Showing posts with label Tips Kurus. Show all posts
Showing posts with label Tips Kurus. Show all posts

Wednesday, June 24, 2015

Girls Talk: Cara Nak Turunkan Berat Badan Part 2.

hello there~

bulan puasa yang mulia lagi barakah ni baik kita bincangkan macam mana nak turunkan berat badan. basically nak turunkan berat badan mesti lakukan pengurangan kalori ataupun kalori defisit. Kalori defisit terbentuk apabila jumlah tenaga makanan (kalori) yang korang ambil adalah kurang daripada jumlah kalori yang anda gunakan. bila jadi macam ni, automatik akan ada pengurangan berat badan.

untuk kurangkan 1kg berat badan, kita perlu kurangkan 7700 kalori. so betul lah pepatah yang mengatakan takpe kalau ko makan donat comel ni satu hari ni kau takkan gemuk esoknya lah. *terpamer gigi yang comel-comel.


contoh pengiraan BMR dan DCR untuk perempuan :

BMR: 655 + (9.6 x berat in KG) + (1.8 x tinggi in cm) - (4.7 x umur in tahun)
      : 655 + (9.6 x 62.4) + (1.8 x 159) - (4.7 x 23)
      : 1432.14 kalori


DCR : BMR x Activity Multiplier
        1432.14 x 1.375
         1969.19

keperluan kalori yang diperlukan sehari adalah 1969.19. kalau nak maintain berat badan boleh la makan sampai kalori yang diperlukan. tapi kita kan nak turunkan berat badan. so you have to reduce your calories intake. nak lebih mudah untuk turunkan 1kg seminggu, korang kena kurangkan 1100kcal dalam sehari daripada kalori yang kita sepatutnya ambik. 

misalnya 1969.19 - 1100 = 869.19. so kalori yang sepatutnya kau ambik adalah 869.19 sahaja sehari untuk turunkan berat badan 1kg seminggu. faham kan? tak faham korang mesti faham jugak. har har har.

macam mana nak kurangkan 1100kcal dalam sehari tu? caranya amat susah. susah pada yang bergantung pada diet sahaja. maksudnya kau sekat pemakanan kau. nak lebih mudah diet makanan dan juga exercise. sekali jalan. 50-50. means, 550kcal untuk pemakanan. 550kcal untuk senaman. kalau korang guna cara ni, kau akan nikmati kehidupan makan. huhu.

TAPI, cara aku yang malas nak bersenam sangat ni, aku buat macam ni. aku guna nisbah 70-30. 70 diet pemakanan, 30 exercise. cara aku diet pemakanan memang terang jelas dan nyata akan seksa perut memasing. sebabnya aku hanya akan makan makanan yang dimasak terus menerus. misalnya nasi putih dengan ayam. contohnya nasi dengan ikan. nasi goreng bla bla bla memang akan dielakkan.

untuk exercise aku akan buat simple exercise kat dalam bilik je. tak perlu susah2 nak pegi jauh2 nanti kata takde masa la itu lah ini lah. antara exercise yang aku buat planking, pumping, dan squat down. paling malas aku, aku buat semua tu seminit seminit.

p/s: sepanjang aku nak hit target aku, aku tak makan ais krim tak makan coklat, tak makan kuih2, tak makan murtabak, tak makan roti canai semuanya tak makan kecuali nasi, kue tiaw dan bihun.

korang boleh dapatkan ebook panduan nak kurangkan berat badan di bulan Ramadan di SINI.

good luck everyone! ;)

Thursday, November 20, 2014

Girls Talk: Cara Nak Turunkan Berat Badan Part 2.

sharing is caring! now, saya nak share la siket dekat korang semua macam mana nak turunkan berat badan. well, cara saya memang lambat. memang take time. tapi apa yang boleh saya katakan ianya akan maintain. Dan pastinya korang sukakan hasilnya.


kalau korang nak cepat kurangkan berat badan, cuba amalkan ambil carbohydrate tak lebih segenggam daripada penumbuk korang. serius menjadi okay. lebihkan protein dan juga sayur2an like always. kalau saya, lebih senang amalkan ratah lauk, nasi ciput. 

kemudian dah kurangkan carbohydrate why not korang buat exercise yang ni. setakat ni hari2 saya amalkan exercise yang ini disebabkan saya terlampau lah malas untuk exercise. serius not so in the mood and no time. kononnya lah kan. so try buat exercise nih hari2. at least ada daripada takde langsung. tanamkan ayat ni dalam fikiran anda semua yang nak kurus tu.


buat slow2, tapi ada hasilnya. jangan beriya 2 3 hari lepas tu terus malas nak buat langsung. then berat pun bertambah berganda2. yang itu kita taknak. hangat2 taik ayam. kita mahukan consistency. 

well, good luck then. saya start diet semula last month. but not soooo diet la. biasa2 je saya rasa. mungkin ambil masa 3 bulan untuk capai target 60kg. nampak tak betapa lamanya tu. nampak tak?! 

From 30th oct until today my weight loose 2kg. Sangat slow actually. 

strive for progress not perfection.

Saturday, June 14, 2014

Girls Talk: Cara Nak Turunkan Berat Badan.

Hai semua! 
hari ni saya nak share sedikit tips macam mana nak turunkan berat badan. turunkan je ye bukan nak kurus. sebab saya masih lagi tak kurus2. har har har.

pemakanan.

1. minum air putih banyak banyak. lagi berat badan kita lagi banyak air putih kena minum. cara nak kira berapa liter sehari kita patuh minum adalah berat bahagi dengan 22.7kg. contohnya 68kg/22.7=2.99 (3litre) so sehari kena minum 3 litre air kosong minimum. lagi banyak air putih kita minum, lagi cepat proses untuk kita turunkan berat badan.

2. jangan sesekali minum air bergas. sebab kandungan gula dia terlampau banyak. bukan kata air gas, segala air manis2 jangan minum. boleh minum, tapi seminggu sekali ke. tapi apa yang saya amalkan dalam sebulan 2 3 kali je minum air manis. itupun dah mengidam sangat dah. but usually, kat kedai ke kat mana2 ke order air suam je.

3. seminggu sekali amalkan minum green tea. lebih baik hari2 selain minum air putih yang berliter liter tuh. hihi. green tea bagus untuk detoxification tau. cuci usus2 kita. 


4. jangan sesekali ambil junk food. atau bahasa jawa dia jajan. hihihi. segala jenis keropok, kerepek, pringles ke apa ke jangan ambik. sebab benda2 ni dia dah kena awet ada garam yang tah pape tuh ha. dan benda2 ni boleh menyebabkan berat kita bertambah dan bertambah lagi. 

5. selain junk food, saya juga tak amalkan makan kuih muih sepanjang diet saya. segala jenis karipap, pisang goreng, keropok lekor ke apa ke sume saya tak ambik. well, makanan2 sebegini bila makan satu pasti nak lagi sampai lah makanan tu habis walaupun perut dah kenyang. sedap doh. so, sepanjang saya diet saya tak ambik kuih muih. 2 bulan sekali je makan kuih. itupun rasa bersalah bila makan. hahaha.

6. frozen food juga wajib dipuasakan sepanjang anda berdiet. benda benda macam ni pun kalau korang tak jaga melambatkan proses diet korang. segala fish ball, hotdog, burger ke apa ke jangan makan.

7. say no to fast food okay. jangan mimpikan lagi mcd, kfc, pizza etc. benda2 ni nampak remeh tapi calorie dia tinggi kot. sepanjang diet boleh kira berapa kali makan burger. huhuhu. naik fobia tengok burger. selalu pi mcd beli apple pie seketul je. hihi.

menu diet saya.

breakfast:
 nestum 3in1 / oat 3in1 + susu anlene perisa original. 
 roti 2 keping (wholegrain) sapu kaya + air susu anlene perisa origina secawan.
 roti 3 keping (wholegrain) cicah air susu anlene perisa original. 
             
lunch:
 nasi putih (satu senduk suku) + ayam/daging/ikan bakar + sayur campur/telur rebus
 bihun sup
 mee bandung
 mee rebus

minum petang:
 biskut jacobs 4-5 keping
 roti sekeping sapu kaya
 makan buah-buahan jambu/epal

dinner:
 ratah lauk samada sayur/ayam/ikan dan sebagainya.
 bihun goreng sometimes.

supper:
 susu anlene perisa original segelas.

selepas 7-8 bulan berdiet control makan, saya tambah siket exercise dalam diet saya. selalunya buat dalam bilik je. lepas mandi atau sebelum mandi buat jumping jack, squat down, yoga siket2 untuk fit kan badan. takdelah fit mana tapi boleh tahan la jugak. har har har.

good luck everyone! ;)

for PART 2 boleh KLIK SINI.

Monday, May 12, 2014

senaman dan kahwin relates each other.

Hello everyone! ;)

sebelum tuh nak wish happy mother's day to all mothers in the earth. hari hari pun mother's day. jangan biadab dengan mak ye. dapat penampo sekali nanti.

saje nak update je nih sebab dah lama rasanya tak update personal life. gituhh. *bajet macam ada je nak tau life ko kan syah* dont mind beb. i cerita jugak kat sini. so, sepanjang bulan lepas ada lah siket buat aktiviti baru. aktiviti nye sihat punya lah recommend by a doctor from Kuala Selangor. dia selalu gak datang ke guardian. dulu badan dia gemuk. lepas 4 5 bulan tak datang tetiba je kurus giler. tapi dia kurus serius nampak mcm orang sakit. tak nampak macam orang sihat. bagi aku tak tau la betul ke tak kurus tu boleh menyihatkan badan. hak hak hak. just kidding.

dia nampak macam orang sakit ke tak, tak jadi hal. yang jadi halnya macam mana boleh kurus dengan cepat sangat. selidik punya selidik dia exercise je hari2. hari2 okay. so aku pun terpengaruh dgn kata2 dia aku try exercise. boleh klik exercise.com untuk melakukan exercise. hihi. 2 minggu berturut2 aku buat exercise. balik kerja je workout, balik kerja je workout. mak aihhh result dia aku tak kurus. tapi lemak2 aku yang flabby ni jadi tegap. that's what i like. berat turun pun tak banyak sekilo dua je. firm up je banyak. 

tapi masuk je bulan 5 aku dah start malas2 nak workout. aku merasakan yang workout tu membosankan. benda yang sama je balik2. but still, everyday i workout cuma masanya tu dipendekkan kepada 5 minit sehari. nampak tak malas dia macam mana? hoho. good luck uolls mana nak kurus tu.

next chapter will be, marriage. saje nak share website yang aku rasa best untuk bride to be baca sebagai panduan untuk korang2 yang nak kahwin. click this bebeh ikahwin.my kat websites nih dia akan share semua benda yang patut korang buat dalam wedding. dari mula sampai lah habis. mana yang takde idea tu boleh la usha kat website ni. slot yang aku suka tengok inspiration dan juga blog. suka sangat2. huhuhu. haihh cute lah orang kahwin2 ni. 

tapi kan, bila difikir2 balik memang indah kahwin ni. masuk bab tanggungjawab mesti fikir balik 200 kali ke 300 kali ke nak kahwin ke tak. mampu ke nak pikul tanggungjawab? betul tak? tapi bak kata abang aku, kena yakin dengan apa yang kita buat. innshaaAllah nanti Allah tolong. macam mana tu belakang cerita. ingat kena yakin. yakin ye aisyah. ye ye aku yakin.



the colors too nice bro. too nice. hihihi. 
*sumber gambar dari instagram. harap maklum.

p/s: senaman dan kahwin relates each other. they relate to me also. 

Saturday, February 8, 2014

Kebaikan Green Tea: Shape-Tea

hari nih nak review pasal green tea lagi. maklumlah aku sekarang masih lagi mencari green tea yang betul2 sesuai dengan diri aku dan betul2 best. sebelum ni aku ambik cleanx tea and nak cuba shape tea. last 2 weeks ada lah pulak guardian keluarkan trial pack. dalamnya ada 4 tea bags je. so ini review aku pasal shape tea nih.


1. rasanya sedap tak macam teh-teh yang lain di mana muka akan berkerut bila minum. rasa dia ofcoz la takde gula TAPI rasa air teh bunga matahari. so relax jela minumnya.

2. shape tea berfungsi sebagai detoxification. yang pasti, tidak melampau seperti cleanx tea di mana uolls akan jadi cirit birit. kalau shape tea just nice, apa yang kita makan, itu yang keluar balik. so aku memang suka lah sebab aku kan susah nak buang air besar. 

3. shape tea membuatkan kita berpeluh. yang nih macam best lah jugak sebabnya aku kan duduk dalam keadaan sekeliling ber-aircond but still boleh berpeluh sebab aku selalu minum shape tea nih. sometimes agak leceh jugak bila nak buat kerja sebab berpeluh. tapi untuk kesihatan redhakan aje. 


4. shape tea berfungsi sebagai slimming. yang ni tak berapa nak sure sangat sebab aku pun masih lagi meneruskan diet aku. hihi. mungkin, percent yang boleh membantu untuk slimming ni dalam 20% je kot. selebihnya dari pemakanan kita jugak. so aku belum dapat identify betul ke tak boleh slim minum shape tea. yang pasti any green tea 0kcal.

itu jelah kot review pasal shape tea. hihi. haa harga untuk trial pack rm6.20.
selamat mencuba! ;)

Monday, December 9, 2013

Perempuan dan kurus memang tak boleh dipisahkan. AKU PUN!

Assalamualaikum.

lamanya tak update blog aku nih weh. macam sekarang nih sebulan sekali baru reti nak update. itupun kalau aku cuti 2 hari macam sekarang nih. kalau setakat cuti sehari, please jangan berharap aku nak update blog ye. hihi. 

berbalik kepada topik kita perempuan dan kurus memang tak boleh dipisahkan. mana perempuan yang taknak kurus weh? mana? mana? rasanya hampir 90% nak kurus. even though dorang dah kurus pun, still nak kurus lagi. sentiasa rasa diri tuh gemuk. kalau aku, takyah citer lah beb. memang sedia kala gemuk. cita2 nak kurus tu memang ada sepanjang masa tapi tuh la sekadar cita-cita jela.

untuk pengetahuan, aku taknak kurus. aku nak chubby. berbeza ye maksud tuh. tersirat maksudnya tuh. hihik. so aku dalam proses nak jadikan badan aku nih chubby. bak kata kawan aku kalau berat aku 85kg katanya gemuk. berat 70kg chubby chubby sayang. kalau berat 65 agaknya chubby jelah kot. har har har. 

antara faktor utama aku nak jadikan badan aku nih chubby sebab kerja. ye kerja aku nih memerlukan aku berdiri dan berjalan secara catwalk dari depan ke belakang. kalau tak sempat nak catwalk kena berlari sampai dinding2 crack. nak nak pulak customer ramai perhh lagi hebat aku ke depan ke belakang. penat memang penat tapi aku suka sebab itu je cara aku gerakkan badan aku. kata lain dia exercise ler. 

bila berat aku berkurangan, automatik lutut aku tak sakit. nak berlari sana sini lagi lah senang. malah, buat kerja pun tak mengah2. malas pun kurang. well kalau orang cakap orang gemuk ni malas memang betul. berat bontot beb nak angkat. bila dah ringan siket, maka rajin lah siket. hihik. 

yang kedua, aku nak chubby sebab nak pakai baju yang cantik2. supaya senang cari baju, seluar bagai. kawan aku nak gemuk macam aku. aku cakap weh, ko kalau dah gemuk macam aku nanti seumur hidup ko menyesal. sumpah aku cakap kau. terus dia terdiam. haha. bila dah kurang berat nih siket alhamdulillah senang nak cari baju. tapi kan, memang banyak la siket modal kena keluar sebab nak bertukar size kan. tapi aku tak beli banyak. siket2 je aku beli. seluar sehelai, baju sehelai jadilah. kalau setakat baju kat rumah, tak bertukar pun. pakai la yg besar2 tuh. hihi.

yang ketiga, sebab pengaruh kawan. tau jelah kalau dah lepak kat guardian tuh. berlawan2 doh nak kurus. sape kurus dulu bagai. mana nak kahwin lagi. rasa tercabar kot. nak nak pulak aku tgk kawan aku yang kat sabah tuh kurus beno daripada sebelumnya lagi lah diri nih rasa tercabar. orang boleh kenapa aku tak boleh kan? haaa. yang pasti bukan sebab nak cari pakwe. bonus je kot kalau dapat pakwe tuh. har har har.

cukup lah tuh untuk pendahuluan nak jadi chubby. see you on next entry.

p/s: 85kg on June. 73kg on December.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
My Ping in TotalPing.com