Tuesday, November 25, 2014

Emosi: Fakta Lelaki


Hai shemua! ;)

mengenai fakta lelaki ni memang betul la kan di mana lelaki akan sayang seseorang tu sampai boleh abaikan semua karakter negatif perempuan tersebut. begitu juga dengan perempuan. kalau dah sayang someone, sampai tak nampak langsung keburukkan lelaki tu. cinta mati la konon. 

apa yang cuba saya sampaikan kat sini, sekiranya korang bercinta dengan lelaki yang suka sangat komplen pasal korang. tak kira lah dari segi attitude, fizikal, mental dan sebagainya fikirlah seribu kali ke sejuta kali ke, betul tak pilihan yang korang buat tu. as mentioned above, kalau dah sayang takkan komplen malah saling memperbetulkan antara satu sama lain.

ini kalau dah hampir hari2 ulang benda yang sama. mana tahan bro. sebagai contoh lebih simple "awak ni gemuk sangatlah. cubalah kurus siket" diulang hampir hari2. hello! engkau rasa nak kurus tu macam petik buah mangga kat pokok je ke? boleh tak makan nasi sehari then esoknya kurus dah? 

kalau dah bila keluar asyik pergi makan je. bila gayanya nak kurus. bagus kalau keluar lepak tu minum2 je. ini ikan siakap 3 rasa. tomyam. sayur kailan ikan masin. telur dadar. nasi 2 full.  carrot susu gelas beso. ohmaigad. kurus sangat nak kalau begitu makannya.

nampak tak situasinya macam mana? maybe in certain ways ada yang kata tegur untuk kebaikan. yerp betul. kalau attitude ditegur its fine. part body pun kau nak ditegur its fine. maybe terlampau besar dengan jayanya kan. so kena tegur supaya benda tu tak berlanjutan. tegur dan beri semangat. bawak pi gym ke. pi tempat makan yang ada healthy food ke. being supportive. bukan condemn. huhu.

kesimpulannya, dalam perhubungan tuh mesti ada penerimaan sepenuhnya. you have to accept each other first. lepas tu barulah ada toleration, supportive, give and take dan sebagainya. kalau dalam mindset tak terima someone tu seadanya, itu yang datangnya complaint, rungutan, marah2 dan sebagainya. 

p/s: jangan terlampau terdesak dalam memilih. kalau jodoh tak ke mana. tapi jodoh tu takkan datang sendiri.

1 comment:

Farah Waheda Wahid said...

Lengkap melengkapi di antara satu sama lain kaedahnya...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
My Ping in TotalPing.com