Friday, March 8, 2013

Kuasa Wangian.

aku memang dah lama nak tulis pasal minyak wangi nih. nak nak pulak aku sekarang selalu tergoda dengan wangian lelaki. hahaha. so, lelaki yang memakai perfume sila jangan stay sebelah saya nanti saya tergoda.


haa nampak tak penangan minyak wangi macam mana? mampu memukau seseorang tau tak. mengikut kajian, minyak wangi nih mampu membuat kita terpukau dan jugak boleh ubah mood seseorang tuh. daripada nak marah jadi cool. tak jadi nak marah. ye memang betul. nak nak pulak kalau kita bau benda yang manis dan sedap lagi lah mood kita akan cepat reda. 

kalau aku, aku suka bau yang berasaskan buah. kalau bunga-bungaan nih tak berapa minat pulak. hikhik. kalau berasaskan bunga kena tengok lah jugak baunya macam mana kalau lembut okay la. kalau baunya menusuk hidung shuh shuh main jauh2.


orang lelaki lebih gemar atau mudah tergoda dengan perempuan yang menggunakan perfume perisa vanilla ataupun bau badam. aku pun tak sure bau badam macam mana tapi kalau vanilla yelah sebab dia bau lembut kan. 

ohh ye. sebelum terlupa korang tau kan bau minyak wangi nih kalau lain orang lain kesesuainnya. contoh macam aku sendiri, aku tak sesuai dengan bau bau bunga-bungaan tapi sesuai dengan bau buah-buahan. ok tips kat sini kalau nak try perfume, try dekat nadi kita. sebabnya selalu yang akan terjadi bau dekat botol lain, bau dekat badan lain. jadi nak tau bau sebenar silalah test di nadi sebelum beli ye. hihi

Tuesday, March 5, 2013

Tips Penjagaan Kulit Muka: Cara nak remove make-up

orang selalu kata jangan tidur dengan make-up. remove dulu baru tidur. aku kata jangan bawak make-up semasa cuci muka. remove dulu baru cuci muka. aku ada 2 cara untuk remove makeup aku di mana kedua-dua cara aku nih sangat mudah ;)

first. aku guna hada labo make-up remover oil. uolls semua boleh KLIK SINI untuk baca cara-cara yang aku buat cemana supaya kulit tak rasa melekit-lekit.


second. i just use Silky Girl Hydra Clean Makeup Remover. aku suka yang ini sebab dia punya bau wangi dan sangat murah untuk dimiliki. plus, you can use it to all your face. worth it rite? 

ok, cara-cara dia pulak camni. 
1. sapukan sedikit ke dahi, hidung, pipi (kiri dan kanan), dagu, dan juga leher. 
2. ambil face cotton sapukan keseluruh muka dan leher.
3. done.


untuk cara yang kedua, selalunya aku guna wet tissue sebab dia besar dan mudah untuk aku lapkan ke seluruh muka dan jugak leher. so, terpulang kepada korang nak guna apa untuk sapu remover tuh tadi.


yang nih pulak, remover untuk bahagian mata. memandangkan aku tak suka pakai eyeliner, so benda nih tak berapa nak berfungsi untuk aku unless aku guna mascara or eyeshadow. rasanya jarang giler arh aku guna. hahaha.

p/s : kalau aku rajin, aku guna remover silky girl. kalau aku malas aku guna hada labo punya je sebab senang dan cepat. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
My Ping in TotalPing.com