Showing posts with label personal. Show all posts
Showing posts with label personal. Show all posts

Tuesday, December 1, 2015

Memberi dan Mengambil.

melayu dia bunyiknya memberi dan mengambil. in english we call it as give and take. as we live in this beautiful world with complicated persons around us we have to teach ourselves to give and take among each other. in simple words, jangan pentingkan diri sendiri. tapi kekadang kita perlu pentingkan diri sendiri. hahaha. but depends on the situation la kan.


tapi aku ada satu situasi tau di mana ada manusia ni selalu mengharapkan orang. tanpa usaha. dia perasan dia dah habis berusaha actually she's not. dia hanya bagi 10% je usaha dia and the rest depends pada orang. mana boleh macam tu kan? unfair kot. ko menadah je. orang lain yang sebuk usaha nak dapatkan something untuk kau. kalau sampai nak isi perut sendiri nak buat lemak badan pon nak harapkan orang memang sangat melampau la.

yang memberi pon kekadang over jugak nak jadi baik. nak tolong orang pon berpada-pada lah. tak tau la pulak in the same time nak jadi jahat gak dengan menyuap segala2nya kat orang menadah supaya orang menadah tu jadi bodoh tak tau pape. kan kan.

to conclude, kita manusia ni berpada-pada lah nak minta tolong dengan orang dan nak menolong orang. kau fikir sendiri bila minta tolong orang, ko rasa orang tu susah ke tak. ikhlas ke tak nak tolong ko. bukan senang-senang petik je "weh, tolong jap weh!" "weh, tolong ni weh!". nak menolong pon sama jangan sampai kita menolong orang, orang tu pijak kau henyak-henyak kau dengan perut dia. okay?

p/s: aku tak faham kenapa ramai orang melayu bila marah selalu nak cakap omputih.

Thursday, June 25, 2015

Insecurity to the max.

perempuan dan insecure atau rasa terancam, rasa tak selamat memang tak dapat dipisahkan. dah memang jadi hash tag perempuan la insecure ni. aku sendiri pon selalu rasa perasaan ni. tak dinafikan seksa beno rasanya. 

perempuan memang suka layan perasaan. nafsu ada sembilan dan aku rasa 8 daripadanya melayan perasaan yang tah pape. its like within a month engkau akan menjurus ke satu bab, satu bab. sampai cukup 9 dan ulang lagi seterusnya.


misalnya, bulan 5 kau rasa asyik nak makan je. kau tengok baby makan biskut lembik pon kau rasa sedap beno dah. masuk bulan 6, kau rasa nak marah je semua orang. semua tak betul. and the next month kau rasa asyik nak menangis je. orang cakap ish dengan kau pon kau nak nangis.

nampak tak senario #perempuan ni? complicated kan? aku yang perempuan ni pon rasa diri aku sangat complicated. ada ke manusia lain yang nak jaga aku nanti? terima segala
ke-complicated-an aku ni?

but then bila difikirkan balik. oh well bila kau suruh diri kau fikir sendiri memang kau rasa diri kau sorang saje yang betul. orang lain akan semua salah. tapi tadi nasib lah pulak perbincangan antara adik beradik mampu bukak mata hati fikiran minda dan segalanya. harapnya lepas ni bukak jelah takde nak tutup2 lagi dah.

maybe i should share it here too. ni berkaitan dengan insecurity with partner. sebagai seorang perempuan ataupun isteri, kita tak boleh nak pertikai soal suami cari perempuan lain selagi keperluan isterinya terjaga dengan rapi. kau pertikai, maknanya kau pertikai hukum Allah. as you all know, lelaki islam boleh kahwin lebih daripada satu sekiranya dia mampu. sekiranya dia mampu.

*semoga we alls as women redha sekiranya dapat suami sebegitu. 

lebih pedas menusuk qalbunya lagi bila dikata sebegini 'hang sebok nak pertikai laki cari lain semua, hang tu boleh jd mcm siti khadijah ka? hang cakap aku pun hang lawan' kata seorang suami kepada isterinya.

*gulppp 

bagi aku, pegang je pada ayat ini "lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat" vice versa. nak suami baik, silalah jadi baik. kata-kata my brothers sangat pedas hokey sampai tak boleh nak describe kat sini.


well kat sini ingin dinyatakan lah orang perempuan memang suka fikir yang bukan2. memang suka rasa insecure tak tentu pasal. bagi aku, perempuan ni tak boleh tergolong dengan makhluk2 yang kaki hasut, kaki gosip, kaki cerita yang negative supaya perempuan tu sentiasa berasa lakinya betul. in terms of taat la. (suami isteri)

TAPI, kepada pihak lelaki pulak. janganlah ambil kesempatan atas tindakan perempuan sebegitu. kau rasa partner kau tu okay je dengan kau tak marah2 kau, kau pun melayan perempuan lain. lagi cannot go bila kau pasang 3 4 belakang dia. depan dia kau lah malaikat. orang sebegini elok dibaling dengan batu je. 

bagus lagi orang yang cakap meletop2 depan perempuan nak kahwin 10 la. banyak makwe la bagai, hakikatnya takde. daripada depan partner cakap 'dikau lah sorang pujaan hati kekanda sayang. tiada yang lain.' hakikatnya belakang kau ada spare lagi beberapa orang. #inisangatkuranghajar

all in all, orang perempuan ni memang kena guide. tak boleh solo-solo sendiri. bila solo sendiri kau tengoklah perangai dia. makin menjadi2. in terms of relationship, your partner kena jadi tegas and a bit garang so that girlfriend kau ataupun isteri kau tu rasa takut dengan kau. supaya dia rasa nak buat perangai ngan kau pun dia takut. 


p/s: orang perempuan kalau dengar partner dia cari lain memang rasa down sangat. even partner dia jeling perempuan lain time dating pon boleh rasa down. sebabnya perempuan ni akan rasa ohmaigad aku depan dia pon nak usha yg lain ke? so aku depan dia ni siapa? siapa? im gonna die die die. haaa macam tu la rasanya.

and untuk spesis yang ni, sebabnya dia tau siapa partner dia. thats why rasa insecure tu lebih. kalau dia tau partner dia bukan jenis melayan. bukan jenis turning 360 degrees tengok perempuan, takdelah perempuan tu nak meroyan. 

dapat pulak partner yang suka buat silent relationship either friends or pasang lain memang cannot go. rasa diperbodohkan sangat kan? kalau betul why not be sincere je kan. nak kawan ke nak buat bisnes ke apa. tolong lah.

secara keseluruhan, pasrahkan diri. perbaiki diri masing-masing. kau tak boleh nak tentukan itu ini untuk kehidupan kau. kau hanya mampu mengubah diri kau jadi lebih baik untuk semua orang dan berdoa agar pasangan kau baik dengan kau. sayang kau macam dia sayang mak dia.

good luck everyone! ;)

*aku type entry ni pun aku rasa complicated. -,-

Saturday, January 31, 2015

#escapewindow

Kekadang jadi perempuan ni penat. Penat layan perasaan sendiri. Penat fikir yang bukan-bukan. Penat dipergunakan. Escape window is the best bila rasa macam ni. Escape terus pun ok gak.


Tuesday, December 23, 2014

Emosi: PMS Mood Swing

Hello there~

orang perempuan dengan PMS atau nama lain dia premenstrual syndrome memang tak boleh dipisahkan. aku bet 10 perempuan yang mengalami PMS akan ada 10 perubahan mood yang berbeza. ada yang okay. ada yang teruk. ada juga yang sangat teruk. ni nak cerita yang aku punya pms mood swing teruk la bulan ni. hahar.


well, bulan ni mood makan aku sangat ohsem. tak tau la nak categorykan ohsem atau teruk. sebabnya aku rasa aku nak makan coklat sentiasa sampai berpikul-pikul coklat aku beli dan makan. bukan beli sahaja. selain pada itu, sehari aku makan 4 5 kali yang heavy dishes. pagi nasi lemak, tengah hari nasi lauk campur. dalam kul 4 or 5 petang rojak mamak Rahmaniah. nanti malam makan nasi dekat rumah pulak. perut kenyang lepas tu tidur. no exercises.

kadang-kadang perempuan ni bila dorang kuat makan, suka bagi jawapan yang cliche macam ni "ko kenapa asyik makan je sekarang ni?" "entah la aku rasa aku nak period kot" padahal baru minggu lepas habis datang bulan. nampak tak cliche dia tu macam mana? kata jelah nak gemuk. senang kan? 

eh tapi kan, kalau mood makan mendadak tapi happy best la jugak. ini tak weh! sedih aku sepanjang bulan 12. back to December sangat. (lagu taylor swift dimainkan) cuba korang tutup mata bayangkan yang aku kena marah dengan family, kena marah kat tempat kerja, masalah dengan crush lagi. ok aku tau korang tak nampak pape pun. so takyah bayangkan. baca je. hew hew.



bagi aku, bila dah jadi macam ni. maksudnya bila mood sedih datang mendadak, mood nak marah datang mendadak sampai semua orang di keliling habis kau marah, ingatlah. back to the basic. kembali pada Allah swt. perbanyakkan istighfar. perbanyakkan solat sunat taubat. tau jelah kan syaitan (darah kotor) nak keluar. membuak2 dah sangat dalam badan tu, memang akan ada perasaan2 yang bukan-bukan. lagi teruk bila ada macam bisikan kata itu ini yang negative. dan kita perempuan ni ikutkan jelah bisikan2 tu. tak boleh macam tu.

untuk mengelakkan hal sebegini berlaku atau lebih teruk lagi orang kata kau giler meroyan tak habis2 sebab marah sana sini sentap sana sini, istighfar banyak-banyak. ingat Allah swt sentiasa. tak kiralah mood kau okay ke tak ke. always. remind to myself too. manusia ni biasalah kan kekadang lupa. sentiasa nak diingatkan. anggaplah apa je benda-benda baik yang berlaku depan mata kau tu semuanya petanda suruh kau kembali kepadaNya. 

sekian.

Friday, December 12, 2014

Emosi: Manisnya Cinta


Hello there~

korang semua dah tengok ke belum filem Manisnya Cinta Di Cappadocia? ok yang mana belum tengok silalah ke pawagam yang berdekatan untuk tonton filem nih. chill weh filem dia. tak tipu.

cerita dia adaptasi daripada novel. no wonder jalan cerita agak cliche siket. siket la. but then still enjoyable. hihi. lepas habis je aku tengok cerita ni, terus aku set dalam kepala otak jangan berfikiran negative. dalam segenap perkara sekali pun jangan fikir negative. TAPI, mana2 perempuan pun akan suka berfikiran negative especially terhadap lelaki.

dalam 100 orang perempuan, aku rasa 90 daripadanya memang akan suka fikir yang negative dulu terhadap lelaki. itu lumrah. dan lumrahnya lagi lelaki tak suka bagi penjelasan terhadap perempuan. bila tak bagi penjelasan, maka bertambahlah fikiran negative itu tadi. nampak tak hypothesis dia macam mana?


selain daripada jangan berfikiran negative, aku ada gak set kat kepala otak aku ni jangan terlampau mengharap. yes. jangan terlampau mengharapkan sesuatu benda yang tak pasti. terutama sekali dalam hubungan la kan. just go with the flow. jangan janji apa-apa yang indah. jangan termakan janji-janji capati. again, just go with the flow. ada jodoh, ada. 

TAPI, setiap individu tu pun beragak la kan. jangan la kau bagi harapan palsu pulak. kau pura-pura concern to the max dengan individu yang lain umpama kau nak kahwin dengan dia. spesis yang macam ni minta kaki tangan. 

message yang paling best dalam filem ni bila dia kata cari lelaki yang akan keluar duit untuk kita bukan kita yang keluar duit untuk dia. kata lain dia bukan materialistic, tapi menghargai. biar lelaki tau menghargai kita dan sanggup bersusah payah untuk kita. kalau ada jumpa lelaki seperti ini, sila hargai. jangan ambil kesempatan ye perempuan2 kat luar sana termasuk saya. hahaha.

all in all, jangan terburu-buru cari pasangan. teragak stress dengan scandal ke hape banyakkan makan makanan yang sihat, exercise banyak-banyak. ini antara alternative lain untuk korang hilangkan tumpuan terhadap masalah korang. heee :D

Tuesday, November 25, 2014

Emosi: Fakta Lelaki


Hai shemua! ;)

mengenai fakta lelaki ni memang betul la kan di mana lelaki akan sayang seseorang tu sampai boleh abaikan semua karakter negatif perempuan tersebut. begitu juga dengan perempuan. kalau dah sayang someone, sampai tak nampak langsung keburukkan lelaki tu. cinta mati la konon. 

apa yang cuba saya sampaikan kat sini, sekiranya korang bercinta dengan lelaki yang suka sangat komplen pasal korang. tak kira lah dari segi attitude, fizikal, mental dan sebagainya fikirlah seribu kali ke sejuta kali ke, betul tak pilihan yang korang buat tu. as mentioned above, kalau dah sayang takkan komplen malah saling memperbetulkan antara satu sama lain.

ini kalau dah hampir hari2 ulang benda yang sama. mana tahan bro. sebagai contoh lebih simple "awak ni gemuk sangatlah. cubalah kurus siket" diulang hampir hari2. hello! engkau rasa nak kurus tu macam petik buah mangga kat pokok je ke? boleh tak makan nasi sehari then esoknya kurus dah? 

kalau dah bila keluar asyik pergi makan je. bila gayanya nak kurus. bagus kalau keluar lepak tu minum2 je. ini ikan siakap 3 rasa. tomyam. sayur kailan ikan masin. telur dadar. nasi 2 full.  carrot susu gelas beso. ohmaigad. kurus sangat nak kalau begitu makannya.

nampak tak situasinya macam mana? maybe in certain ways ada yang kata tegur untuk kebaikan. yerp betul. kalau attitude ditegur its fine. part body pun kau nak ditegur its fine. maybe terlampau besar dengan jayanya kan. so kena tegur supaya benda tu tak berlanjutan. tegur dan beri semangat. bawak pi gym ke. pi tempat makan yang ada healthy food ke. being supportive. bukan condemn. huhu.

kesimpulannya, dalam perhubungan tuh mesti ada penerimaan sepenuhnya. you have to accept each other first. lepas tu barulah ada toleration, supportive, give and take dan sebagainya. kalau dalam mindset tak terima someone tu seadanya, itu yang datangnya complaint, rungutan, marah2 dan sebagainya. 

p/s: jangan terlampau terdesak dalam memilih. kalau jodoh tak ke mana. tapi jodoh tu takkan datang sendiri.

Tuesday, November 18, 2014

Emosi: Letting go

"You have to let go of what you think is GOOD, in order to get something BETTER, because you'll never know what's BEST for you until it has arrived." ayat ni aku terjumpa kat blog keknis. tetiba aku terasa macam nak letting go someone from my life. huhu.


perhhhh ayat rasa macam nak muntah bila baca. tapi serius ah i really mean about it. sebab aku rasa kau tak perlu nak buang masa dengan benda yang tiada jaminan pada diri kau. dalam kata lain takde memberi manfaat dalam hidup kau. mungkin ya dia ada bagi manfaat mungkin tak. kita sebagai manusia yang normal boleh fikir kot benda tu bagi benefits atau tak. 

mana yang baik kau boleh guna pakai untuk kehidupan kau akan datang. mana yang buruk jadikan teladan. manusia sentiasa hidup dalam keadaan bersalah-salahan. sentiasa ingat bahawa kita ada Allah swt yang sentiasa bersama dengan kita. jangan terlampau ikutkan nafsu. guna akal yang waras untuk berfikir. 

*tetiba emosi sebegini. biasalah dah nak hujung bulan.

Monday, October 27, 2014

Self Motivation

No more excuses. No more tomorrow. Lets strive for progress Aisyah. You can do it. Yes, you can.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
My Ping in TotalPing.com