Showing posts with label emotional. Show all posts
Showing posts with label emotional. Show all posts

Tuesday, September 1, 2015

Aku Perempuan.


aku perempuan
hati aku rapuh
akal aku kurang
emosi aku tak stabil
kadang suka, kadang duka
aku cuba kawal emosi. aku cuba.

aku cuba 
untuk memahami kau
untuk percaya kau
untuk yakin dengan kau
tapi.....
aku tak kuat
aku penat
sumpah aku penat.

Thursday, June 25, 2015

Insecurity to the max.

perempuan dan insecure atau rasa terancam, rasa tak selamat memang tak dapat dipisahkan. dah memang jadi hash tag perempuan la insecure ni. aku sendiri pon selalu rasa perasaan ni. tak dinafikan seksa beno rasanya. 

perempuan memang suka layan perasaan. nafsu ada sembilan dan aku rasa 8 daripadanya melayan perasaan yang tah pape. its like within a month engkau akan menjurus ke satu bab, satu bab. sampai cukup 9 dan ulang lagi seterusnya.


misalnya, bulan 5 kau rasa asyik nak makan je. kau tengok baby makan biskut lembik pon kau rasa sedap beno dah. masuk bulan 6, kau rasa nak marah je semua orang. semua tak betul. and the next month kau rasa asyik nak menangis je. orang cakap ish dengan kau pon kau nak nangis.

nampak tak senario #perempuan ni? complicated kan? aku yang perempuan ni pon rasa diri aku sangat complicated. ada ke manusia lain yang nak jaga aku nanti? terima segala
ke-complicated-an aku ni?

but then bila difikirkan balik. oh well bila kau suruh diri kau fikir sendiri memang kau rasa diri kau sorang saje yang betul. orang lain akan semua salah. tapi tadi nasib lah pulak perbincangan antara adik beradik mampu bukak mata hati fikiran minda dan segalanya. harapnya lepas ni bukak jelah takde nak tutup2 lagi dah.

maybe i should share it here too. ni berkaitan dengan insecurity with partner. sebagai seorang perempuan ataupun isteri, kita tak boleh nak pertikai soal suami cari perempuan lain selagi keperluan isterinya terjaga dengan rapi. kau pertikai, maknanya kau pertikai hukum Allah. as you all know, lelaki islam boleh kahwin lebih daripada satu sekiranya dia mampu. sekiranya dia mampu.

*semoga we alls as women redha sekiranya dapat suami sebegitu. 

lebih pedas menusuk qalbunya lagi bila dikata sebegini 'hang sebok nak pertikai laki cari lain semua, hang tu boleh jd mcm siti khadijah ka? hang cakap aku pun hang lawan' kata seorang suami kepada isterinya.

*gulppp 

bagi aku, pegang je pada ayat ini "lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat" vice versa. nak suami baik, silalah jadi baik. kata-kata my brothers sangat pedas hokey sampai tak boleh nak describe kat sini.


well kat sini ingin dinyatakan lah orang perempuan memang suka fikir yang bukan2. memang suka rasa insecure tak tentu pasal. bagi aku, perempuan ni tak boleh tergolong dengan makhluk2 yang kaki hasut, kaki gosip, kaki cerita yang negative supaya perempuan tu sentiasa berasa lakinya betul. in terms of taat la. (suami isteri)

TAPI, kepada pihak lelaki pulak. janganlah ambil kesempatan atas tindakan perempuan sebegitu. kau rasa partner kau tu okay je dengan kau tak marah2 kau, kau pun melayan perempuan lain. lagi cannot go bila kau pasang 3 4 belakang dia. depan dia kau lah malaikat. orang sebegini elok dibaling dengan batu je. 

bagus lagi orang yang cakap meletop2 depan perempuan nak kahwin 10 la. banyak makwe la bagai, hakikatnya takde. daripada depan partner cakap 'dikau lah sorang pujaan hati kekanda sayang. tiada yang lain.' hakikatnya belakang kau ada spare lagi beberapa orang. #inisangatkuranghajar

all in all, orang perempuan ni memang kena guide. tak boleh solo-solo sendiri. bila solo sendiri kau tengoklah perangai dia. makin menjadi2. in terms of relationship, your partner kena jadi tegas and a bit garang so that girlfriend kau ataupun isteri kau tu rasa takut dengan kau. supaya dia rasa nak buat perangai ngan kau pun dia takut. 


p/s: orang perempuan kalau dengar partner dia cari lain memang rasa down sangat. even partner dia jeling perempuan lain time dating pon boleh rasa down. sebabnya perempuan ni akan rasa ohmaigad aku depan dia pon nak usha yg lain ke? so aku depan dia ni siapa? siapa? im gonna die die die. haaa macam tu la rasanya.

and untuk spesis yang ni, sebabnya dia tau siapa partner dia. thats why rasa insecure tu lebih. kalau dia tau partner dia bukan jenis melayan. bukan jenis turning 360 degrees tengok perempuan, takdelah perempuan tu nak meroyan. 

dapat pulak partner yang suka buat silent relationship either friends or pasang lain memang cannot go. rasa diperbodohkan sangat kan? kalau betul why not be sincere je kan. nak kawan ke nak buat bisnes ke apa. tolong lah.

secara keseluruhan, pasrahkan diri. perbaiki diri masing-masing. kau tak boleh nak tentukan itu ini untuk kehidupan kau. kau hanya mampu mengubah diri kau jadi lebih baik untuk semua orang dan berdoa agar pasangan kau baik dengan kau. sayang kau macam dia sayang mak dia.

good luck everyone! ;)

*aku type entry ni pun aku rasa complicated. -,-

Monday, April 27, 2015

Emosi: Atasi insecure dalam hubungan.

hello there~

untuk sesape yang tak tau apa itu insecure, maksud dia rasa tak selamat. rasa sangsi. rasa was-was. rasa yakin tak yakin. that's insecure. tak dinafikan dalam apa-apa hubungan sesama manusia akan ada feeling insecure ni. engko jangan nak menipu. kalau kau tak rasa insecure mesti sebab kau rasa kau hebat sangat sampai tak pandang kelemahan yang ada pada diri. bahahaha.

first thing first nak atasi insecure yang aku sendiri belum mahir nak aplikasikan, abadikan dalam diri ni adalah berhentilah fikir kau sorang je yang betul. kau hidup dalam dunia ni bukan ada kau dan dia berdua je. kau kena ingat ada ramai lagi manusia manusia yang duduk sekeliling kau. ada commitment lain. kerja, buang masa etc. 


kalau setakat whatsapp online memanjang nak sentap tak kental sungguh hati kau. chill bro. kalau pasangan kau asyik online kt whatsapp, tah sape2 dia text tu just relax. kau on whatsapp kau pulak then jangan autolock langsung fon kau. then kau punya status forever online sampai battery habis. dengan harapan kekasih kau jeles tapi dia masih buat dek je ngan kau. HAHAHA!

kedua, jangan nak saiko diri sendiri. kata lain dia over thinking. ohh well, over thinking ni kira masalah besar kepada majority perempuan kot. hang habaq mai pompuan mana yang tak suka fikir "eh lambatnya dia reply text aku. padahal online je. ni mesti text perempuan lain ni. f*ck" "aku kat sebelah dia, boleh pulak dia cakap pasal perempuan lain. siap compare aku dengan dia. mesti dia tak sayang aku dah ni" haaa konfem takde kan. so nak atasi masalahnya ni fikir lah yang indah-indah sahaja. lebih baik berangan, jaga diri, fokus pada diri kau. boring sangat layanlah dubsmash.com sius best kau! 

last sekali. be independent. selama ni takde pasangan kau, boleh je kot kau buat semua sendiri. takyah nak buat laporan 24hours kat pasangan kau. even kau selama ni nak keluar rumah beli donat 3 singget pon kau tak bagi tau mak abah kau kan. so takyah la nak poyo-poyo bagi tau kekasih hati kau "baby, i nak beli donat 3 singget depan rumah i ni ha" no need. be independent. sebab aku rasa lagi kau bergantung dengan dia lagi kau akan rasa insecure. kau jadi takut bayang-bayang sendiri tanpa sebab kot. 


as long as dalam hubungan tu ada communication yang baik, persefahaman yang baik, tolak ansur yang baik, just go with the flow. jangan asyik mushkil sangat dengan semua benda. kekadang dalam hidup ni ada benda kau kena tau dan ada benda kau kena buat-buat tak tau.

p/s: cakap senang kan. nak taip susah siket la ada gak banyak guna backspace. nak laksanakan lagilah susah kata ko. semoga semua diberi pencerahan. aamin~

Saturday, April 4, 2015

Harapan palsu vs Janji palsu.

ada beza ke harapan dan janji? memang ada beza tapi tak jauh sangat la bezanya. harapan hanya 50-50 kepastiannya. boleh ditambah peratus tu kalau dicakap hari-hari kepada seseorang tu.

misalnya, nanti bulan depan aku belanja ko makan ayam penyet. lusa, bulan depan kita makan ayam penyet eh. minggu depan, nanti kita makan ayam penyet eh. uihh sedapnyaaa tu. dua minggu depan, nanti gaji kita makan ayam penyet tau tau tau. harapan tu dah semakin bertambah jadi 90%. itu harapan. last last sekali alaa aku ada hal la tak sempat nak belanja kau ayam penyet.

kalau janji 100% confirm, yakin, pasti, very very sure dengan apa yang dia cakap kat seseorang. misalnya, nanti 28hb march 2014 aku bayar balik hutang aku rm10 dengan kau. dont worry beb. details giler dia cakap sebagai bukti supaya kau percaya dekat dia yang dia akan bayar hutang kau. supaya kau takde rasa sangsi langsung dekat dia yang dia tu akan menipu. itu janji.

bila tiba tarikh 28hb march 2014, dia buat dek je ngan kau. pura-pura takde apa yang berlaku. dan kau pun serba salah nak minta balik duit yang kau dah bagi dia pinjam tu kan. so kau pun biar jela. tapi dalam hati kau menyumpah penipu punya kawan. kata nak bayar hari ni. aku haramkan duit yang kau pinjam tu.

hakikatnya, aku tak suka. aku benci. paling menyampah dengan orang yang suka bagi harapan palsu apatah lagi janji palsu dekat aku, ataupun orang lain. please la jangan buat macam tu kepada rakyat jelata.

paling please, jangan la bila dah bagi harapan palsu atau janji palsu kau buat dek je dengan orang tu. paling please. orang macam ni elok disekeh bertubi-tubi je.



Tuesday, December 23, 2014

Emosi: PMS Mood Swing

Hello there~

orang perempuan dengan PMS atau nama lain dia premenstrual syndrome memang tak boleh dipisahkan. aku bet 10 perempuan yang mengalami PMS akan ada 10 perubahan mood yang berbeza. ada yang okay. ada yang teruk. ada juga yang sangat teruk. ni nak cerita yang aku punya pms mood swing teruk la bulan ni. hahar.


well, bulan ni mood makan aku sangat ohsem. tak tau la nak categorykan ohsem atau teruk. sebabnya aku rasa aku nak makan coklat sentiasa sampai berpikul-pikul coklat aku beli dan makan. bukan beli sahaja. selain pada itu, sehari aku makan 4 5 kali yang heavy dishes. pagi nasi lemak, tengah hari nasi lauk campur. dalam kul 4 or 5 petang rojak mamak Rahmaniah. nanti malam makan nasi dekat rumah pulak. perut kenyang lepas tu tidur. no exercises.

kadang-kadang perempuan ni bila dorang kuat makan, suka bagi jawapan yang cliche macam ni "ko kenapa asyik makan je sekarang ni?" "entah la aku rasa aku nak period kot" padahal baru minggu lepas habis datang bulan. nampak tak cliche dia tu macam mana? kata jelah nak gemuk. senang kan? 

eh tapi kan, kalau mood makan mendadak tapi happy best la jugak. ini tak weh! sedih aku sepanjang bulan 12. back to December sangat. (lagu taylor swift dimainkan) cuba korang tutup mata bayangkan yang aku kena marah dengan family, kena marah kat tempat kerja, masalah dengan crush lagi. ok aku tau korang tak nampak pape pun. so takyah bayangkan. baca je. hew hew.



bagi aku, bila dah jadi macam ni. maksudnya bila mood sedih datang mendadak, mood nak marah datang mendadak sampai semua orang di keliling habis kau marah, ingatlah. back to the basic. kembali pada Allah swt. perbanyakkan istighfar. perbanyakkan solat sunat taubat. tau jelah kan syaitan (darah kotor) nak keluar. membuak2 dah sangat dalam badan tu, memang akan ada perasaan2 yang bukan-bukan. lagi teruk bila ada macam bisikan kata itu ini yang negative. dan kita perempuan ni ikutkan jelah bisikan2 tu. tak boleh macam tu.

untuk mengelakkan hal sebegini berlaku atau lebih teruk lagi orang kata kau giler meroyan tak habis2 sebab marah sana sini sentap sana sini, istighfar banyak-banyak. ingat Allah swt sentiasa. tak kiralah mood kau okay ke tak ke. always. remind to myself too. manusia ni biasalah kan kekadang lupa. sentiasa nak diingatkan. anggaplah apa je benda-benda baik yang berlaku depan mata kau tu semuanya petanda suruh kau kembali kepadaNya. 

sekian.

Friday, December 12, 2014

Emosi: Manisnya Cinta


Hello there~

korang semua dah tengok ke belum filem Manisnya Cinta Di Cappadocia? ok yang mana belum tengok silalah ke pawagam yang berdekatan untuk tonton filem nih. chill weh filem dia. tak tipu.

cerita dia adaptasi daripada novel. no wonder jalan cerita agak cliche siket. siket la. but then still enjoyable. hihi. lepas habis je aku tengok cerita ni, terus aku set dalam kepala otak jangan berfikiran negative. dalam segenap perkara sekali pun jangan fikir negative. TAPI, mana2 perempuan pun akan suka berfikiran negative especially terhadap lelaki.

dalam 100 orang perempuan, aku rasa 90 daripadanya memang akan suka fikir yang negative dulu terhadap lelaki. itu lumrah. dan lumrahnya lagi lelaki tak suka bagi penjelasan terhadap perempuan. bila tak bagi penjelasan, maka bertambahlah fikiran negative itu tadi. nampak tak hypothesis dia macam mana?


selain daripada jangan berfikiran negative, aku ada gak set kat kepala otak aku ni jangan terlampau mengharap. yes. jangan terlampau mengharapkan sesuatu benda yang tak pasti. terutama sekali dalam hubungan la kan. just go with the flow. jangan janji apa-apa yang indah. jangan termakan janji-janji capati. again, just go with the flow. ada jodoh, ada. 

TAPI, setiap individu tu pun beragak la kan. jangan la kau bagi harapan palsu pulak. kau pura-pura concern to the max dengan individu yang lain umpama kau nak kahwin dengan dia. spesis yang macam ni minta kaki tangan. 

message yang paling best dalam filem ni bila dia kata cari lelaki yang akan keluar duit untuk kita bukan kita yang keluar duit untuk dia. kata lain dia bukan materialistic, tapi menghargai. biar lelaki tau menghargai kita dan sanggup bersusah payah untuk kita. kalau ada jumpa lelaki seperti ini, sila hargai. jangan ambil kesempatan ye perempuan2 kat luar sana termasuk saya. hahaha.

all in all, jangan terburu-buru cari pasangan. teragak stress dengan scandal ke hape banyakkan makan makanan yang sihat, exercise banyak-banyak. ini antara alternative lain untuk korang hilangkan tumpuan terhadap masalah korang. heee :D

Tuesday, November 25, 2014

Emosi: Fakta Lelaki


Hai shemua! ;)

mengenai fakta lelaki ni memang betul la kan di mana lelaki akan sayang seseorang tu sampai boleh abaikan semua karakter negatif perempuan tersebut. begitu juga dengan perempuan. kalau dah sayang someone, sampai tak nampak langsung keburukkan lelaki tu. cinta mati la konon. 

apa yang cuba saya sampaikan kat sini, sekiranya korang bercinta dengan lelaki yang suka sangat komplen pasal korang. tak kira lah dari segi attitude, fizikal, mental dan sebagainya fikirlah seribu kali ke sejuta kali ke, betul tak pilihan yang korang buat tu. as mentioned above, kalau dah sayang takkan komplen malah saling memperbetulkan antara satu sama lain.

ini kalau dah hampir hari2 ulang benda yang sama. mana tahan bro. sebagai contoh lebih simple "awak ni gemuk sangatlah. cubalah kurus siket" diulang hampir hari2. hello! engkau rasa nak kurus tu macam petik buah mangga kat pokok je ke? boleh tak makan nasi sehari then esoknya kurus dah? 

kalau dah bila keluar asyik pergi makan je. bila gayanya nak kurus. bagus kalau keluar lepak tu minum2 je. ini ikan siakap 3 rasa. tomyam. sayur kailan ikan masin. telur dadar. nasi 2 full.  carrot susu gelas beso. ohmaigad. kurus sangat nak kalau begitu makannya.

nampak tak situasinya macam mana? maybe in certain ways ada yang kata tegur untuk kebaikan. yerp betul. kalau attitude ditegur its fine. part body pun kau nak ditegur its fine. maybe terlampau besar dengan jayanya kan. so kena tegur supaya benda tu tak berlanjutan. tegur dan beri semangat. bawak pi gym ke. pi tempat makan yang ada healthy food ke. being supportive. bukan condemn. huhu.

kesimpulannya, dalam perhubungan tuh mesti ada penerimaan sepenuhnya. you have to accept each other first. lepas tu barulah ada toleration, supportive, give and take dan sebagainya. kalau dalam mindset tak terima someone tu seadanya, itu yang datangnya complaint, rungutan, marah2 dan sebagainya. 

p/s: jangan terlampau terdesak dalam memilih. kalau jodoh tak ke mana. tapi jodoh tu takkan datang sendiri.

Tuesday, November 18, 2014

Emosi: Letting go

"You have to let go of what you think is GOOD, in order to get something BETTER, because you'll never know what's BEST for you until it has arrived." ayat ni aku terjumpa kat blog keknis. tetiba aku terasa macam nak letting go someone from my life. huhu.


perhhhh ayat rasa macam nak muntah bila baca. tapi serius ah i really mean about it. sebab aku rasa kau tak perlu nak buang masa dengan benda yang tiada jaminan pada diri kau. dalam kata lain takde memberi manfaat dalam hidup kau. mungkin ya dia ada bagi manfaat mungkin tak. kita sebagai manusia yang normal boleh fikir kot benda tu bagi benefits atau tak. 

mana yang baik kau boleh guna pakai untuk kehidupan kau akan datang. mana yang buruk jadikan teladan. manusia sentiasa hidup dalam keadaan bersalah-salahan. sentiasa ingat bahawa kita ada Allah swt yang sentiasa bersama dengan kita. jangan terlampau ikutkan nafsu. guna akal yang waras untuk berfikir. 

*tetiba emosi sebegini. biasalah dah nak hujung bulan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
My Ping in TotalPing.com