Showing posts with label Online Shop. Show all posts
Showing posts with label Online Shop. Show all posts

Friday, December 5, 2014

Online Shop: Zolace Malaysia

Hello there~

untuk entry kali ni, saya nak review satu online muslimah shop yang sangat best bagi saya. hihi. sharing is caring. gittew. korang pernah dengar tak Zolace Malaysia? ok kepada sesiapa yang tak pernah tau pasal new shopping website nih, hari nih saya habaq mai kat hangpa semua na.

kalau korang nak cari baju2 muslimah yang simple, nice and yet boleh digayakan dengan pelbagai cara, korang boleh usha kat zolace.com sekarang. hihi. antara favourite saya sendiri adalah this one. sebabnya baju ni boleh dipadankan dengan seluar mahupun skirt. kalau terdesak nak pi kenduri kahwin boleh je sesah baju ni ngan skirt kan.


Kalau korang perasan la gambar-gambar yang saya selalu pos kat instagram or kat blog, banyak je style baju saya yang sebegini. Quality baju yang zolace jual sama je macam yang online store lain jual sebab saya memang penggemar top chiffon yang sebegini. Sekali sarung siap untuk berjalan. Heheh.

Harga untuk satu blouse ni pun tak semahal harga kat online store yang lain. Below rm60 is quite affordable. Kalau satu blouse harga sampai rm80++ rasa macam tak patut je. So why not korang try kat online shop zolace pulak kan.

kalau taknak style yang sebegini, ada je lagi choice yang lain. ada gak baju kurung moden dijual. haaa untuk baju kurung ni, sekarang Zolace ada offer untuk baju kurung moden. sangat berkenan dengan baju kurung moden yang sedang sale sekarang. simple and exclusive. wanna have one.


Zolace ni pon ada gak jual dress khas untuk muslimah tau. designnya sangat simple. harga juga berpatutan. siap ada sale lagi kau. rm99.00 only. wee wee. menarik perhatian sangat yang pure black nih tau. jenis kain yang digunakan sangat sesuai untuk gegirl yang angan2 jadi princess. sebab kain dia jenis yang jatuh. so bila kita berjalan boleh libas2 kain. hihik.


Untuk yang berbadan agak gempal macam saya ni, memang susah siket nak cari jubah dress yang sesuai sebabnya kekadang dressnya tak cover perut kita yang comel, tak cover lengan kita yang mantap ni kan. TAPI, dress khas untuk muslimah yang dijual oleh zolace ni just perfect. Boleh cover line la part2 yang comel tu. Hihi. Bila pakai pun rasa confident je.

Tapi serius pengalaman saya sendiri nak cari jubah dress kat online memang sangat susah nak jumpa yang betul2 ngam dengan kita. Harga sampai rm150++ but then tak fit kat badan kita. Sape yang nak macam tu kan. So yang pernah mengalami masalah yang sama dengan saya, boleh cuba bershopping kat zolace pulak. Murah dan berbaloi.

Dress ni boleh pakai dengan apa2 tudung pun. nak yang bunga2 ke, nak yang plain pon boleh je. cerita pasal tudung pulak, zolace ada jugak jual tudung tau. baik tudung bawal plain mahupun tudung bawal corak. korang boleh usha tudung2nya sekarang. pasti tak menyesal. yang bestnya tudung bawal dia jenis chiffon. so senang lah kalau nak jadikan tudung bawal ni macam shawl. hikhik.


Tudung dorang ni yang saya suka sebabnya dia lebih kurang sama macam kat butik SBU. Nak pegi butiknya kekadang takde masa. Dah tu stocknya pon selalu sold out. Kepada yang dok jauh2 luar daripada Selangor tu boleh la shopping tudung bawal chiffon kat zolace. Warna plain dia banyak pilihan pastinya. Itu yang paling saya suka. Hihihi.

selain tu jugak, Zolace ada gak jual handbags. to handbag's lovers. korang mesti tengok handbag2 yang dijual. sangat simple yet nice. ala2 michael kors kau. serius suka sangat dengan handbag2 ni. macam tau2 je nak cari handbag. dan2 je Zolace release handbag yang sangat menepati cita rasa saya. hihihi.


so apa lagi korang tunggu? boleh usha zolace.com sekarang. penghantaran percuma ke Malaysia, Brunei and Singapore tak kira purchase berapa sekali pon. korang juga boleh visit page facebook, instagram, twitter, pinterest dan google plus. boleh refer linknya di bawah ini.

Wednesday, November 20, 2013

Online Store; Guardian Health and Beauty

Hai semua! ;)

semalam aku ada lah selak2 calender baru dari Guardian sempena promotion bulan November nih. purchase rm100 and above or rm40 brand guardian or first choice, boleh dapat calender tuh free while stock last. masa aku belek2 tuh, tetiba ada satu quote nih keep calm and shopping online with guardian. what? guardian ada online store ke?

anjat gegirl bila baca tuh tau. balik terus bukak website terus check harga2 dia samada sama ke tak dengan retails. rupanya kan, ada beza weh harga dia. ada yang sama, ada yang tak. and difference harga dia agak jauh la jugak. tapi kalau online store, postage kena bayar. bayar pun 3kg yang pertama rm7. kalau lebih 3kg, kena tambah rm1 setiap 1kg yg seterusnya. tapi bila dicongak2 balik untung lagi beli online store kalau kt online store tuh betul2 murah daripada harga kedai dan ada banyak beli barang kat online.

contohnya:


strip Accu-chek active tuh kalau kat kedai harga dia rm52.30. kalau beli dua rm93.88 kalau tak silap. boleh mix dengan mana jenis Accu-check strip yang lain. ada 3 warna. biru, merah and hijau. see kat online boleh beli satu kotak strip tuh dengan harga promo. tak perlu nak beli dua untuk dpt discount. begitu juga dengan accu-check machine tuh. kat kedai takde offer harga dia still rm119 but as you see there its only rm98.88.


yang Biogrow Oat BG22 tuh pulak kalau kat kedai boleh beli satu tin dengan harga rm65.98. kalau beli 3 tin dapat harga promo rm175. tapi kat online beli satu tin mahal sebab dia normal price iaitu rm88.90. nak kena beli sampai 6 tin baru dapat harga promo iaitu rm339. boleh compare kan? hihi.


kalau guardian hand soap ni pulak kat kedai dia offer 2nd but rm0.80. harga asal still sama iaitu rm5.90. untung beli kat online sebab buy 1 free 1. jimat rm0.80 okay. tapi rugi tang postage sebab rm7 kan. kalau beli banyak untungla kot.


yang redoxon pulak kat kedai harga dia rm109 untuk trio pack. tapi kat online rm103 je. quite cheap kot. yang mana ada smiley tuh means best price. takde nak less berapa percent. dah habis best price la kuno.

tapi lagi sekali saya ingatkan harga dia kita sendiri perlu compare dengan retails. ada yang mahal ada yang murah. kalau nak beli on9 pun kena kira gak postage dia. postage dia tak free ye. hihi. 

p/s: esok 21hb November dah start promotion untuk year end sale! ;) penat iolls nak set up promotion tau. uhuks.

website: https://online.guardian.com.my/

Thursday, December 20, 2012

Online Shop: Felicity Skin Care.

Assalamualaikum.

baru baru nih, aku ada lah tengok2 blog sazzy falak. instagram dia semua lah. before this aku ternampak yang dia selalu beli baby care untuk anak dia kat Blue Oak Valley nih. aku ingatkan orang puteh punya product rupanya takk! orang Melayu kita yang punya kot. tapi formula tetap daripada luar negara. HAHA. 

aku nak share something lah pasal skin care dia. sazzy falak pun antara salah seorang founder untuk Blue Oak Valley nih tau. heh. yang special pasal skin care dia nih, 100% diperbuat daripada botanical extracts. kiranya natural habes lah. aku tertarik dekat cleanser dia. kalau ikutkan kata katanya, cleanser organics dia nih mampu unclog pores yang ada and boleh remove blackheads yang kita ada. means, dia punya keberkesanan tuh jauh lah. giler giler meresap dalam kulit muka. betul tak betul? boleh tengok muka Sazzy Falak sendiri.


tapi kan, kalau korang baca Sazzy Falak punya blog mengenai skin care nih. dia tak guna 3 steps okay. wiss mampu nak kulit cantik kalau guna 3 steps jer. dia guna 7 steps lah kokk. boleh nak guna 3 steps je, tapi makan masa lah. HARGA skin care Blue Oak Valley nih, MasyaAllah. kalah harga Kiehl's weh. mahal lagi Felicity Skin Care nih. sabo jelah aku tengok.

aku try lah kan, kira semua harga skin care sazzy falak yang 7 tuh. lebih 1k. kopak kopak. tunggu aku kaya baru aku guna. hahaha. nih kat bawah nih, promotion sekarang untuk 3 steps dia. ko tengok harga dia, 3 botol RM415. kuantiti dia siket kot. 120ml (cleanser) 120ml (toner) 60ml (moisturizer). kalau Kiehl's 3 botol baru RM335. 150ml (cleanser) 250 (toner) 150 (moisturizer). agak jimat yer di situ. 


so, amacam? ada beran nak try? hehe. oh ye sebelum terlupa KLIK SINI untuk ke website. peace yaw! :D

p/s : belum mampu lagi nak guna Felicity Skin Care nih. rasanya tak ramai pun lagi yang guna produk nih. search kat google review skin care nih pun takde. yang pasti kat spa spa je selalu guna Blue Oak Valley products. boleh search dekat website.

Wednesday, December 19, 2012

Online Shop : Sometime by Asian Designer Ada Sale!!

Assalamualaikum.

nak tau nak tau? dekat Sometime ada sales sekarang!! kalau korang beli 2 handbags korang akan dapat rm40 off. tapi mesti under Christmas. tak boleh under yang lain. so, kiranya satu beg tuh kita dapat discount rm20 lah. antara handbag yang ada of course beg maria elena yang zig zag zig zag tuh. 


kalau aku, aku lebih minat yang Adrienne punya. nampak exclusive sangat style dia. yang Stella pun aku suka. cutee!


so, korang nak tunggu apa lagi? grab it now!! wuhuuu. yang bestnya kan, beg beg nih semua hasil daripada orang asia tau. ada blogger ada artis. try it.

*KLIK SINI untuk ke website.

Friday, December 14, 2012

Online Shop : The Body Shop

Assalamualaikum.

korang pernah tau tak yang The Body Shop ada online store? OMG. aku tak pernah tau pun. sebabnya selalunya kalau aku nak beli barang from Body Shop aku pegi je terus kedai dia. pilih2 lepas tuh bayar, berambus. takde lah pulak aku tau pape pasal online store. cis! harap je ada kad member The Body Shop. tapi tak tau pape.

okay, nak tau The Body Shop online tengah ada sale up to 20% sempena Christmas yang tak lama lagi akan tiba. kalau yang barang barang macam biasa yang normal price tuh, sama je harga dia ngan kat kedai. takde beza pun. cuma aku tak berapa sure kalau yang ada member card tuh, point dia still collect atau tak kalau kita beli melalui online.


kalau korang nak beli melalui online, korang just sign up macam biasa then, pilih lah barang apa yang korang nak. klik 3 4 kali, then boleh buat payment dah. postage dia rm10 untuk semenanjung Malaysia. kalau beli lebih daripada RM120, free postage. simple kan? 

dengan adanya The Body Shop online, tak payah lagi susah susah nak pegi kedai. duduk depan komputer pun dah boleh dapat barang dah. hehehe. so, happy shopping everyone! :)

KLIK SINI untuk ke website.

Sunday, December 9, 2012

Online Shop : WonderShoe

Assalamualaikum.

nak tau nak tau? kita ada jumpa website baru yang best untuk online shopping. saya sangat teruja tengok barang barang yang dia jual. kita selalu dengar wondergirl, wonderstruck, wonderwardrobe, wonderfultonight kan? tapi kali nih saya kasi korang dengar pasal wondershoe!!! 

nama pun wondershoe mestilah pasal kasut. takkan pasal baju pulak. okay apa yang best pasal wondershoe, kasut kasut yang dorang jual semua pun comel comel belaka. first time saya dapat tau pasal website nih, saya dah off computer, terus on balik habaq hang. memang sangat teruja. tapi kan, penjual kasut nih dari Indonesia. so, kalau nak beli kena convert USD lah. kiranya harga dia biasa jelah dalam rm79 siap postage. 

hari tuh adalah saya test test kalau beli banyak dapat berapa harga dia kan, saya pilih 5 pasang kasut then total harga hanya rm210 duit kita. kira oraite lah kan. haa, dah tak sabar ke nak tengok kasut kasut dia? bagi saya kasut dia sama je dengan keluaran China. dua dua pun home made tau. ok, lets check it out.


cute kan website dia? hahaha. yang pasti wondershoe hanya jual flats. flats je. takde heels or wedges. itu pasal saya suka. hehehe. nah ambik nih link website dia wondershoe.com. korang boleh cek sendiri mana yang comel comel tuh. kalau minat, beli lah. tak pun cuci mata je ker. 

nih tengah fikir fikir lah nih, nak beli yang mana satu. satu je masalah sekarang nih, nak kena guna credit card. pinjam abah punyalah gamaknya. hik hik hik. *ada lagi cara lain nak bayar. boleh cek kat website

p/s : perasan tak saya guna saya dalam entry nih? oh tidak! *tepuk dahi sendiri.

thanks for reading! :)

Thursday, December 6, 2012

Cover phone cute.

Assalamualaikum.

sejak dua menjak nih. aku asyik berangan pasal handphone sampai lupa nak update blog. sampai lupa apa nak tulis kat blog. disebabkan aku asyik fikirkan blackberry, note2 dan iphone, jadi aku nak update pasal cover handphone.

tau tak aku sekarang dah giler giler dengan corak tribal? tak tau tribal? lantak lah kau kalau tak tau. hahaha. tapi aku suka corak tribal untuk cover phone je. kalau dijadikan baju or tudung aku tak suka sangat. rasa sangat semak. bagi saya. kalau awak, saya tak tau pulak. hehehe *gelak tutup mulut.

aku suka yang warna coklat. cutee.

yang nih ada jual dekat instagram. rasanya ada banyak lagi manusia di luar sana jual cover iphone corak camnih kat instagram. untuk pengetahuan, korang boleh gak carik cover cover phone yang cute mute dekat MRuncit.com. ada macam macam jenis. ada yang dah macam dasar laut (banyak pearl), ada yang macam hipster, ada yang cartoon2. 

dekat MRuncit.com korang boleh main top-up top-up secara berbayar. nanti ada lah point point dia kasi. nak cuba? klik lah MRuncit.com

Tuesday, December 4, 2012

Online Shop : JualanMega USA

Assalamualaikum.


haaa nih dia ada online shop lagi yang perlu dikongskikan bersama. JualaMega USA nih seperti tertera di atas dia jual handbags, wallets and watches. apa yang pasti barang barang dorang nih direct daripada USA. thats why dorang boleh bagi harga yang agak murah. murah pun takdelah murah mana kan. still kopak gak lah duit nak membayo nyer.

mana taknya, kan dorang jual semua barang branded dan original. mana lagi tax dorang dari USA tuh. semua semua dah dikira, still lagi murah. lagi pun owner dia nih belajar dekat UK. that's why dorang boleh dapatkan barang barang murah untuk dijual kepada rakyat Malaysia. heh. kalau tak percaya cerita aku, baca sini


nah. tengok tuh. beg yang first tuh lawa. harga dia pun lawa jugak -,-. aku rasa aku nak beli jam tangan daripada JualanMega USA nih. masa aku tak berapa nak ada duit hari tuh, banyak sangat jam dia yang cute cute. tapi sekarang dah tak banyak dah. sedihhh :(

sebelum terlupa, JualanMega USA ada jugak buat pre-order untuk handbags. yang nih harga dia banyak yang beribu-ribu. tunggu i kahwin dengan Dato' dulu la kot baru boleh nak tempah suka hati kan. HAHAHA. 

so, kalau korang semua nak usha usha apa yang cantik kat JualanMega USA nih, boleh KLIK SINI.

Saturday, December 1, 2012

Review Best Buy World Malaysia Online Shop.

Assalamualaikum.

memang blog aku nih, aku suka review online shop. kali nih, nak review pasal Best Buy World Malaysia pulak. pernah dengar tak online shop nih? kalau tak pernah dengar tak pernah baca, marilah baca kat sini :D

aku lupa macam mana aku boleh singgah kat website nih. apa yang pasti website nih jual barang barang branded. memang aku sangat teruja weh tengok barang barang dia. aku paling suka part Skin Care. Skin Care yang aku guna dia ada jual. murah sangat. tak caye?


ko tengok tuh, murah kan? biasa beli RM83 tetiba dapat RM70 jer. tak percaya lagi?


tengok! rm28 jer tauuu. TAPI. korang jangan pulak tertipu dengan apa yang dipamerkan. ye memang murah. tapi cuba cek dengan yang original punya. contoh macam kat Chubby Stick tu dia tulis 1.2g kalau original 3g. that's why dia boleh murah. and cuba korang tengok yang ini pulak.


yang nih Turnaround Concentrate Extra Radiance. kalau original dia 30ml rm200 kalau 50ml rm280. kalau yang kat Best Buy World Malaysia dia jual 7ml x 5 = 35ml bersamaan rm128. yang dorang jual nih hanya sample. sample ye. semua kotak kotak dia sample. aku kan selalu minta sample kat Clinique so aku tau lah. hehehe.

ape yang menghairankan aku, bukan ke sample tak boleh jual? aku dah check semua sample yang aku ada. semua ada tulis not for sale. not for sale. itu yang aku pelik. murah tuh memang lah murah. aku pun ada gak beli Chubby Stick dia tuh. hehehe. untuk pengetahuan, company dorang nih dari HongKong tau. so, aku pun dah sangsi dah nih. apa apa pun, terpulanglah kepada korang nak percaya ke tak. aku tetap gak beli. hahaha. 

oh ye lupa pulak. dah cerita panjang panjang lupa nak letak link untuk Best Buy World Malaysia nih. boleh lah korang melawat lawat page tuh ye. usha usha apa yang patut. hehe. good luck :)

p/s : nak lebih banyak online shop, boleh KLIK SINI

Tuesday, November 27, 2012

Aishop Online Shopping Mall.

Assalamualaikum.

aku nak share something kat korang lagi mengenai kedai plus size Aishop nih. aku tak tau lah kenapa before this aku tak pernah pun terjumpa website nih. sangat lah rugi tauuu! ok excited sangat nak cerita nih. 

korang nak tau apa yang best pasal Aishop Online Shopping Mall nih? kalau aku, for sure lah ada banyak pilihan untuk plus size. heheh. ada banyak tau pilihan yang Aishop bagi. baju baju dia cute. mostly style bat wing. memang sesuai lah kan dengan orang plus size kan. yang paling seronok sekali, dia ada sediakan category untuk medium plus size dan jugak plus size.

kalau korang perasan plus size online shopping yang lain selalu jual untuk plus size yang from 4XL up to 6XL. so, kalau yang badan macam aku nih tak sesuai lah kan. aku paling habis besar pun 3XL je. itu pun jarang lahh aku beli size begitu. so, dekat Aishop nih ada banyak pilihan untuk size XL up to 3XL. 

kalau guna dengan cardigan hitam sangat lah cute. aku nak beli yang nih!

mengenai harga. semestinya kalau baju or seluar senang cerita pakaian lah kan untuk orang plus size nih memang mahal. kalau dibagi rm200 baru dapat 3 helai baju. aku tak tipu. tapi, kalau shopping dekat Aishop nih, sure dapat 4 5 helai baju tau. for me, Aishop menawarkan harga yang murah compare to other Plus Size online shop. 

Aishop jugak bukan je jual baju untuk Plus Size, tapi ada jugak untuk lelaki, untuk kids, handbags, untuk kecantikan macam contact lens, skin care, and cosmetic. kasut pun Aishop ada jual tau! senang cerita korang tak payah nak susah jalan pegi mall sakit kaki tuh. duduk depan laptop, scroll semuanya kat dalam Aishop nih.

untuk pengetahuan lagi, kalau korang jadi member dia, korang boleh dapat discount ikut category. ini dia punya percent discount dia.
5% (Bronze Member)
10% (Gold Member)
15% (Diamond Member)
20% (Platinum Member)


dua dua pun cute! yang nih pun aku nak beli jugak. hik hik.

Aishop bukan sahaja untuk orang Malaysia tau. Singapore, Australia and other countries pun boleh beli. international shipping tuh.. so, korang tak perlu nak ragu ragu untuk beli kat Aishop nih. haaa, kalau nak tau lagi kalau korang beli lebih daripada RM60, dapat free shipping. tak perlu nak bayar lebih2. heheh. so, kalau nak grab barang dari Aishop make sure lah lebih daripada RM60 okay. 

kalau korang nak tau mengenai barang tuh okay ke tak, korang boleh depends pada rating star yang Aishop sediakan. tak pun boleh tengok kat testimoni dia. Aishop ada sediakan semua tuh. yang paling penting, Aishop bagi jaminan 100% pemulangan tau. kalau ada kerosakan ke salah hantar ke apa, boleh contact terus ke Aishop.
yang pastinya, Aishop bukan sahaja untuk plus size, tapi untuk orang kurus jugak. banyak dress  lawa lawa kot. so, apa tunggu lagi? jom ramai ramai beli kat Aishop. jom jom.

p/s : korang boleh klik dekat setiap perkataan Aishop untuk ke websitenya terus. happy shopping everyone! :)

*nak lebih banyak online shopping, klik SINI.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
My Ping in TotalPing.com