa seluruh muka anda.
5. untuk lebih bersih, cuci dengan cleanser yang biasa kita gunakan. 


sebelum nih, aku rasa tak berkesan pun remover nih. bagus lagi guna remover Silky Girl yang penutup hijau tuh. tapi sangkaan aku salah sama sekali. uhuk. berbaloi guna Hada Labo Remover Oil nih. boleh dapatkannya kat Guardian or Watsons. harganya agak mahal lah jugak dalam RM50++ tapi boleh tahan lama. jangan risau yer. 

so, apa tunggu lagi? cubalah. hehehe

p/s : rasanya sebelum nih aku pernah bagi tau remover amat penting sebab bila kita expose kat luar habuk akan melekat kat muka kita, kalau kita tak remove sebelum cuci muka, akan menyebabkan pore kat kulit kita terbuka sedikit demi sedikit tanpa kita sedari. senang cerita akan menyebabkan kulit kita berkawah macam kat bulan tuh. hehehe.

Tuesday, October 30, 2012

Kiehl's Since 1851

Assalamualaikum.

akhirnya start dah cuti semester yang kelima. pejam celik pejam celik eh, habis dah? cepatnya. sebenarnya aku nak cerita pasal Kiehl's. saje nak share share dengan uolls semua.

sample yang rajin aku pi mintak kat kedai tuh. hehe *gambar fb

Kiehl's nih skin care dari New York. macam mana aku boleh tau pasal produk nih? hari tuh ada kedai dia baru bukak dekat 1B. aku tengok orang yang jaga tuh dah macam doktor so, aku pun masuk lah try barang barang kat sana. tetiba la kan aku jatuh cinta. hehe.

dalam semester 5 jugak, tak silap aku awal semester aku guna skin care Clinique. kalau nak baca lebih lanjut sila pegi ke page Clinique. bagi aku Clinique nih tak boleh nak guna dalam jangka masa yang panjang tanpa campuran produk yang lain. paling lama pun 3 bulan lah. sebab aku mula rasa macam kering kering dah kulit. that's why aku tukar Kiehl's.

yang aku guna sekarang nih.

berbalik kepada Kiehls, aku guna dia punya pencuci muka dengan moisturiser. aku sangat suka dua dua nih. paling aku suka moisturiser dia sebab dia kasi matte muka aku. kan aku mengalami masalah kulit berminyak bila kat tempat aircond. kalau aku guna moisturiser Clinique dia makin berminyak. tak sesuai untuk aku yang belajar dalam tempat sejuk. 

kalau pencuci dia pulak memang dah ada scrub halus. dua2 produk dia yang aku guna nih untuk kasi kecilkan pore di kulit muka. best. selain tu, ada banyak lagi produk Kiehl's yang aku dah cuba. salah satunya Midnight Recovery Concentrate. apa yang aku suka sangat kat midnight recovery nih, dia bagi muka kita segar bila bangun pagi2. cara pemakaian dia waktu malam sebelum tidur. nanti pagi pagi bila bangun rasa clean sangat muka tuh. 

next, Ultra Facial Oil-Free Gel Cream. yang nih bestnya kalau orang kulit muka cam aku berminyak di T-zone, dia akan kasi neutralize kulit kita. so, yg berminyak jadi tak berminyak, yang tak berminyak tuh akan jadi moist. the best produk Kiehl's nih dia punya sun block Ultra Light Daily UV Defense spf50 PA+++ UVA. aku dah try aku rasa biasa je takde lah hebat gilerh pun. sangat biasa.

yang atas sekali tu yg deep pore dia tuh mask. sangat lembut kulit after guna. try it.

haa, untuk pengetahuan produk Kiehl's nih langsung takde alcohol tau. so, kalau sensitive tuh boleh lah cuba. Kiehl's jugak bukan hanya untuk muka, tapi badan, rambut semua pun ada. aku ada cuba dia punya shampoo untuk lebatkan rambut. so far okay la. lebih kurang Himalaya jugak. 

p/s : aku tak tetap guna satu produk je. laa nih aku guna Clinique dengan Kiehl's.

Sunday, June 24, 2012

Perbezaan antara BB Cream Maybelline SPF26 dan SPF50

Assalamualaikum.

lamanya tak update blog. lama lah sangat *tangan kat bahu, mata ke atas* 
jadi, aku nak cerita pasal perbezaan BB Cream Maybelline SPF26 dan SPF50. apa yang ketara sekali perbezaan dia mestilah kadar SPF kan. tak nampak ke tuh? nak tau beza dia berapa boleh kira sendiri. 50 tolak 26 equal to 24. itulah beza dia.

yang kedua beza dia, glowing. SPF50 lebih nampak glowing berbanding SPF26. mungkin sebab SPF yang terlampau tinggi yang membuatkan muka kita lebih glowing secara palsu. kalau kita guna sun block biasa pun yg SPF50 tuh pun selalu nampak berkilat kilat tak tentu pasal pun kan. so, ini adik beradik dia lah. kepada pengguna make-up matte, tidak disarankan untuk membeli BB Cream Maybelline SPF50. 

yang ketiga, lebih cerah. SPF50 lebih cerah berbanding SPF26. tak tau la kulit aku yang cerah ke hape tapi yang pasti itulah beza dia. hehe. actually tak banyak perbezaan dia. hampir sama je kedua duanya. kalau aku, aku akan pilih SPF26 sebab dia lebih nampak matte. itu je daripada pandangan aku.

sekian.

Friday, June 8, 2012

BB Cream.

Assalamualaikum.

dari pagi tadi asyik aku cerita pasal BB Cream dengan kawan aku Raje ngan Farahan. sampai balik pun masih lagi BB Cream. laa ni aku nak cerita ape tuh BB Cream. BB nih baru aku tau ape tuh BB. BB Cream stands for Blemish Balm Cream. ape yang aku tau BB cream nih retis retis Korea je selalu pakai. more to Asian la. nampak tak kat FaceShop yang laki tuh? dia pun guna BB Cream kot. siap jadi duta lagi.

kalau pegi kat guardian, ada sorang pekerja tuh cakap BB cream tuh foundation. dia tak panggil BB. actually, beza dia dengan foundation, kalau ko pakai foundation selalu, muka ko boleh keluar biji-biji timbul yang bila ko picit hanya keluar darah. tah la. macam ketumbuhan kecil la jugak. maksud aku, kalau guna foundation selalu TAPI tak cuci dengan bersih, akan jadi lah macam tu. dia punya contain berat siket. aku tak tau la apa campuran dia tapi yang pasti dia lebih heavy siket berbanding BB Cream.

BB Cream nih dia lebih ringan texture dia. eh betul ke penggunaannya nih? salah betulkan ye. kalau kita guna BB dia akan nampak lebih flawless atau lebih mudah lagi nampak lebih natural. tak nampak macam kita pakai bedak 5 inci ye kawan kawan. tu pasal la ramai orang giler sangat sangat sangat dengan artis Korea nih. hahaha. 

selain itu jugak, BB Cream nih all in one tau. semuanya ada. sunblock, concealer, anti-wrinkle eh semuanya ada lah. selalunya paling tinggi BB cream yang pernah aku jumpa pun 8-in-1. itu paling hebat giler lah tuh. dah tu dia memudahkan kita yang jenis gelabah tak tentu pasal nak cepat ke apa. senang kan semuanya ada. kelaaas lah kau jah kalau guna. ahaks! 

ada banyak BB Cream yang power power kat pasaran sekarang nih. pilihan hati aku hanya ada dua. satu dari FaceShop satu lagi dari Maybelline. 


ini daripada faceshop. nampak tak Power Perfection tuh? haa, memang perfect kot. asal aku masuk FaceShop aku usha yang nih jer. harga dia mahal kot. RM120++. dulu ada promotion, beli BB Cream nih dapat Cleanser dia sekali dengan harga RM129. tapi time tuh ekonomi gawat so guna jelah Maybelline BB Cream SPF50 rm24.90 dapat free compact powder sekali. hahahaha. Maybelline tuh kira standard punyalah. biasa biasa je. kalau yang FaceShop punya memang gempak la kan. 

so, korang taknak try ke BB Cream nih? cer ler traa sekali. hikhik.

Friday, May 18, 2012

Maybelline BB Cream 8 in 1

Assalamualaikum.


tengok gambar dah boleh baca kan? ok, aku nak review pasal produk maybelline yang nih. for me, bb cream nih bagus. kalau dia kata 8 dalam 1 maknanya betul lah tuh. dia tak tipu. aku tau banyak lagi BB cream yang lagi bagus. tapi yang nih affordable la kan untuk student. below 50 i think. 

actually benda nih aku dapat free trial punya. itupun kakak aku beli barang kat guardian then dapat free. dia taknak dia kasi lah aku. aku pun try la nak tengok bagus ke tak. ingatkan benda nih sticky rupanya tak. bila kita pakai dia nampak smooth. kira okay la.

one more thing, BB cream nih sesuai untuk orang yang kulit berminyak macam aku. skin type aku combination which is T-zone je yang berminyak. kat bahagian lain kurang berminyak. kelmarin aku guna aku rasa kulit aku dah kurang berminyak. so, aku identify apa yang aku guna sampai kurang berminyak nih kan. rupanya aku guna bb cream maybelline nih ha. today aku try lagi. memang kurang berminyak. terbukti lah BB cream ni bagus.

lepas tuh, kulit aku nih cam tak boleh nak terima compact powder tau. bagi lah brand apa pun. semuanya tak jalan. aku rasa kulit aku berminyak tahap gaban disebabkan bedak. memang tak lah aku nak pakai lagi dah bila ada bb cream nih. lepas nih, boleh la aku beli yang besar pulak. hehehe.

p/s : kulit kita tak sama. ada benda yang aku guna okay, orang lain guna tak okay. ingat! BB cream nih hanya membantu sahaja. tak yah nak taksub sangat. yang penting dalaman yang kita kena jaga.

related entries :
1. Perbezaan antara BB Cream Maybelline SPF26 dan SPF50
2. BB Cream

Monday, April 16, 2012

Maybelline Falsies Mascara.

Assalamualaikum.

pagi pagi nih aku nak cerita pasal make-up. hehe. i nak review pasal mascara. sekarang nih mascara yang paling aku suka mascara falsies daripada maybelline. alaaa yang warna purple tuh. you know, mascara nih aku rasa paling okay la. actually, mascara daripada maybelline semuanya okay. tapi ini yang paling best lah.


harga dia rm38 kot. lebih kurang la. aku beli pun time promotion. beli kat sabah. tak tau lah kalau kat semenanjung nih lagi murah ke kan. ogey ogey ogey. pasal mascara nih yang bestnya dia boleh kasi ko punya bulu mata jadi curl. kalau guna banyak lagi nampak macam ko pakai bulu mata palsu. hakikatnya guna mascara jer pun.

tapi kalau aku, aku tak suka over. ala kadar sahaja. then, mascara nih senang nak cuci. semua mascara maybelline aku consider senang cuci. ambik remover siket, gosok2 then hilang. ada sesetengah mascara ko sental ngan minyak petrol pun belum tentu tanggal. terlampau kuat. yang maybelline nyer okay la.

copy from google image.

bila pakai mascara nih, akan nampak sangat perbezaannya. ko akan nampak curl sangat. kalau bulu mata panjang, lagi nampak lawa. kalau aku punya nih tak berapa panjang pun okay. apatah lagi kalau yang bulu mata panjang kan. lagi lah cun. kira aku berpuas hati lah guna falsies nih. yakin.

so, apa tunggu lagi pegilah grab satu kat watson ke guardian ke apa ke. pasti kelihatan cun. hikhik.

Sunday, December 11, 2011

Foundation Naturactor.

Assalamualaikum.

mesti korang pernah dengar kan foundation naturactor nih? kalau yang tak pernah dengar, meh sini aku kasi ko dengar. hahaha. pasal foundation nih, bagi aku, aku SANGAT suka dengan hasilnya. hasilnya sangat lah yang aku idam2kan. tak berminyak, tutup semua jerawat2 halus dan smooth. produk nih daripada jepun. walaupun daripada jepun, ianya bagus ok. 

aku kan suka try produk-produk make-up nih. so, aku dapat compare lah apa bezanya. sebelum nih, aku pernah guna foundation SilkyGirl, BC Color, dan Loreal. yang SilkyGirl tuh memang out lah kan. then try BC Color cam apa je. tak smooth. Loreal orang kata bagus. then aku try. aku beli RM59 kot. harap mahal je lebih tapi berminyak. bila pakai tuh, nak kena letak bedak banyak2 supaya hilangkan minyak tuh.

tapi bila aku cuba Naturactor nih, aku dah rasa cam nak jual yang foundation Loreal tuh. masih banyak lagi. ada sesape penggemar Loreal ke kat sini? meh kasi tau aku siket. aku nak jual RM30. daripada biarkan dia beku baik aku jual kan? so, tak membazir. 

aku baru-baru je try Naturactor nih, baru minggu lepas start. bila pakai tuh kan, tak payah nak letak bedak banyak2. layang2 jer. nampak sangat natural. aku pakai, tapi kawan aku tak perasan. terbukti naturactor menaturalkan muka orang. ahaks! mana aku beli? aku beli online. hahah. 

awas! ada peniruan tau Foundation Naturactor nih. ada yang daripada China, ada yang daripada Jepun. original dia Jepun. beza dia, kalau yang ori takkan ada kotak. i mean, kalau beli akan dapat seketul je. kalau yang ada kotak, itu yang palsu. dia hanya keluar packaging satu kotak ada 10 biji benda nih. tuh je. untuk keterangan lanjut, klik SINI

aku punya code 151.

link yang aku kasi tuh, kat orang tuh yang aku beli benda nih. so nice so nice. hahaha. selamat mencuba.

Wednesday, November 2, 2011

Jom mekap mekap.

Assalamualaikum.

sape suka makeup? raise your hand. hahaha. perempuan suka lah kan mekap mekap nih. jangan nak tipu aku kata tak suka. aku lempang nanti kang. ok, aku tau ada segelintir perempuan tak suka mekap. tak tau apa faktor mungkin dia rimas, dia tak tau mekap atau susah bagi dia nak solat. itulah agaknya.

terus terang. aku tak suka pakai mekap. serious aku tak tipu korang kali nih. tapi kan, aku paling suka kumpul barang mekap. aku tak tau aku nih dalam category apa. aku sendiri pelik. anda boleh kira dengan jari, saya pakai mekap berapa kali dalam satu tahun. hahaha. sebab apa aku tak suka pakai mekap, sebab aku tak boleh nak lap lap muka aku sesuka hati.

well, faham jelah Malaysia kan sebuah negara yang panas. aku jadi cepat berpeluh. itulah sebabnya aku tak suka pakai mekap. kalau aku kat Paris, Italy, Australia ke, konfem aku pakai mekap :D mekap tak cair, tak payah nak jaga-jaga sangat. so, takdelah membazir kan. benda yang paling aku benci pakai eye liner. memang aku benci giler. tak tau kenapa. aku benci lah.

actually, aku keluar pegi mana-mana aku takde pun pakai make-up. bagi aku, ko keluar pakai bedak, ngan lipstick. kira dah perfect giler kot. ko takkan nampak pucat dah. bibir memainkan peranan yang sangat penting. bibir ko kelabu, konfem ko nampak cam lesu. so, rajin2kan diri anda pakai lipstick. tak perlu warna yang terang. guna yang light color lebih bagus untuk lebih natural. eceh.

tapi ada orang, dia suka pakai eye liner tapi tak pakai lipstick. bagi aku, tetap nampak lesu. masing-masing lah kot. pakai lipstick lagi senang kot daripada pakai eye liner. haha. nih kira simple tips la. untuk orang paling pemalas macam aku. just nice tak over. ko pun tak kena kutuk weh mekap tebal ke apa ke. simple jer. got it?

rasanya tuh je untuk dikongsikan. nah cuci mata anda. semua hasil curi nih weh. ok, tipu. aku beli arh. ingat mintak je kat tauke watson ngan guardian tuh? cantik siket.


p/s : aku pantang sangat share makeup. aku tak suka orang pinjam makeup aku dan aku tak suka pinjam makeup orang. kata mak, pinjam makeup orang macam pinjam spender orang tuh. ibaratnya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
My Ping in TotalPing.com