Showing posts with label Review. Show all posts
Showing posts with label Review. Show all posts

Thursday, May 30, 2019

Review: Gtech Cordless Vacuum Malaysia

Hai semua :)
Ok, hari ni aku nak review siket mengenai Vacuum Gtech Cordless ni. Bila kita ada anak kecil ni, memang makan sepah-sepah tu wajib dah. Serbuk-serbuk dorang makan biskut pun memang wajib la berterabur kat lantai kan.

Aku fade up asyik nak ulang alik ambik penyapu penyodok sampah. Nak guna vacuum besar macam lecehnak tarik wayar, nak pasang components dia lagi. Solution dia, Gtech Cordless vacuum la. Apa lagi.

Sejak ada vacuum Gtech tanpa wayar ni, serius kerja aku lebih mudah dan teratur dan pantas. Habis makan anak2, terus capai Gtech Cordless n zasss bersih dah. Hehehe. Dan paling bestnya, nak sedut habuk karpet sangat cepat dan efisyen weh! Habuk hilang, rumah bersih, anak kurang selsema. Ohsem kan?

Nak fully charge dia kejap je, macam charge handphone. Lebih kurang 4jam. Boleh bertahan dalam 40min if non stop using. Kalau benti2, lama gak tahan. Pastinya suction dia kuat walaupun tubuhnya kecil. Berbaloidengan harga yang ditawarkan. Alah membeli menang memakai. Gittew.

Meh aku tunjuk siket demo nak guna cemana.
Boleh tengok kat bawah ni k.


Dalam one box, korang akan dapat satu extension batang supaya boleh la sedut tempat tinggi siket, dapat brushy, satu lagi yang jenis muncung untuk sedut habuk bahagian corner.



All in all Gtech Cordless Vacuum ni sangatlah berbaloi untuk korang laburkan duit. Kalau taknak kita vacuum, boleh suruh anak sebab tak berat mana pon. Anak akuRafiq pon pandai dah guna. Hahaha. Selamat mencuba guys. 



Friday, December 5, 2014

Online Shop: Zolace Malaysia

Hello there~

untuk entry kali ni, saya nak review satu online muslimah shop yang sangat best bagi saya. hihi. sharing is caring. gittew. korang pernah dengar tak Zolace Malaysia? ok kepada sesiapa yang tak pernah tau pasal new shopping website nih, hari nih saya habaq mai kat hangpa semua na.

kalau korang nak cari baju2 muslimah yang simple, nice and yet boleh digayakan dengan pelbagai cara, korang boleh usha kat zolace.com sekarang. hihi. antara favourite saya sendiri adalah this one. sebabnya baju ni boleh dipadankan dengan seluar mahupun skirt. kalau terdesak nak pi kenduri kahwin boleh je sesah baju ni ngan skirt kan.


Kalau korang perasan la gambar-gambar yang saya selalu pos kat instagram or kat blog, banyak je style baju saya yang sebegini. Quality baju yang zolace jual sama je macam yang online store lain jual sebab saya memang penggemar top chiffon yang sebegini. Sekali sarung siap untuk berjalan. Heheh.

Harga untuk satu blouse ni pun tak semahal harga kat online store yang lain. Below rm60 is quite affordable. Kalau satu blouse harga sampai rm80++ rasa macam tak patut je. So why not korang try kat online shop zolace pulak kan.

kalau taknak style yang sebegini, ada je lagi choice yang lain. ada gak baju kurung moden dijual. haaa untuk baju kurung ni, sekarang Zolace ada offer untuk baju kurung moden. sangat berkenan dengan baju kurung moden yang sedang sale sekarang. simple and exclusive. wanna have one.


Zolace ni pon ada gak jual dress khas untuk muslimah tau. designnya sangat simple. harga juga berpatutan. siap ada sale lagi kau. rm99.00 only. wee wee. menarik perhatian sangat yang pure black nih tau. jenis kain yang digunakan sangat sesuai untuk gegirl yang angan2 jadi princess. sebab kain dia jenis yang jatuh. so bila kita berjalan boleh libas2 kain. hihik.


Untuk yang berbadan agak gempal macam saya ni, memang susah siket nak cari jubah dress yang sesuai sebabnya kekadang dressnya tak cover perut kita yang comel, tak cover lengan kita yang mantap ni kan. TAPI, dress khas untuk muslimah yang dijual oleh zolace ni just perfect. Boleh cover line la part2 yang comel tu. Hihi. Bila pakai pun rasa confident je.

Tapi serius pengalaman saya sendiri nak cari jubah dress kat online memang sangat susah nak jumpa yang betul2 ngam dengan kita. Harga sampai rm150++ but then tak fit kat badan kita. Sape yang nak macam tu kan. So yang pernah mengalami masalah yang sama dengan saya, boleh cuba bershopping kat zolace pulak. Murah dan berbaloi.

Dress ni boleh pakai dengan apa2 tudung pun. nak yang bunga2 ke, nak yang plain pon boleh je. cerita pasal tudung pulak, zolace ada jugak jual tudung tau. baik tudung bawal plain mahupun tudung bawal corak. korang boleh usha tudung2nya sekarang. pasti tak menyesal. yang bestnya tudung bawal dia jenis chiffon. so senang lah kalau nak jadikan tudung bawal ni macam shawl. hikhik.


Tudung dorang ni yang saya suka sebabnya dia lebih kurang sama macam kat butik SBU. Nak pegi butiknya kekadang takde masa. Dah tu stocknya pon selalu sold out. Kepada yang dok jauh2 luar daripada Selangor tu boleh la shopping tudung bawal chiffon kat zolace. Warna plain dia banyak pilihan pastinya. Itu yang paling saya suka. Hihihi.

selain tu jugak, Zolace ada gak jual handbags. to handbag's lovers. korang mesti tengok handbag2 yang dijual. sangat simple yet nice. ala2 michael kors kau. serius suka sangat dengan handbag2 ni. macam tau2 je nak cari handbag. dan2 je Zolace release handbag yang sangat menepati cita rasa saya. hihihi.


so apa lagi korang tunggu? boleh usha zolace.com sekarang. penghantaran percuma ke Malaysia, Brunei and Singapore tak kira purchase berapa sekali pon. korang juga boleh visit page facebook, instagram, twitter, pinterest dan google plus. boleh refer linknya di bawah ini.

Saturday, November 22, 2014

Pre-loved Handbag Part 2.

Hello there!
this is pre-loved handbag yang saya nak jual kat korang. 
kalau berminat boleh contact saya sendiri via email maisyahh25@gmail.com ataupun whatsapp saya (013-6403793)

- brand: Michael Kors. 
- color: Deep Pink or Hot Pink
-Top Handle: 4.5"
- Adjustable Strap: 17.5-19.5"
- Interior: One Inside Zip Pocket, Two Open Inside Pockets
- 13 X 8 X 4"
- Top Zip
- 100% Polyester Lining
- condition: 10/10 sebab baru pakai sekali sahaja tak sampai seminggu.

price: RM70 including postage. harga asal rm130.
handbag ni replica gred AAA bought from Moddy.

front look

inside

back look
p/s: harga boleh runding.

Tuesday, September 2, 2014

Pre-loved Handbags!

Hello there!
i'm helping my friend to sell her pre-loved handbags. you are pleased to read the details of the handbags down here, and if you are interested to buy just drop a message to ......


-Color : turquoise and grey
-Price : RM 45 not include postage.



SOLD

-Reason to sell : Tak pernah pakai and nak beli beg yang lain. Buy from zalora. 

- Length x Height x Width (14" x 15" x 3")
- Handle drop measures 10"
- Shoulder drop measures 16.3"
- Synthetic leather
- Synthetic leather straps
- Unlined interior
- Can use for both side
-Detachable and adjustable shoulder strap

--------------------------------------------------------------------------------------------

Colour: Orange
Dimension: 26cm x 6cm x 18cm
Description: Longer strap for shoulder or cross body wear, Flat bottom,
Single handle strap, Adjustable shoulder strap,
Cellphone/multifunction pockets.

Reason to sell : Dah ada beg yang lain. Baru 2 kali pakai. Buy from calaman.

Price : RM 35 include postage


SOLD

Wednesday, October 23, 2013

Chocolate Cats Birthday Giveaway; I win!

Assalamualaikum everybadeh. 

Hari tuh sebelum 30hb aku ada masuk grand finale birthday giveaway by chocolate cats. Well from the start aku memang suka blog chocolate cats ni. sebab dalam blog dia banyak review pasal cosmetics, events etc. So kalau iolls tak guna product tuh pun iolls tau benda tuh bagus ke tak. Kiranya dia macam extra information untuk kita la kan. 

Few days latter, i received an email from the owner Fatin. Dia cakap congratz sebab menang and dia minta address untuk pos hadiah tuh. I am so excited weh!! Lepas tuh kan, hari jumaat abang pos laju call nk hantar barang. Aku expect seluar jeans aku je sebab masa hari khamis aku ada order. Sekali abang pos laju tuh bawak 2 parcel. Aku pun cakap la 'eh jap. Nih sape punya?' 'Awak pnya la siti aisyah kan?' Tetiba je popup kak Fatin. Laju je aku received parcel tuh.

Dengan rasa tak sabarnya aku bukak dulu box giveaway tuh. Homaigaddd. Nih la barang2 yang ada dalam box tuh. 



I am so in love with the perfume. Senang cerita semua yang aku dapat semua aku suka. Bau dia sangatlah menepati cita rasa saya. so kak Fatin, thanks sangat sebab sudi pilih saya sebagai pemenang untuk birthday giveaway tuh. Hihihi. 

Perfume jasmine cherry blossom tuh bau dia manis compared to yg EDP botol kecik tuh bau dia sangat fresh. Aku lebih suka yg botol kecik tuh tapi susah lah nak guna. Nak bercalit2 bagai. Kalau ada spray lebih senang. Hihik. 

Kalau waktu malam, aku suka guna yang cocoa oil tuh. The smell.. mak aihhh semut pun boleh hurung tau. The effect memang kasi lembab kulit kita la. Selalu guna dekat kaki sebab kaki je yg selalu kulit kering. 

Rasanya tuh jelah kot nak share dengan korang. And again, thanks to kak Fatin the owner of Chocolate Cats for this opportunity :) Follow lah blog sis nih best tau. Banyak info. Weee :D

Thursday, September 26, 2013

Review: Kiehl's; Deep Pore Cleansing Masque for Large Pores.

setelah berminggu-minggu berhari-hari tangguh entry nih, jawabnya hari nih la aku nak publishkan entry nih. hangat hokeyy. eh bukan hangat. excited hokey. 

so basically, saya memang pengguna tegar face care jenama Kiehl's. siapa yang tak pernah dengar brand nih, sila google. so hari tuh aku dah cukupkan pembelian sebanyak 1k untuk redeem voucher rm100 sempena hadiah kerana banyak melabur dengan Kiehl's. special for members only. 

awal bulan hari tuh ada beli serum Midnight Recovery dengan toner. so yang free voucher tuh redeem Rare Earth Deep Pore Cleansing Masque. sebelum nih memang ada try guna masque nih tapi faham2 jela kalau sample berapa kali je kan boleh guna. beli jelah terus puas hati memakai. 

ok, this is my review for this product.

kulit muka aku taklah selicin sehalus macam baby baru lahir. biasa je macam orang ramai. yang berminyak, ada masalah large pores, jerawat etc. faham-faham jela kalau large pores punya side effect. mudah untuk ada white heads. nak-nak pulak jenis bermakeup setiap hari mesti white heads tuh senang nak wujud.

*tua betul tangan aku -,-

so, aku guna benda nih seminggu 3 kali. dia punya kesan wow, amazing! first and second try tak nampak sangat. third try, aku picit sekali white heads tuh supaya keluar habis. i tell you what mudah giler nak keluarkan white heads tuh. biasanya kalau guna product2 yang seangkatan dgn masque Kiehl's paling-paling pun dia keluarkan suku je. tak keluar habis. dipaksa2 untuk keluar still ada jugak.

tapi, mask yang Kiehl's nih tak payah nak bertenaga bagai nak micit tepi2 hidup, bawah mata senang cerita tempat yang sensitive la. just tekan biasa je dah keluar berketul2. yang lama punya white heads nih. terus lembut je muka uolls lepas guna. try it!

cara nak guna dia macam nih. 


lapisan tuh jangan terlampau nipis. mesti tebal siket.
tunggu 15 minit. paling malas, 5 minit pun boleh. its okay.
masa mask ni ada kat muka, reaction dia adalah rasa macam pedih2 dan rasa merenyam2. itu antara tindak balas positive la. hihi.
lepas 15 minit cuci je muka macam biasa. kalau white heads terlampau banyak, picit kasi buang habis2 then pakai toner, moisturiser. done.

Rare Earth Deep Pore Cleansing Masque nih one of top 10 best selling. 
price : RM100 per bottle (142g)

Tuesday, July 16, 2013

Review: BB Cream Cathy Doll

Assalamualaikum.

lama tak update blog weh. busy as always. malas as always.

for today, i would like to review about Cathy Doll BB Cream. eseh omputih youu. okaylah berkaitan dengan produk nih, aku sangat suka BB Cream dia weyh. Serious tak tipu. so far, this is the best BB Cream i ever had. firstly, the price much more cheaper than other BB Cream i guess. it cost about rm32 including postage. it's cheap right? 


about the tone, it only has one tone. for me it is more suitable for light skin compare to radiance or tan skin colour. it's also blend so well to the skin. kiranya dia bagi nampak kulit kita nih flawless lah gituh. kalau bab concealer pulak, dia sama je macam BB Cream yang lain. tak berapa nak conceal sangat pimples kita. biasa-biasa jela. it is so natural.

*kalau kulit muka ada jerawat2 halus memang flawless kau.

tapi kan, aku tak berapa suka dengan krim nih bahagian melekit dia. quite sticky. kalau apply BB Cream Cathy Doll nih guna tangan, memang melekit. so i prefer use foundation sponge daripada guna tangan. sebab aku tak suka melekit-lekit. lepas tuh kan, kalau kita apply krim tuh tebal siket, memang akan rasa sticky sangat lah. so dinasihatkan untuk apply secara biasa. tak perlu nak over eh.

for me, for sensitive skin maybe it is not suitable for you. it's scented. kan kalau orang kulit sensitive nih takleh guna sangat produk yang ada bau wangi2. so aku rasa kalau uolls guna BB Cream nih mesti keluar allergic uolls. haa nanti salahkan kite pulak.

so, kat bawah nih ada lah siket gambar untuk uolls tgk comparison bila pakai BB Cream Cathy Doll dengan tak pakai BB Cream Cathy Doll.


nampak jugak kan beza dia apa kan? haaa fikir lah sendiri ye nak beli ke tak. kalau okay, beli ler.

sedikit tambahan mengenai produk nih, dia made in Thailand tapi formula from Korea. mengandungi SPF59++, boleh mengecilkan pori-pori, memutihkan kulit, dan juga mengawal minyak muka. hoyeah hoyeah!

p/s : brand Cathy Doll nih ada macam-macam produk. takut mata je rambang nak beli yang mana satu. lotion badan, scrub badan, cleanser, dan macam-macam lagi. kalau berminat nak beli, boleh search kat instagram @things2shop

Good Luck! ;)

Thursday, June 20, 2013

Review: Nivea Extra Whitening Cell Repair Protect Body Milk

Hello! :)

memandangkan aku ada rajin siket malam nih, so nak update lah pasal Nivea Extra Whitening Lotion Body Milk nih. memula sekali, just nak inform yang aku paling malas nak guna lotion. tak kesah apa jenis lotion sekali pun terutama sekali kat bahagian badan la. sangat malas. TAPI, disebabkan kulit tangan nih makin menghitam terpaksalah merajinkan diri untuk menyapu lotion setiap hari.

so, this is my review. 
aku dah guna Nivea Extra Whitening nih dah masuk 2 bulan. setiap hari aku akan sapu 2 kali sehari lepas mandi pagi dan malam. kalau guna sehari sekali, takkan dapat effect yang cepat sebab tak kerap guna kan. so guna dua kali sehari pun dah memadai. jimat jimat siket eh. 


kesan yang ketara adalah kulit menjadi lebih cerah. kalau compare kulit aku masa dekat University dulu mak aih memang berbelak habis. kalau pakai jam, memang nampak bentuk jam semula jadi. tapi kini, tidak lagi. har har har. ditambah pulak aku kerja dengan suasana aircond bertambah cepatlah putih kulit aku. itu pun kadang2 aku ada terlupa pakai. faktor malas, menyampah, renyah dan bermacam-macam lagi.

jadi, kalau korang nak kulit putih, rajin-rajinlah sapu ye. haa, sebelum tuh kalau korang ada bintik2 hitam bekas kena gigit nyamuk ke hape kan, pun Nivea Extra Whitening nih mampu kasi pudar dan lama-lama akan hilang. 

mengikut kata kawan aku pulak, kalau kerap pakai lotion nih (yang tempoh dia makan 1-2 tahun), dia mampu mengurangkan garis-garis halus kulit. kalau kat jari tangan kita tuh ada 5 line kan, lama2 jadi 4line. sejauh mana sahihnya idok ler teman tau. nak tau betul ke tidak, cubalah sendiri.

kandungan:
Nivea Extra Whitening mengandungi banyak Vitamin C (50x) di mana dia boleh mempercepatkan pemutihan kulit. plus, dia ada Camu camu. sekarang kan top buah camu camu tuh. innershine pun dah perbaharui tau berry dia. semua ada camu camu. supaya cantik cepat gituhh.

*sila google untuk tahu lebih pasal camu camu.

kalau yang UV Whitening Serum tuh pulak, macam biasa arh function dia sama je macam sunblock. bezanya dia wangi siket la daripada sunblock yang banyak jual di pasaran. mengandungi SPF25++ kalau setakat keluar panas sekejap2 boleh la layan benda alah nih. tapi aku tak suka sangat guna serum ni sebab dia terlampau cair. tak sedap time sapu. lambat meresap. huhu. harga untuk botol dalam gambar nih tak silap rm7.90. 

harga:
RM21.50 untuk 400ml punya. kalau anda bernasib baik, datanglah ke Guardian untuk mendapatkan promo pack di mana dapat percuma 125ml lotion yang sama. harga tetap sama. 

itu sahaja daripada saya, sekian.

Sunday, May 19, 2013

Review: Ginvera Marvel Gel.

Hai semua! Hai !

hari nih aisyah nak share dengan korang pasal Ginvera Marvel Gel. sebenarnya lama dah nak review pasal product nih tapi kemalasan mengatasi segalanya. ada banyak benda yang nak di-review tapi apakan daya.


fungsi utama marvel gel nih adalah sebagai scrub untuk menanggalkan blackheads. kalau kita guna scrub biasa, kulit muka akan rasa sedikit sakit semasa menyental ye. tapi kalau guna exfoliator nih, kita tak rasa sakit pun tapi blackheads akan hilang. yang paling bagusnya, marvel gel nih boleh digunakan setiap hari.

kalau tak percaya betul ke tidak fungsi marvel gel nih, boleh cuba sendiri dan kita boleh nampak benda tuh ye. bukan seperti scrub yang kita akan rasa halus je lepas guna tapi tak nampak daki tuh dah hilang ke belum.

kalau nak cuba, just sapu ketika kulit tengah kering tanpa setitik air pun dan gosok seluruh muka kita. gel yang bewarna hijau akan bertukar jadi hitam sekiranya kulit muka menyimpan daki yang banyak. marvel gel akan kekal hijau sekiranya kulit kita tidak menyimpan daki. hasil selepas menggunakan marvel gel ofkos rasa sangat flawless kejap. hoho.

harga marvel gel nih, RM39.90 dapat percuma yang kecik punya (60ml+30ml). actually, Ginvera Marvel Gel nih ada 10 benefits yang tersenarai kat belakang botol dia nih. 

1. Rubs away deep layers of dead skin cells
2. Rubs away blackheads painlessly
3. Contracts pores for refined skin (as dead skin cells have been cleared from pores)
4. Lightens black spots, freckles, and scars)
5. Removes oil seeds
6. Regulates sebum secretion to prevent pimples.
7. Brightens dull complexion.
8. Changes dark, rough skin to smooth skin.
9. Whitens skin as it gives way to new born skin.
10. Enhances quick absorption of skin care products.

*untuk buat entry nih baru aku terperasan 10 fungsi nih.

aku guna marvel gel nih hari2 sebelum aku mandi. nak nak pulak kalau baru balik kerja, lagi banyak aku guna. huhu. so, marvel gel nih serupa je dengan exfoliator daripada brand brand lain seperti bio essence, nano white, skinz etc. dah ada banyak brand dah. yang boleh dibeli pun brand bio essence, nano white dengan Ginvera. yang lain tuh macam biasa je aku rasa. hahaha.

p/s : kalau sesiapa tahu exfoliator yang macam marvel gel nih untuk body silalah share dengan saya ye. terima kasih.

Monday, April 15, 2013

Review: Feminine Wash Lactacyd


hallo! since last week kot aku dapat samples from lactacyd nih so, i need to review about this. sebelum nih, aku tak pernah pun cuba brand nih untuk feminine wash aku sebab harga dia yang agak mahal. hohoho. lagi pun sebelum nih packaging agak old school so tak menarik minat saya untuk membelinya. selepas dorang tukar packaging yang super cute bagi aku, aku mula tertarik nak mencubanya.

so, lets start review about Lactacyd.
bagi aku lah kan, lactacyd ni dia punya ph value suitable for all types of skin. Lactacyd dengan aku ngam. aku takde mengalami masalah kegatalan tahap melampau, naik jerawat etc. normal okay. sebab kawan aku ada jugak guna brand nih untuk feminine wash dia tapi dia dapat effect yang tak baik. gatal2 sampai menggelupas kulitnya. for me, ikut orang jugak la. ada yang okay ada yang tak okay. mungkin kulit kawan aku tuh terlampau sensitive kot.

kemudian, kalau korang perasan Lactacyd ada keluarkan 4 warna untuk feminine wash dia. warna biru, kuning, pink, dan hijau. rasanya pink dan hijau adalah yang original dorang. Dorang just perbaharui je packaging and tambah2 siket formula. Yang biru dan kuning adalah baru. Perbezaan antara pink&hijau dan biru&kuning adalah jenis liquid dia. Kalau pink&hijau dia lebih kepada air means cair lah. Kalau biru&kuning dia macam krim means agak pekat cecairnya.

*setiap warna memainkan peranan dorang tersendiri. you can check it out by yourself


Aku lebih suka yang pekat berbanding cair sebabnya bila guna yang cair agak susah lah. Erm..paham paham jelah kan dah takleh nak beza mana air mana lactacyd. Hahaha. Kalau yang pekat tuh okay lah siket bau pun lebih fresh. Gituhhh. Compare ke empat empat warna nih aku paling suka warna biru. You know, i felt so fresh when used it! ;) tak percaya cubalah sendiri. Hihi

Ok done about the liquid. Moving on to wet tissues from Lactacyd. Tak dinafikan yang wet tissues nih memang mudah untuk dibawa ke mana sahaja. Nak nak pulak kalau kita dekat luar, lagilah senang. Time kerja ke apa memang senang. Macam aku sendiri kalau nak buang air kecik ke besar ke apa kan mesti nak ada towel. Bukannya selalu aku bawak towel ke mana2 kan so i replaced it with Lactacyd wet tissues.

Memang okay lah kan untuk first second time used. Tapi dah lama2 rasa macam tak selesa pula dengan wet tissues lactacyd nih. Sebabnya kan kita kan orang melayu dah biasa basuh guna air then lap dengan tissue kering. Tetiba replace tissue kering dengan tissue basah memang taklah sesuai dengan orang melayu. Bagi aku lah. Kalau orang yang dah biasa tuh okay lah kot. For me i am more prefer the liquid one. Heee :D

So depends on you all whether want to try it or not. Now kat guardian ada twin pack cost about rm38.90. Botol besar punyer. Kalau first trial just buy the small one. Good luck! :)

Saturday, March 30, 2013

Review Bio Essence: Bio Spring Water Spray

Assalamualaikum semua!

sebelum saya memulakan bicara, saya nak cakap yang blog nih akan di-update seminggu sekali sahaja. kalau terlebih, anggap je rezeki. hihi.


siapa lagi yang belum ada Bio Spring Water from Bio Essence nih? ok kalau korang belum ada, better korang beli satu botol besar untuk kegunaan sendiri. satu botol besar nih tahan 6 bulan lebih. setahun pun sampai kot kalau korang just guna untuk muka sahaja. kalau satu badan, mungkin ngam lah tu 6 bulan je. 

so about this product, it has more than 10 benefits compare to Avene Spring Water. before this, i used Avene Spring Water now i change to Bio Essence's. hahaha. (pesal nak speaking2 london lak ni?) 

antara fungsi fungsi spring water ni adalah boleh control oil, refines pore kalau besar boleh jadi kecik etc, boleh mencerahkan kulit, boleh kasi firm kulit, menganjalkan kulit, mengurangkan dark circles, reduce eye bags, relieves sensitive skin, relieves pimples and redness, use after make-up for longer lasting, kasi lembut kulit muka, soothes skin after treatment. naaa cukup 10 untuk muka sahaja. 

kalau bahagian rambut pulak, boleh merawat rambut kering dan juga kasi lembut rambut. kalau untuk body, boleh melegakan badan kalau lepas berjemur tengah panas. untuk baby pun boleh tau sebenarnya. kalau baby ada ruam-ruam, boleh semburkan siket supaya ruamnya tuh cepat surut.


kandungan2 dia boleh cek sendiri kot nanti. apa yang bestnya pasal bio essence ni ofcoz sebab functions dia tadi. kalau aku sendiri, aku suka spray spring water lepas je aku remove make-up. mak aihh lembut doh muka takde rasa tegang kulit muka tuh. for your information, bila kita remove make-up guna apa sahaja remover, our skin will be tight. so, thats why la ada spring water ni untuk relieve kan tight tuh tadi. faham?

selain daripada itu, aku guna spring water bila aku rasa kulit gatal-gatal. aku sangat sensitive bila berpeluh dan kena habuk. konfem muka gatal, tangan gatal. senang cerita mana-mana tempat yang terkana habuk tuh akan gatal. aku spray je spring water nih dalam beberapa minit gatal tuh akan hilang. mungkin sebab air dia nih sejuk tu pasal cepat hilang gatalnya. hihi.

sebelum tidur pun, aku akan spray jugak spring water ni untuk kelegeaan dan menyegarkan kulit muka. wuhuu. so, korang tunggu apa lagi? beli lah satu.

now, price dia botol besar kat guardian rm39.90. ada twin pack yang botol besar harganya rm69.90. so jimat rm9.90.

good luck everyone! ;)

Saturday, March 23, 2013

Kiehl's BB Cream SPF50 Review

Assalamualaikum semua! :)

lamanya tidak menaip. laa ni jadi seminggu sekali je menaip. huhu. hidup nih terasa sangat lah tiada masa untuk blog. twitter masih lagi ada itu pun dah kurang. facebook pun senasib dengan blog. waktu cuti je dapat meluangkan masa bersama. hahaha. (tak ada lawak pun kat situ kenapa gelak?)


so back to the main tittle, semalam aku pergi ke Kiehl's untuk beli pencuci muka dan mengadu masalah. so, dah hampir selesai dah masalahnya tuh. then, aku try lah kiehl's BB Cream baru tuh. here is the review from me.

BB Cream nih dia ada SPF50++ of course to make sure your face is covered from the sunlight. tau jelah kan matahari sekarang nih macam mana. orang bilang lapisan ozon semakin nipis gituh. fungsi utama BB cream from Kiehl's nih adalah untuk merawat kulit muka dan melindungi daripada UV. so, faham faham jelah concealer dia sangat lah nipis.


apa yang aku nampak, CC Cream from Rachel K, BB Cream from O'slee dan juga BB Cream from Kielh's mempunyai persamaan iaitu mempunyai concealer yang sangat nipis. bila dah guna dorang punya krim nih, korang perlu pakai bedak siket lah untuk nampakkan muka uolls tidak terlampau pucat.

BB cream Kielh's nih ada vitamin C yang tinggi dan teksturnya sangat halus, ringan dan tidak berminyak ye. selain itu jugak, bila guna BB cream nih kulit kita akan sentiasa lembab dan tidak mudah kering. korang boleh pilih tone warna ikut muka korang. dia ada fair, light and natural. orang kat kiehls tuh suggest light tapi aku ambik natural. so, agak gelap siket lah muka aku. bukan aku taknak light, tapi sample nyer dah habis. hahahaha

so, for more details about it you can click HERE.

p/s : bau dia tak wangi doh. wuhuuu.

Saturday, February 9, 2013

Review: Himalaya Hair Revival: Atasi Rambut Gugur

Assalamualaikum semua! ;)

nampak gayanya memang waktu pepagi butalah aku mengupdate blog. haha. ok sekarang nih aku nak review pasal satu produk yang boleh mengurangkan keguguran rambut dalam masa 2 minggu sahaja. ini bukan cerita tipu. ini cerita benar. 


inilah dia produk yang dimaksudkan. Himalaya Hair Revival. dekat entry INI rasanya aku ada bagi tau yang aku pernah mengalami masalah keguguran rambut yang teruk. tak tau lah sebab apa yang boleh jadi keguguran rambut yang sangat teruk tuh. so, cari punya cari apa yang bagus untuk kasi kurangkan rambut gugur tuh, terjumpa lah pulak produk Himalaya nih.

aku beli Hair Revival nih dekat butik dia sendiri. harga dia dalam lingkungan rm50++. tapi rasanya sekarang kalau beli kat watsons or guardian time sale, boleh dapat dalam harga rm30++. haa pasal yang dalam 2 minggu dah nampak kesannya tuh, memang betul. aku guna 2 minggu berturut2 memang kurang. 

kalau sebelum tuh, aku sikat rambut macam hampir 20 helai yang gugur. bayangkan kalau aku sikat berkali kali. haa tak botak gamaknya? perubahan dia selepas 2 minggu, setiap kali aku sikat rambut, yang gugur hanya dalam 8 9 helai je. perubahan dia memang nampak sangat selepas 2 minggu. tu pasal aku suka dengan Himalaya Hair Revival nih.

start daripada tuh aku guna shampoo, conditioner, cream rambut, semua daripada Himalaya. sekarang nih pulak, kalau aku sikat rambut sehelai dua je yang gugur. itupun aku dah stop guna Hair Revival cuma aku continue shampoo, conditioner dengan cream rambut jer. (aku start guna himalaya produk daripada August,2011)

kalau korang mengalami masalah yang sama, boleh lah try Hair Revival daripada Himalaya. mana tau boleh selesai masalah. dah takyah dah susah nak kutip rambut gugur hari2 kat lantai. hikhik. good luck uolls ;)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
My Ping in TotalPing.com