Thursday, May 14, 2020

Resepi Udang Goreng Butter Cap Cus Siap

Hai korang :)

kalau rasa air liur dah menjejes, boleh la cuba ye resepi ni. memang cepat sungguh untuk buat. ni buat masa nak bersahur. makan panas-panas aummmm? sedap!

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1Ug958CkT_HqidPfOh_7ACpktM9Lnl42b

bahan-bahan:
1. udang 15 ekor size sederhana.
2. bawang merah size sederhana 1 biji.
3. bawang putih 1 biji.
4. butter 1 sudu.
5. garam, gula dan Maggi Cukup Rasa.
6. cili besar warna hijau
7. daun bawang

cara-cara nak masak:
1. panaskan 1 sudu butter.
2. masukkan bawang merah dan bawang putih yang telah dihiris.
3. lepas dah naik bau, boleh masukkan udang yang dah dicuci bersih. (terpulang pada korang nak buang kulit atau tak).
4. perlahankan api, masukkan garam, gula dan Maggi Cukup Rasa dan hirisan cili besar hijau.
5. kuatkan api semula, kacau sebati semuanya. jangan lama sangat sebab udang masaknya kejap je. anggaran dalam 1 minit terus matikan api.
6. masukkan dalam mangkuk dan hiaskan dengan daun bawang.

cap cus siap kan? rasa yang korang akan dapat lemak-lemak masin plus manis siket je.
boleh cuba okay. good luck korang :)

Friday, May 31, 2019

Resipi Puding Roti Senang

Assalammualaikum korang.
Ok hari ni baru rasa ada masa nak share resipi pudingroti yang senang sangat untuk buat. Petik jari 10 kali dah siap dah. Ok ni tipu.

Jangan buang masa, jom kita start.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1kcqY-ZswBwLiz93ZZTavAyAYjED3uHa-

Bahan-bahan untuk puding roti.
~13 keping roti
* cawan susu UHT atau fresh milk
*2 1/2 sudu besar gula
*2 biji telur
*2 sudu besar buttercup

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1ZZJZEbzeOgAuaSyQ3gHBf2q3GhjUY5IJ

Caranya mudah je. Masukkan semua bahan yang bertanda * ke dalam bekas. Tak kesah apa bekas pun asalkan mudah untuk korang kacau. Gunalah wrisk supaya cantik hasilnya.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1dQ5GOx0TANG8rreT3WfkRdQUX8YN0nBk
Bila dah siap kacau, biarkan dulu. 13 keping roti tadi, korang koyakkan kecik-kecik ke dalam loyang atau apa-apa bekas yang boleh masuk dalam oven. Macamaku ni guna pinggang pyrex tu ha. Dah siap koyak, masukkan adunan yang dah siap kita kacau tadi.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1CWkDgfWm7u7OtvKJBXu62daveWkx1iMq
Ni dah siap kena tuang dengan adunan tadi. Biar meresap kejap sementara tunggu oven panas.

Panaskan oven dulu selama 20minit, suhu atas bawah (200•c) Dah lepas 20min baru masukkan roti tadi ke dalam oven. Bakar selama 50 minit. Tunggu hingga masak ye. Sementara tunggu boleh buat sos castard.

Ok untuk sos castard, ni bahan-bahan dia.
~2 sudu besar tepung castard
~2 sudu besar gula
~1 tin susu cair
~3/4 air kosong

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1BM4A4hWSLTMmai-nN7teuqjIAXswkn8i

Masukkan semua bahan-bahan ni dalam kuali. Dah masukkan semua, baru nyalakan api. Apinya perlahan je tau. Kacau guna wrisk. Supaya takde yang berketul-ketul. Kacau sehingga pekat. Macam aku, aku tak suka pekat sangat. Sedang sedang je. Baru best makannanti.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=15jBQcwx_jbS7b27EUmh2kY7kmqksrqlj

Ok roti dah siap bakar, sos dah siap. Maka siaplah puding roti kita. Lepas tu potong kecik siap-siap dalam tray supaya senang nak makan nanti. Selamat menjamu selera. Senang kan nak buat? Boleh try k.

https://drive.google.com/uc?export=view&id=1rnjgS78e8oNwgPe9CJi9kTDNieKYt5p4
Makan pepanas, emmm sedapnyaaa 🤤

Thursday, May 30, 2019

Review: Gtech Cordless Vacuum Malaysia

Hai semua :)
Ok, hari ni aku nak review siket mengenai Vacuum Gtech Cordless ni. Bila kita ada anak kecil ni, memang makan sepah-sepah tu wajib dah. Serbuk-serbuk dorang makan biskut pun memang wajib la berterabur kat lantai kan.

Aku fade up asyik nak ulang alik ambik penyapu penyodok sampah. Nak guna vacuum besar macam lecehnak tarik wayar, nak pasang components dia lagi. Solution dia, Gtech Cordless vacuum la. Apa lagi.

Sejak ada vacuum Gtech tanpa wayar ni, serius kerja aku lebih mudah dan teratur dan pantas. Habis makan anak2, terus capai Gtech Cordless n zasss bersih dah. Hehehe. Dan paling bestnya, nak sedut habuk karpet sangat cepat dan efisyen weh! Habuk hilang, rumah bersih, anak kurang selsema. Ohsem kan?

Nak fully charge dia kejap je, macam charge handphone. Lebih kurang 4jam. Boleh bertahan dalam 40min if non stop using. Kalau benti2, lama gak tahan. Pastinya suction dia kuat walaupun tubuhnya kecil. Berbaloidengan harga yang ditawarkan. Alah membeli menang memakai. Gittew.

Meh aku tunjuk siket demo nak guna cemana.
Boleh tengok kat bawah ni k.


Dalam one box, korang akan dapat satu extension batang supaya boleh la sedut tempat tinggi siket, dapat brushy, satu lagi yang jenis muncung untuk sedut habuk bahagian corner.



All in all Gtech Cordless Vacuum ni sangatlah berbaloi untuk korang laburkan duit. Kalau taknak kita vacuum, boleh suruh anak sebab tak berat mana pon. Anak akuRafiq pon pandai dah guna. Hahaha. Selamat mencuba guys. 



Sunday, July 1, 2018

Girl's Talk: Bertunang

hai semua! :)
cerita pasal bertunang, tau tau jelahkan macam mana perasaan perempuan bila pasangan kau kata kat kau "jom tunang jom" ajakkan dia tu ala-ala nak pi tengok wayang je kan. but then, as woman memang akan ada rasa teruja yang teramat. it's like oh my God, he asked me for engagement! *shouting like hell*

nak yang lagi teruk tu karang bila diajak bertunang, terus plan nak buat majlis pertunangan macam majlis kahwin 3 hari 3 malam. k, itu melampau sangat. kalau plan je takpe, ini terus jadi kenyataan sampai 10k habis untuk majlis pertunangan sahaja. kalau pertunangan diakhiri dengan pernikahan takpe gak, kalau tak jadi? tak ke dah rugi 10k macam tu je? hihihi.

bagi aku, majlis pertunangan tak perlu la nak vogue. unless, iman kau dah cukup mantop untuk menahan segala ujian dan cabaran syaitonnirojim then kau boleh teruskan majlis yang vogue dan hebahkan pada semua orang yang kau ada tunang and kau dah bertunang. bertunang ni banyak dugaannya. biasalah kan orang nak buat benda baik, memang banyak dugaannya.

so, kita perlulah tabah dalam menghadapi segala dugaan ketika bertunang. in addition, for engagement ni cukup la sekadar majlis perbincangan antara keluarga perempuan dan keluarga lelaki. antara perbincangan tu boleh la selitkan tarikh pernikahan, berapa wang hantaran dan juga bilangan barang hantaran. selesai berbincang boleh la makcik or mak keluarga lelaki sarungkan cincin dekat perempuannya. lepas tu kenyangkan perut anda dengan hidangan yang disediakan. gittew.


all in all bersederhana dalam segala benda. baik bertunang, baik berkahwin baik dalam segala-galanya. soalnya, kita ni bersederhana ke? Kah! 

Tuesday, November 28, 2017

Not so honeymoon.

Hai korang.

Cuti sekolah dah start tapi aku macam biasa tak cuti. Sebab tak cuti? Sebab jabatan Kemas. Huhu.

Malam tadi kita orang gerak ke Cameron Highland naik bas (tabika area sawah). So tabika aku boleh bawak 5 orang AJK Tabika untuk lawatan almost free ni. Pembantu aku taknak pegi, tempat dia tu ganti dengan suami aku dan 3 orang AJK. Haha.


Tidur dalam bas subuhnya pegi masjid solat siapkan diri. Lawatan ni kira macam pergerakan bebas. Of course aku banyak gerak dengan suami aku. So lepas je keluar masjid, kami pi cari sarapan. Dah la berbukit-bukit dan suami aku pulak dok jalan jauh2. Aku ni dah la makin gemuk duk buli-buli aku lari la apa la. Rasa nak baling kasut je dari belakang tengokkan perangainya.




Jam 8.30 pagi kita orang satu bas gerak ke Lavender. Hihi, aku memang tak jejakkan kaki aku ke Lavender ni lagi. Rezeki la kan dapat jejak kaki hari ni. Bayaran tiket RM10 sorang untuk dewasa. Masuk-masuk je excited aku nak bergambar sana sini. Kah! Suami aku layankan je.




Best part kat sini tempat photographing kot. Dia tolong ambikkan gambar. Kalau cantik, nak beli boleh. Taknak pun takpe. So boleh la try and error. Aku dan suami of course la try. Haha. Sampai depa ni dok kata aik udah macam pengantin baru. Nasib aku tak pakai dress. Kalau pakai dress konfem ah pengantin baru.


Puas dah ronder, gerak pulak ke bee farm. Takde apa pun yg menarik selain souvenir. Kejap je kt sini. Then terus ke pasar tempat beli beli sayur tu. Ada gak la beli keledek yang boleh buat aku merana seharian tu. Siap lunch kat sini, terus pegi ke Mardi.

Kat sini lama. Sebab dia suruh solat sebagainya means habis je kat Mardi terus gerak balik. Disebabkan bosan, ada la pulak orang jual button tapi boleh lukis muka. So, aku buat la tapi gambar Rafiq. Bulat eh anak aku. Kah!

Masa kakak tu tengah buat, dia tanya
"Ni buat untuk anak buah ka?"
"Dak eh. Itu anak sendiri la"
"Awat muda lagi ada anak dah naa"
"Herherher"
"Maaf naa cakap ni anak buah"
"Ohh takpe..hihi"


Siap je melukis, kakak tu tanya lagi
"Adik kerja sini ka?"
"Tak la mai sini jalan ja"
"Muka adik macam staff nurse sini. Tu dok tanya kerja sini ka?"
"😆😆"

Suami aku datang duk bantai gelak. Tahi lalat dia ni kak yang mahal. Senang nak cam. Hahaha. Lepas tu bila aku cerita pasal conversation anak buah tu dan dan dia duk buat muka muntah. Yek betul!

Selesai je button tu, terus naik bas gerak balik ke Tanjong Karang. Eh tapi sebelum tu ada gak singgah kat tempat Teh. Dapat la ngeteh secawan pastu baru balik. Aku ni dah macam penat sangat dah. Naik je bas terus membuta.

Sampai RnR Tanjong Malim baru bangun makan solat bersihkan diri baru lah sampai ke rumah dengan selamat. Nak ambik Rafiq tapi dia dah tidur. Esok pon aku kena kerja, so esok je aku ambik dia. Tapi pagi mungkin singgah dulu hantar baru jumpa dia baru pi kerja. And the next day aku mohon cuti sambung sampai ahad.

Start December memang kena kerja la jawabnya takde cuti. 😭

Sekian.

Sunday, November 26, 2017

My First Ride

Hai semua.

Semalam suami aku tanya 
"yang, boleh tak esok abg nak ride dgn budak RS pi teluk batik?"
Laju je aku reply sebab tengah sibuk update story kat whatsapp
"Boleh. In return if saya nak pi rombongan ngan kengkawan saya, awak boleh izinkan"
"Tapi awak punya tu kena bermalam tu yang susah tu 😘"
"Awak nak menginap pun saya takde masalah"
"Abg yang masalah tak nampak kamu satu malam"
"😆😆😆"
"Hadutyaiii. Apa kata Rafiq hantar rumah cikros, awak ikut saya pi teluk batik"
"Alasan taknak bg saya pi rombongan ngan kengkawan lettew 😆"

Maka hasil perbincangan di atas, aku pun ikutlah suami aku ride ke teluk batik. Tapi Rafiq aku tak hantar pun kat Cik Ros (pengasuh Rafiq). Kita orang minta tolong Ummu jagakan Rafiq kat rumah. Settle bab anak.

Maka hari ni pepagi aku bangun masak nasi, masak sup sayur, goreng ikan untuk makan anak dan anak2 buah aku kat rumah. Jam 8 explain kat Ummu hal hal Rafiq terus gerak. Suami yang excited. Aku biasa je.

Aku tak suka pakai helmet sebab tudung aku akan rosak. Tak on point. Tapi ni kan nak travel jauh bukan nk pegi speedmart. By hook or by crook aku kena rosakkan tudung untuk selesa atas moto. Supaya angin tak tolak kuat sangat. Sat lagi tercicir pulak badak tengah jalan.


So, jam 8.15 macam tu gerak ramai-ramai. Aku tak kenal pun dorang2 tu. Nasib la dalam reramai tu ada sorang ni bawak wife dia. Ada geng. Unfortunately, dia pun kerja prasekolah. Haha. Banyaklah cerita kami. Maklumla kalau cikgu2 bercerita.

Bermulalah perjalanan aku ke teluk batik naik motor. Sejarah aku ni selama 25 tahun hidup paling jauh naik moto pegi kedai pak manap je. Ni teluk batik. Dalam kepala aku habisla pinggang aku ni. Cramp la kaki ni.


Sumpah weh moto RS seat dia kalau standard kematu punggung. Duk alih sini alih sana. Sama gak 😭 on the road suami tanya ok ke tak. Aku jawab bosan sbb takde radio. Sekali ada brader RS bawak moto guna speaker dgr radio. Suami kata tu lagu. 🙄

Sampai je kat D'Warisan kedai makan, first thing aku buat cari toilet untuk betulkan tudung aku. Selesai, baru makan. Siap makan, ke toilet semula pakai lipstick. Kalau aku berdua je ngan suami aku tenyeh je kat meja makan tu. Then sampai kat tepi pantai. Ingatkan dorang nak mandi, rupanya saje lepak2 tambah dosa ngumpat.


Dalam pada tu sempat gak la aku makan ice cream roti. Haha. Tiba time balik, ya Allah. Hujan rahmat pun turun ke bumi. Kita orang singgah ke lumut kat lumut tu la hujan lebat. Lebat sangat. Tunggu reda. Dalam pada tunggu sempat beli ikan bilis setengah kilo rm40. Mahal betul rasa.

Hujan reda siket. Kita orang decide untuk redah je. Kata suami kat sana langit cerah means otw balik hujan takde la dah. MasyaAllah sepanjang balik dari lumut ke tanjong karang, hujan selebat lebatnya. Sejuk namateyyy! Tak pernah aku ride dalam hujan sebegitu.

Masa isi minyak, aku cakap
"Sejuk giler!"
"Ko kan nak sejuk macam genting highland, abang bawakkan la ni"
"Ini sejuk nak bg aku sakit"
"Hahahaha"

Masa isi minyak ni hujan mcm dah benti, tak dan 5 minit sampai daerah lain hujan lagi. 😂 benti kedai makan kat sekinchan pun pelik orang tengok kami. Lenjun kesejukkan. Dah tu sempat singgah pasar malam beli makanan kat tanjong karang. Bertambah kepelikan orang tengok kami. Hahaha.


For me, ride ni bestnya pada rider. Dia yg rasa sedap ke tak motor tu. Aku sebagai penumpang ni rasa boring. Sebab aku boleh fikir untuk 2018 aku nak ajar apa kat sekolah nnt. Dah tu punggung lenguh and everything lenguh. Kalau suami naik motor besar yang mcm bmw tu boleh la aku ikut selalu. Nak ke krabi pun takde hal la bro. Hihi. Hanya yang betul2 minat je boleh follow semua ni.

Sekian.

Tuesday, January 17, 2017

Sweet Moment: I'm Pregnant!

Entry ni memang aku karang khas untuk journey aku sepanjang mengandung anak first. 

Well said, aku kahwin 25 march 2016. Before kahwin memang aku plan nak ada anak secepat yang mungkin. Aku selalu doa untuk ini. Start je aku jadi tunang orang pada 25 september 2015, aku dah calculate aku punya waktu subur setiap bulan. Bahaha. Macam mana aku kira, aku just guna period calender. Setiap kali datang bulan, aku tick date dia and application tu akan bagi tau bila waktu subur. Ngam pulak masa aku pilih tarikh nikah, aku baru je habis period. So aku tawakkal jelah. Dengan izin Allah ada lah tu rezeki aku. InnshaaAllah. 


Then next month, tetiba period aku tak tiba2. Lewat dua minggu. Before that aku demam. Demam sungguh. Bukan demam batuk or selsema. Dah habis aku demam, suami pulak demam. Mak aku kata, ko ni agaknya berbadan dua kot. Aku pun macam haaa betul ke? Dengan sangat terujanya (cewah) aku beli pregnancy test. Jenuh la baca cara2 nak guna macam mana. Al maklumlah takut salah guna nanti tester tu invalid terus. Kan dah rugi. Esok paginya bangun je tido cepat2 test air kencing. Masa tu still tak sure ngandung ke tak. Sebabnya supposely ada dua line clear kan, tapi aku punya satu clear, satu lagi kabur2. Tapi berat hati kata aku pregnant. Subuh tu bangunkan suami cakap, abang saya rasa saya pregnant. Nampak excited muka dia pepagi buta time tu. Then, nak double confirm kita orang pegi ke klinik berdekatan dan doktor sahkan aku pregnant. Alhamdu lillah. Rezeki yang tak sangka2 datang. 


Sepanjang 9 bulan aku mengandung, alhamdu lillah lagi sekali langsung takde alahan, muntah2, yang pelik2 tu semua takde. Macam normal je semuanya. Makanan pun aku bedal je apa aku nak makan. Takde permintaan yang pelik2. Tapi satu benda je yang aku suka sepanjang pregnant. Berjalan. Sangat suka sampai susah nak lekat dekat rumah. Hihiks. Yang ni agak merisaukan suami la jugak. Tapi apakan daya jalan tetap jalan. 

Mengenai emosi, memang betul orang kata emosi orang mengandung ni sangat sensitif. Tapi kalau part aku dia sensitif ikut bulan. Kekadang tu happy je memanjang. Tiba part nak sensitif tu karang, mula lah sensitif je. Kekadang sampai dalam kereta tengah drive nak pegi ke tabika pon aku boleh nangis. Nangis tu kadang fikir kisah hidup orang je pun. Kalau kisah hidup aku tentu2 nangis dah. Pelik tapi benar. Alhamdu lillah suami sangat penyabar bila aku buat perangai. 


Start baby 7 bulan, aku dah mula beli siket2 barang-barang baby. Baju2 tu siket jelah aku beli sebab orang kata baby ni cepat membesar. So aku beli baju new born dalam 4-5 helai then lebihnya semua extra size. Selainnya macam breast pump, set berpantang, set botol susu, set mandian baby aku beli lah siap2. Banyak gak modal habis beli benda2 ni semua. Tapi alah membeli menang memakai. Gittew. Pentingnya kumpul duit aje. Hahaha. 

Aku dan suami ni first time nak jadi parents, so aku banyak la research pasal penjagaan budak. Tanya orang yang dah berpengalaman macam mana itu ini pasal baby. Sepanjang mengandung ni banyak la teori yang dipelajari. Tinggal nak praktikal je nanti. Tak tau la boleh ke tidak kami ni. Dah la aku ni jarang pegang baby, suami pon begitu. So tawakkal sahaja pada yang esa. InnshaaAllah pasti boleh punya. 

Ada part sedih time aku pregnant ni, aku kehilangan mak aku 12 ogos 2016 yang lalu. Serius aku langsung tak expect pun mak aku akan pergi buat selamanya. Sebab selalu kalau mak sakit, hantar pi hospital dalam 3 4 hari akan pulih. Tapi apakan daya, Allah lebih sayangkan mak. Jadilah aku anak yatim piatu. Huhu. Cantik kan percaturan Allah tu. lepas kahwin, baru mak pergi. Mampu menumpang kasih dengan keluarga suami sahaja. Hihiks.


And paling happy, tepat jam 9.04pm hari ahad, 18 december 2016 aku telah lahirkan seorang anak lelaki secara normal. (Berat 3.05kg) 

Ok, continue next entry pulak ye.

Wednesday, October 5, 2016

Simple-Dimple Diaper Bag.

hye semua!

hari tu masa baby expo ada buat kat Mid Valley Megamall, 15-18 september yang lalu. aku dengan suami pegilah ke sana untuk cari barang-barang baby serba sedikit  untuk persediaan awal. kot la kan baby terberanak awal ke apa kan. so kita orang dapat park kat tingkat atas sekali. which is rezeki bagi kami sebab same level dgn baby expo tu. dah la beli barang banyak bungkusan, so tak larat nak pegang lama2  kita orang hantar pi kereta. then, masuk lagi baby expo beli lagi. 3 4 kali macam tu la jugak :D

cerita bab simple-dimple diaper bag ni. majority kalau kita pegi mall, orang yang dah ada baby mesti akan galas bag ni. bag ni ala-ala bag laptop. tapi kat dalamnya macam-macam peralatan baby boleh letak. botol susu, susu, mandian, pampers, towel segala benda la boleh sumbat dalam ni. dia punya susunan nyer agak teratur so compare kita letak dalam beg biasa, akan berterabur la kan. tapi kalau letak dalam simple-dimple diaper bag ni innshaaAllah takkan terabur unless ko terbalikkan beg tu. hihi.

tapi, ramai kena ingat bila benda jadi rebutan ni memang akan banyak tiruan. aku dulu pun terfikir gak masa aku beli tu betul ke aku punya ni original? aku beli yang hok superman punya version. suami ngade nak superman gak. tak kesahlah dia yang bayar kan.  harga aku dapat masa kt baby expo tu rm145 (XL).

cara nak tengok beg kita tu original atau tak, korang boleh refer kat gambar bawah ni sebagai rujukan. yang mana belum beli tu, boleh check dulu. jangan sampai tertipu pulak ye. 


ada tiga part korang kena check. dekat depan beg, kat kain canvas, ngan zip.




sekarang ni simple dimple diaper bag ni ada banyak pesyen. yang beroda pon ada tapi sizenya kecik je. korang boleh usha kat sogo kalau nak beli. kat online pon ada. Lazada etc tu ada jual. pastinya kena make sure beg yang korang beli tu original bukan fake ye. nanti bayar mahal-mahal sekali dapat yang tipu punya. kan dah rugi. hihi.

good luck korang!

*nasib baik aku beli hari tu original punya :D

Saturday, October 1, 2016

#shortvacay with them.

hai semua. 

hari tu 3 ngan 4 september aku pegi shortvacay dengan kawan kawan aku. tak ramai. 5 orang je termasuk aku. destinasi kami ke Melaka yaw. sebab-sebab nak ke sana bukan apa. sebab nak bermalam kat Masbro Village tu je. so sambil-sambil bermalam di situ, pegilah jalan-jalan dekat area Melaka.

so kita orang bertolak ke Melaka dalam jam 10 pagi. kalau ikutkan, awal lagi tapi almaklumlah kan, banyak sangat kekangan pada pagi tu. yang penting sabar. kita orang terus exit ke bandaraya sebab nak jenjalan terus kat Jongker Walk. nak ambik-ambik gambar je actually. kalau nak pegi dia punya pasar memang malam la jawabnya.


sampai bandar Melaka dalam jam 1 lebih terus pegi makan dekat restauran Asam Pedas Selera Kampung. kalau makan asam pedas dia memang sedap. rasa macam kat rumah punya makan. tapi tak tau la kat rumah korang punya macam mana kan. kah! kalau makanan lain tu bagi aku biasa jelah. takdelah feeling "sedap giler weh!" kat kedai ni tengah hari memang ramai orang. tak boleh nak lepak2.


lepas makan, kita orang gerak ke jongker walk. ambik gambar kat rumah2 baba nyonya tu ha. cuaca memang panas. tapi demi bergambar ku tahankan jua. dah habis2 ambik gambar, kami terus gerak ke Masbro Village. masa on the way ke sana sempat gak singgah ke Pantai Tanjung Keling. the view not bad. quiet nice.

tiba kat Masbro Village dalam jam 3.30 petang. kat sini tempatnya cantik. tapi pengurusan dia agak cerewet siket. terlampau banyak peraturan. masa nak check in tu pon kena bayar lagi deposit rm100 untuk jadi cagaran. if masa nak check out korang rembat towel ke apa, rm100 takkan dipulangkan even though dah buat full payment. kemudahan dalam bilik, aku consider 80% lengkap. 

petang tu kita orang rehat2 dulu kat hotel sampai maghrib. lepas maghrib terus gerak pi aeon sebab nak makan cendol ABC kegemaran Raje. lepas tu pi makan kat kedai ayam bakar kalau tak silap. tapi tak sedap weh makanan yang lain. boleh makan ayam dia je. macam mana boleh jadi glamour kat google pon tak tau la. 

lepas makan apa lagi jenjalan kat jonker street ler. jalan sampai penat. sebelum tu tengok cruise. cantik. kalau nak fefeeling romantic ngan pasangan, boleh la lepak kat sini. habis penat jalan, kita orang balik ke hotel. tido time! 


esok pepaginya terus siap mandi swimming pool. hahaha! semangat kau. lepas solat subuh makan2 terus masuk kolam. aku kat kolam adalah dalam sejam. yang lain semua berendam lama2. macam tak sedarkan diri. lulz. lepas dah mandi, kita orang siap2 untuk check out. then pulang ke rumah seperti biasa.

*kolam nyer kalau nak mandi daripada 7 pagi sampai 7 petang je. malam dia tak bagi mandi.


p/s: kelakar masa dari KL nak balik ke Kuala Selangor. seribu sekali sekejap pasang voice note daripada Farahan bagi tau pasal jalan. kah!

Sunday, June 26, 2016

Girl's Talk: Kahwin.

Assalammualaikum. 
- Waalaikummussalam.

salam Ramadan buat semua umat Islam di dunia ni. semoga mendapat lebih barakah dalam bulan puasa kali ini. aamin.

hiks, bila cakap pasal kahwin. aku teringat pasal cerita Istanbul Aku Datang. mesti tertanya-tanyakan part mana yang aku teringat tu. part mana lagi kalau bukan bab excited nak kahwin. lols. excited nak bertunang, excited nak kahwin, memang perempuan sangat la kan bila bab bab macam ni. jangan kata kau tak excited bab-bab macam ni. *rolling eyes*


hakikatnya, aku sendiri mengaku bila tiba part kahwin memang aku excited. bukan excited part sulit ni. tapi excited part nak buat preparation. A-Z. seronok sangat. dalam pada seronok tu, pastinya ada kerut kerut kepala fikirkan tema, duit, dekat sape nak tempah, boleh percaya ke orang ni etc bla bla bla. benda tu yang membuatkan perempuan seronok actually. kalau ko tak caye, boleh je ko tengok blog Fatin Liyana bila cerita bab kahwin. aku dapat rasa keseronokkan dia tu. hahaha.

ok lets talk about the preparation. basically bila nak kahwin ni memang kena ada lah kan baju pengantin lelaki dan perempuan, khemah kenduri, makanan, goodies bag, dulang hantaran dan barangnya, photoghrapher, kad jemputan, makeup, dan lain lain dan lain. memang banyak benda dah ni bukan kata basic ni. hahaha. jom cerita bab baju kahwin.

1. baju nikah.
bab baju nikah, aku tempah kat akak Liyana Zainal. aku tempah ikut citarasa aku setelah terpengaruh tengok baju tunang Stacy. kah! so aku suruh akak tu buat baju aku ala-ala baju Stacy. cuma aku taknak leret-leret tu je. so simple jela kan. aku tempah baju nikah tu lelaki dan perempuan dengan harga rm888. baju melayu + dress nikah + tudung + vail. dan semua tu jadi kepunyaan sendiri. 


majlis nikah berlangsung tak lama kan, so aku rasa macam membazir kalau aku spend rm888 untuk sekali tu je pakainya. so aku dan husband decide untuk reuse baju nikah ni untuk kenduri sebelah husband. dengan cara menukarkan warna tudung dan baju melayu lelaki sahaja. so iniah hasilnya. tadaaaa, if muat lagi after kahwin, boleh buat baju raya. gittew.


2. baju sanding.
baju sanding aku sewa dekat butik pengantin sekitar kuala selangor. 1k for both lelaki dan perempuan. tapi itu sewa sahaja. bukan jadi hak milik selamanya. A-Z akak tu sediakan. aku tinggal pakai dan pulangkan semula je. wuuwuu. ada sedikit terkilan gak, tapi apakan daya. redha jela kan. janji selesai dengan baik dah cukup alhamdu lillah dah. heheh. btw, baju ni baju baru. aku mintak design dia punya kembang tu bila aku jalan, macam Cinderella. sebab ada satu dress contoh aku bagi kat dia tp malangnya tak dapat serupa macam dress contoh aku bagi tu. dia jadi macam baju nikah je. so macam emmm sama je macam baju nikah. baju nikah yelah aku taknak macam Cinderella. hahaha.



3. goodies bag.
part ni memang paling aku jimatkan. aku fikir mengenai sesuai ke tak untuk kanak2, untuk orang dewasa. bajet berapa etc. semuanya la kena fikir. so untuk goodies bag ni aku dapat satu beg rm1. beg, air kotak, biskut munchies, dan waffle. aku consider goodies bag aku tu sesuai untuk semua lingkungan umur tak kira tua muda. untuk goodies bag ni aku buat extra sebab kadang2 ada yang datang awal tak datang time kenduri just bagi duit je kan. adalah benda nak dibagikan sebagai ganti. gittew. tapi banyak gak balance. lebih tu aku bawak pi tabika bagi budak2 aku buat sarapan pagi cicah biskut ngan milo.

4. catering.
catering aku ambik ngan makcik aku. rm10 satu kepala. menunya simple je. nasi minyak, ayam masak merah, daging briyani, dalca, pajeri nanas, buah oren, bubur kacang, teh o panas, dan air sirap ais. untuk yang meja makan beradap, menunya udang goreng cucuk2, ikan siakap 3 rasa, ayam bakar blackpaper, fruits and salad. untuk makan beradap, semuanya di-charge rm300 termasuk hiasan.


alhamdu lillah rata-rata yang datang kenduri aku semua kata makannya sedap baik hidangan tetamu mahupun makan beradap. lebih pun tak banyak. buat makan malam tu jer lepas habis kenduri. hehe. settled part makan.

to be continued....

Tuesday, February 9, 2016

Resepi Kek Batik. (Mudah dan Cepat.)

Hai uolls!

cecuti raya cina takde nak buat apa, kelmarin aku buat ler kek batik ni. first time in my life. since keje aku beli je kat The Alyn butik rm15 satu box tu kalau teringin nak makan kek batik, memang tak la kan aku pernah membuat kek batik tu sendiri. so kelmarin tetiba nak asah bakat terpendam. mak aku pun macam engko dah kenapa syah tetiba nak membuat kek. what ever.


inilah kek batik yang aku buat. menyelerakan ke tak? kah! untuk first trial ni aku consider lulus la sebab rasanya hampir sama macam The Alyn punya. lepas ni takyah susah payah nak habiskan rm15 untuk kek batik tu. boleh buat sendiri je. makan sampai gemuk.

takyah bebel banyak, ni resipi dia.

bahan-bahan:

copyright orang punya

  • 1 buku buttercup butter (buttercup yang femes orang buat kek)
  • 2 cawan serbuk milo (aku guna serbuk coklat 1Malaysia je)
  • 2 sudu besar serbuk koko (aku hentam je apa brand)
  • 1/2 tin susu pekat manis yang size biasa (aku guna brand 1Malaysia gak)
  • 1 packet biskut Marie (aku guna brand Julies perisa susu)
  • 1 sudu kecik vanilla essence
Cara-cara untuk buat:
  1. cairkan buttercup dengan api yang perlahan.
  2. bila dah cair buttercup, masukkan 1/2 tin susu pekat manis dan gaul sebati dengan api perlahan.
  3. masukkan milo dan serbuk koko ke dalam periuk dan gaul sebati. kacau sampai milo dan koko tidak bergentel okay.
  4. masukkan 1 sudu kecik vanilla essence ke dalam periuk dan gaul lagi.
  5. masukkan biskut marie yang dipatahkan empat ke dalam periuk dan gaul sebati. biar semua biskut marie tenggelam dengan milo tu tadi. gaul lebih lama kalau nak biskut tu jadi lembik. terasa macam dah puas hati, dah sedap sangat, matikan api yang perlahan tadi.
  6. masukkan adunan ke dalam bekas yang dialas dengan plastik dan tekan-tekan adunan supaya padat. kalau boleh bekas tu biarlah tak berapa nak besar supaya kek tu nanti nampak ohsem dengan ketinggiannya. tak macam saya punya di atas. kah!
  7. dah habis lenyekkan kat dalam bekas, simpanlah dalam peti sejuk dan biarkan selama 4 jam. lepas 4 jam boleh la potong dan makan sampai gemuk. yeayyy!

untuk keterangan lebih lanjut dan gambar yang lebih proper, boleh KLIK SINI.

Thursday, January 28, 2016

Sijil Pendidikan Awal Kanak-Kanak. (SPAKK)

hai semua! ;)

pejam celik, pejam celik tau tau dah bulan january. kejap je kan masa berlalu? haah kejap jer. well, setelah 6 bulan berkursus (SPAKK, KEMAS) di Penang, akhirnya aku dah ada kat Kuala Selangor. takyah balik sana dah. wee wee. overall kursus tu best la. banyak manfaat boleh dapat. daripada tak pandai sebut huruf jawi dengan makhraj yang betul, jadi pandai. daripada tak pandai melukis, jadi pandai melukis. daripada tak pandai menari, jadi pandai menari. daripada gemuk jadi kurus. daripada kurus jadi gemuk. sangat berkesan la 6 bulan menjalani kursus cikgu tabika tu.

ada lah jugak seketul kenangan dengan sign board. haha

rumah mak angkat dan bapak angkat. terima kasih sebab sudi tumpangkan saya selama 3 minggu. sudi ambik saya sebagai anak angkat :)

nak cerita la serba sedikit mengenai praktikal hari tu. 3 minggu dekat rumah orang. 2 minggu dekat tabika orang. macam-macam kenangan tercipta. hari tu praktikal dekat kuala pegang, baling, kedah. tempat dia agak terperuk siket. ibaratnya bila awak pegi ke bandar, awak beli la semua keperluan dan belilah extra supaya tak susah di kemudian hari. boleh imagine kan? sungguhpun terperuk, pemandangan cantik. berbukit-bukit, getah kiri kanan, hijau je pemandangan.

Tabika yang aku selalu dok pi sepanjang 3 minggu kat situ. even tak sekolah pun kena datang. 

awal persekolahan. buat pertandingan pakai stokin dan kasut secara cepat dan betul.

alhamdu lillah dapat rumah mak angkat depan Tabika je. jalan kaki dalam 40 tapak dah sampai dah ke tempat praktikal. selesa sangat di situ. anak murid 26 orang. majoriti lelaki. anak siam ada 4 orang. selebihnya melayu. kalau budak tak nakal, tak aktif, tak normal sebagai budak. jadi aku pupuk sifat sabar dalam diri untuk layan kerenah budak :D selebihnya bab mengajar plus minus okay la. kalau nak perfect, takdelah aku pi kursus sampai 6 bulan kan untuk tau macam mana nak ajar budak. hahaha.

mereka semua ni hero sanggam. macam-macam hal dorang buat. tapi semua pun cerdik.

anak murid siam yang asyik jadi translator untuk lagi 2 orang budak siam. haha.

praktikal di awal persekolahan sangat mencabar iman. kita kan baru lagi tak pernah ada pengalaman mengajar. teori banyak la dalam kepala tapi praktikal takde. budak-budak pulak majoriti 5 tahun yang tak pernah sekolah sebelum tu. jadi segala peraturan nak dicakapkan. itu boleh ini tak boleh dan sebagainya. sikap-sikap kerjasama, rajin, tolong orang, sabar dan sebagainya perlu dipupuk. yang nak memupuk tu yang menguji iman tu. 20 orang perlu diajar sifat-sifat tu. memang mencabar. overall okay!

kek rainbow with puding caramel. super sedap and murah wehhhh! 

majlis perpisahan. parents dorang ohsem. penduduk kampung pon ohsem. 

di samping menjalankan tugas wajib, adalah juga tugas tak wajib kat baling, kedah tu. antaranya pergi berjalan cuci-cuci mata di air terjun, pegi ke alor setar, sungai petani dan juga ke penang hill. sungguh bermanfaat 3 minggu di sana :)

*jasa baik penduduk di Baling, Kedah, guru Tabika Kampung Padang dan especially keluarga angkat takkan dilupakan sampai mati.

habis 3 minggu di Kedah, maka pulanglah semula ke pangkal jalan iaitu di PLK Kepala Batas, Pulau Pinang. maka bermulalah sesi print report, siapkan dinner, buat persembahan di sini. walaupun dah sampai ke penghujung, still macam-macam kena buat. orang kata selagi tak dapat sijil, selagi tu la ada je benda kena buat. ko sumpah seranah ke merungut ke still kena buat. kalau difikirkan balik, macam kelakar je weh.

bersama rakan-rakan bilik dan jugak jurulatih. last day hari convo. 

bersama rakan sekumpulan sepanjang di PLK Kepala Batas.

finally finished! yeayy!

untuk newbie yang bakal berkursus sebagai Pemaju Masyarakat di Tabika Kemas, ni sedikit info pada korang la. Pusat Latihan Kemas Kepala Batas ni memang best. pengetua dan jurulatih-jurulatih sangat best. korang just tanamkan dalam diri korang, jangan cipta masalah sebab masalah tu akan kembali pada korang balik. selain daripada tu, kat sana korang boleh dapat makanan yang sedap-sedap dan murah. korang boleh pergi ke pasar basah tak jauh daripada PLKKB tu untuk dapatkan makanan dan air yang sedap itu. untuk kemudahan lain seperti supermarket etc mudah je nak dapat. jangan risau okay. well, good luck then kalau dapat kat sana nanti. 

*start kursus 3 ogos 2015 hingga 22 Januari 2016.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
My Ping in TotalPing.com