Showing posts with label Kedai Plus Size. Show all posts
Showing posts with label Kedai Plus Size. Show all posts

Saturday, April 12, 2014

Online Shop; Tops, Dresses, Jeans, for Plus Size. (Malaysia)

*untuk entry kali ni nak bahasakan diri saya*

hello everyone! ;)
ramai yang tanya kat saya dekat mana beli baju, seluar, dress bagai kat email. so untuk memudahkan semua pihak biar saya share siket mana nak beli semua baju-baju tersebut. hihi :D

basically, saya beli baju, seluar, dress semuanya dari online sajo. saya ada masalah yang paling tak boleh nak elak iaitu tak jumpa baju2 size besar, seluar size besar bila shopping dekat mall2, kedai2, dan sebagainya. tak tau la kenapa tak boleh nak jumpa yang cantik2. so takde pilihan lain selain online. huhu. 

okay website nih so far website yang saya selalu usha untuk blouse2. tapi TopGirl macam banyak untuk orang yang berumur punya style. kalau umur saya 40an nanti konfem top girl akan jadi pilihan utama untuk shopping blouse. hiks. paling penting TopGirl banyak jual plus size punya size la kan. ada yang paling besau, sederhana dan juga kecik. kecik pun takde la kecik mana. 


ini antara baju yang saya beli kat top girl. jeans from Jessabella.

yang ni pulak online shop yang saya selalu usha dress yang lawa2. tapi tu lah kena selalu bukak sebabnya bila EDZ update new arrival tak dan bape jam dah sold out. kalau tak fully sold out, size yang kita pakai akan sold out. so memang kena cepat. selalu jugak la sakit hati sebab asyik tak dapat je kan. harga standard dress la kan rm100++ 

yang saya dapat beli daripada EDZ yang ni ha. nak beli warna beige blue black tapi tak dapat. size dah habis. wuhuu. so tukar la warna merah hitam. jadi lah kan.



untuk tops yang lawa-lawa, saya selalu jugak usha dekat DolceAmera nih. kadang2 ada size besar, ada jugak size kecik. sebab dia selalu jual free size punya baju. so kena ukur la kalau nak beli. antara design yang saya suka yang ini. 


hari tu ada pegi kat SBU Shah Alam ada baju ni tapi tu la ngam2 je. kalau nak beli, kenalah kuruskan siket badan ni lagi baru boleh beli. time saya dah kuruskan siket, baju pun dah hilang dah. har har har. erm, kalau nak beli palazzo yang cantik2 pun Dolce Amera ni ada jual untuk plus size.

*SBU tempat baru saya shopping tudung bawal crepe yang comel2. hihi

yang ni pulak website yang saya selalu usha untuk seluar. baik seluar jeans, jeggings, palazzo, dan sebagainya. dulu masa badan besar siket, selalu lah beli tops, outer wear dekat jessabella ni tapi sekarang just shopping untuk seluar je. hihihi. harga affordable la jugak. tgk jenis kain kita beli jugak, material tebal mahal la. kalau biasa2 je memang biasa la harganya.

ini antara baju, outer wear, seluar yang saya dah purchase dgn jessabella. hiks.

saya selalu usha dress yang cantik, affordable, below rm100 kat sini. hehehe. yang ni banyak jual dress yang banyak terjual kat tepi jalan bagai. but sometimes, ada warna yang kita nak takde kat kedai or tepi jalan kan, so sini lah tempatnya. sebab dia pre-order. bayar separuh dulu then bila barang dah sampai ke owner baru bayar balance. easy as abc. owner orang JB. 

bawah ni dress yang saya beli kat dia. cantik kan? ribbon saya gubah jadi cream color. hohoho.


okay ini website yang selalu saya igau2kan. balik2 duk telek gambar2 baju, dress yang dorang jual. serious weh tak boleh tido malam dibuatnya. haha. mungkin sebab saya suka yang plain dan elegant style kot. that's why obses tu. before this tak tau pun yang PopLook ada jual untuk plus size. tah sejak bila terbukak balik website PopLook then nampak ada yang untuk plus size terus hari2 dok usha apa yang ada baru. dasyat kan? hihi. haa tapi website ni pun selalu bagi saya sedih malar juga sold out untuk size XL dan 2XL. asyik je tak dapat nak beli :(


yang ini baru je saya purchase. insyaaAllah 28 May 2014 nanti akan dipos ke rumah memasing yang membeli. weeehuuu. 

setakat itu saje la yang saya dapat share dengan korang semua kat mana nak beli plus size tops, dress etc. harga rasanya semua jual yang mampu milik punya. no worries. hihihi. 

here's some guideline for you to purchase online. 
maybe one of you have the same sizes with me.
shoulder: 16.5" / 42cm
waist: 33.5" / 85cm
bust: 38.5" / 98cm
armhole: 18" / 46cm
length of sleeve: 22.5" / 58cm
hips: 46.5" / 118cm

good luck everyone! :)

Tuesday, November 27, 2012

Aishop Online Shopping Mall.

Assalamualaikum.

aku nak share something kat korang lagi mengenai kedai plus size Aishop nih. aku tak tau lah kenapa before this aku tak pernah pun terjumpa website nih. sangat lah rugi tauuu! ok excited sangat nak cerita nih. 

korang nak tau apa yang best pasal Aishop Online Shopping Mall nih? kalau aku, for sure lah ada banyak pilihan untuk plus size. heheh. ada banyak tau pilihan yang Aishop bagi. baju baju dia cute. mostly style bat wing. memang sesuai lah kan dengan orang plus size kan. yang paling seronok sekali, dia ada sediakan category untuk medium plus size dan jugak plus size.

kalau korang perasan plus size online shopping yang lain selalu jual untuk plus size yang from 4XL up to 6XL. so, kalau yang badan macam aku nih tak sesuai lah kan. aku paling habis besar pun 3XL je. itu pun jarang lahh aku beli size begitu. so, dekat Aishop nih ada banyak pilihan untuk size XL up to 3XL. 

kalau guna dengan cardigan hitam sangat lah cute. aku nak beli yang nih!

mengenai harga. semestinya kalau baju or seluar senang cerita pakaian lah kan untuk orang plus size nih memang mahal. kalau dibagi rm200 baru dapat 3 helai baju. aku tak tipu. tapi, kalau shopping dekat Aishop nih, sure dapat 4 5 helai baju tau. for me, Aishop menawarkan harga yang murah compare to other Plus Size online shop. 

Aishop jugak bukan je jual baju untuk Plus Size, tapi ada jugak untuk lelaki, untuk kids, handbags, untuk kecantikan macam contact lens, skin care, and cosmetic. kasut pun Aishop ada jual tau! senang cerita korang tak payah nak susah jalan pegi mall sakit kaki tuh. duduk depan laptop, scroll semuanya kat dalam Aishop nih.

untuk pengetahuan lagi, kalau korang jadi member dia, korang boleh dapat discount ikut category. ini dia punya percent discount dia.
5% (Bronze Member)
10% (Gold Member)
15% (Diamond Member)
20% (Platinum Member)


dua dua pun cute! yang nih pun aku nak beli jugak. hik hik.

Aishop bukan sahaja untuk orang Malaysia tau. Singapore, Australia and other countries pun boleh beli. international shipping tuh.. so, korang tak perlu nak ragu ragu untuk beli kat Aishop nih. haaa, kalau nak tau lagi kalau korang beli lebih daripada RM60, dapat free shipping. tak perlu nak bayar lebih2. heheh. so, kalau nak grab barang dari Aishop make sure lah lebih daripada RM60 okay. 

kalau korang nak tau mengenai barang tuh okay ke tak, korang boleh depends pada rating star yang Aishop sediakan. tak pun boleh tengok kat testimoni dia. Aishop ada sediakan semua tuh. yang paling penting, Aishop bagi jaminan 100% pemulangan tau. kalau ada kerosakan ke salah hantar ke apa, boleh contact terus ke Aishop.
yang pastinya, Aishop bukan sahaja untuk plus size, tapi untuk orang kurus jugak. banyak dress  lawa lawa kot. so, apa tunggu lagi? jom ramai ramai beli kat Aishop. jom jom.

p/s : korang boleh klik dekat setiap perkataan Aishop untuk ke websitenya terus. happy shopping everyone! :)

*nak lebih banyak online shopping, klik SINI.

Friday, November 16, 2012

Kedai Plus Size

Assalamualaikum.

malam nih, aku nak share lah kat mana nak beli baju or seluar plus size. maklumlah, kalau orang berbadan besar nih susah siket nak dapat cari baju yang lawa lawa, ikut trend terkini, dan paling penting selesa. aku tau ramai kat luar sana tercari cari kat mana nak cari baju plus size nih.

so, here we go. 


pernah dengar tak nama boutique nih? haa, dia nih ada jual macam2 style baju, dress, maxi dress, seluar. eh semua lah. kiranya kalau nak baju yang cantik cantik dan bergaya boleh lah dapatkan kat Cucucamber nih. tapi, kalau nak order dengan dia nih, make sure yang duit tuh dah dengan kita. sebab selalunya dia bagi kita tempoh 1hari je untuk payment. so, sape lambat tak dapat lah. lepas tuh kalau nak tau, baju baju dia selalu cepat habis. macam pisang panas ouh. hehe.

next, dekat Brands Outlet. kat sana pun ada jugak plus size corner. kalau kat sana kita kena ikut musim jugak. kadang2 lawa, kadang2 tak. so, nasib nasib lah jugak. harga dia takdelah mahal sangat. lebih kurang yang online punya nih jugak. yang pasti under hundred.

kalau nak yang up siket http://westfashion.net/Plus-Size. yang nih aku suka lah style style dia. majority cantik. tapi mahal harganya. kan import memang lah mahal. semua pun rm100++. kalau dah kerja nanti, boleh lah beli kan. kalau setakat sekarang nih. dapat cuci mata jelah.

so, setakat itu jelah review aku untuk kedai plus size. harap entry kali nih membantu anda sekalian di luar sana. have a nice day everyone :)

p/s : kalau korang tau kat mana ada lagi kedai plus size sama ada online atau offline, share lah dengan aku pulak. hikhik.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
My Ping in TotalPing.com