Showing posts with label perkahwinan. Show all posts
Showing posts with label perkahwinan. Show all posts

Sunday, June 26, 2016

Girl's Talk: Kahwin.

Assalammualaikum. 
- Waalaikummussalam.

salam Ramadan buat semua umat Islam di dunia ni. semoga mendapat lebih barakah dalam bulan puasa kali ini. aamin.

hiks, bila cakap pasal kahwin. aku teringat pasal cerita Istanbul Aku Datang. mesti tertanya-tanyakan part mana yang aku teringat tu. part mana lagi kalau bukan bab excited nak kahwin. lols. excited nak bertunang, excited nak kahwin, memang perempuan sangat la kan bila bab bab macam ni. jangan kata kau tak excited bab-bab macam ni. *rolling eyes*


hakikatnya, aku sendiri mengaku bila tiba part kahwin memang aku excited. bukan excited part sulit ni. tapi excited part nak buat preparation. A-Z. seronok sangat. dalam pada seronok tu, pastinya ada kerut kerut kepala fikirkan tema, duit, dekat sape nak tempah, boleh percaya ke orang ni etc bla bla bla. benda tu yang membuatkan perempuan seronok actually. kalau ko tak caye, boleh je ko tengok blog Fatin Liyana bila cerita bab kahwin. aku dapat rasa keseronokkan dia tu. hahaha.

ok lets talk about the preparation. basically bila nak kahwin ni memang kena ada lah kan baju pengantin lelaki dan perempuan, khemah kenduri, makanan, goodies bag, dulang hantaran dan barangnya, photoghrapher, kad jemputan, makeup, dan lain lain dan lain. memang banyak benda dah ni bukan kata basic ni. hahaha. jom cerita bab baju kahwin.

1. baju nikah.
bab baju nikah, aku tempah kat akak Liyana Zainal. aku tempah ikut citarasa aku setelah terpengaruh tengok baju tunang Stacy. kah! so aku suruh akak tu buat baju aku ala-ala baju Stacy. cuma aku taknak leret-leret tu je. so simple jela kan. aku tempah baju nikah tu lelaki dan perempuan dengan harga rm888. baju melayu + dress nikah + tudung + vail. dan semua tu jadi kepunyaan sendiri. 


majlis nikah berlangsung tak lama kan, so aku rasa macam membazir kalau aku spend rm888 untuk sekali tu je pakainya. so aku dan husband decide untuk reuse baju nikah ni untuk kenduri sebelah husband. dengan cara menukarkan warna tudung dan baju melayu lelaki sahaja. so iniah hasilnya. tadaaaa, if muat lagi after kahwin, boleh buat baju raya. gittew.


2. baju sanding.
baju sanding aku sewa dekat butik pengantin sekitar kuala selangor. 1k for both lelaki dan perempuan. tapi itu sewa sahaja. bukan jadi hak milik selamanya. A-Z akak tu sediakan. aku tinggal pakai dan pulangkan semula je. wuuwuu. ada sedikit terkilan gak, tapi apakan daya. redha jela kan. janji selesai dengan baik dah cukup alhamdu lillah dah. heheh. btw, baju ni baju baru. aku mintak design dia punya kembang tu bila aku jalan, macam Cinderella. sebab ada satu dress contoh aku bagi kat dia tp malangnya tak dapat serupa macam dress contoh aku bagi tu. dia jadi macam baju nikah je. so macam emmm sama je macam baju nikah. baju nikah yelah aku taknak macam Cinderella. hahaha.



3. goodies bag.
part ni memang paling aku jimatkan. aku fikir mengenai sesuai ke tak untuk kanak2, untuk orang dewasa. bajet berapa etc. semuanya la kena fikir. so untuk goodies bag ni aku dapat satu beg rm1. beg, air kotak, biskut munchies, dan waffle. aku consider goodies bag aku tu sesuai untuk semua lingkungan umur tak kira tua muda. untuk goodies bag ni aku buat extra sebab kadang2 ada yang datang awal tak datang time kenduri just bagi duit je kan. adalah benda nak dibagikan sebagai ganti. gittew. tapi banyak gak balance. lebih tu aku bawak pi tabika bagi budak2 aku buat sarapan pagi cicah biskut ngan milo.

4. catering.
catering aku ambik ngan makcik aku. rm10 satu kepala. menunya simple je. nasi minyak, ayam masak merah, daging briyani, dalca, pajeri nanas, buah oren, bubur kacang, teh o panas, dan air sirap ais. untuk yang meja makan beradap, menunya udang goreng cucuk2, ikan siakap 3 rasa, ayam bakar blackpaper, fruits and salad. untuk makan beradap, semuanya di-charge rm300 termasuk hiasan.


alhamdu lillah rata-rata yang datang kenduri aku semua kata makannya sedap baik hidangan tetamu mahupun makan beradap. lebih pun tak banyak. buat makan malam tu jer lepas habis kenduri. hehe. settled part makan.

to be continued....

Monday, December 7, 2015

Bunga Tangan Pengantin Yang ideal Untuk Majlis Perkahwinan. (hand bouquet)

ok kita nak share antara bunga favourite yang simple dan menarik untuk korang jadikan guide line for hand bouquet for wedding korang nanti. for sure aku pilih roses with pastel colors la kan. hahaha. 




yang ni looked more natural dan penuh kedamaian.

kalau nak striking colors, boleh choose yang ini. cantik kan?

korang boleh google banyak lagi contoh-contoh hand bouquet atau bunga tangan untuk perkahwinan ni. yang ni kira dah lama dah aku simpan la dalam simpanan aku untuk aku sharekan dengan korang. by the way, good luck korang! ;)

Thursday, December 3, 2015

Kasut Kahwin Idaman. (Wedding Shoes)

wedding dress dah beauty, makeup dah beauty, shawl and veil dah beauty, kalau kasut tak beauty tak jadi jugak kan? so ni antara kasut wedding yang jadi idaman aku. nampak simple je kan. stick with my stance; less is more. hehehe.





antara sumber rujukan yang korang boleh dapat mengenai wedding shoes adalah Christy Ng dan Kate Mosella. korang boleh terus beli secara online ataupun walk in dan korang jugak boleh custom made kasut kesukaan korang ikut cita rasa sendiri. nak tinggi ke rendah ke boleh saja. tapi faham-faham jelah harga dia. agak mahal la kan.

kalau taknak keluarkan duit sebegitu banyak untuk kasut je, why not korang get ideas from there then cari kedai custom made shoes yang lain. much cheaper i guess. good luck everyone. 

Thursday, June 5, 2014

Girls Talk: Cara Pemakaian Tudung Bagi Pengantin Perempuan.

Hai semua!

hari ni saya nak share pasal cara pemakaian tudung untuk pengantin perempuan pulak. memandangkan cara pemakaian tudung sekarang pelik2, so saya nak share gambar2 pengantin bertudung yang saya rasa cara pemakaian dorang nampak simple, tak serabut and for sure lawa la kan. 


 



cara pemakaian tudung bawal dorang ni simple je. macam pegi pasar hari2 punya style. hikhik. bezanya kalau nak nampak elegant siket letak la veil kat atas kepala biar nampak meriah va va voom siket. bagi saya yang utama untuk pengantin adalah muka. muka berseri, tudung simple pun jadi je kan.

bagi yang suka berselendang pulak, rasanya lebih elok kalau guna material chiffon. basic shiffon tu ha. boleh je beli kat kedai kain mcm biasa then jahit sendiri. boleh adjust besar mana kita nak labuh tudung tuh. tapi tudung bawal sekarang pun banyak je style chiffon crepe. so kalau nak buat bahagian depan tu lebih mudah nampak wavy (ala2 langsir gitu) siket.




good luck everyone! ;)

p/s: sumber gambar daripada instagram, facebook dan google.

Monday, June 2, 2014

Girls Talk: Wedding Stamps

hello everyone! 

so malam ni nak share siket pasal wedding stamps. dah lama jugak la tau pasal wedding stamp ni tapi tak berkesempatan nak share ngan korang. tak tau la kot kot saya yang ketinggalan ke hape kan but still i want to share it.

wedding stamp ni sejenis cop mohor di mana korang boleh gunakannya untuk cop apa-apa je pasal wedding korang. contohnya: 
tag us on instgram 
#aiSyahswedding 
25032015 

something like that you know. this is just an example. boleh cop dekat goodies bag, wedding card atau kertas a4 ke dalam buku kira 555 ke. tak kesah la kat mana2 pun. hihihi.

yang menjadi tarikan hati ni adalah harga dia yang quite affordable yet saving. bayangkan just beli stamp and stamp ink. boleh guna rasanya setakat 200 goodies paper bag tu boleh la kan. kalau ink habis, boleh refill lagi. see! jimat kan? tak sampai rm100 pun untuk decorate goodies bag (yeke). kalau saya, saya nak paper bag yang kertas minyak tu je. hihi. classic.

sebelum tu, saya tau pasal wedding stamp ni daripada ikahwin.my and ikahwin.my sendiri yang menyediakan service wedding stamp ni. kalau korang order hari ni, stamp korang boleh siap dalam masa 3 hari bekerja. innshaaAllah. kalau korang nak order boleh KLIK SINI.




cer korang tengok. simple je kan? simple and nice gittew. selain daripada wedding stamp, ada gak dorang buat untuk raya stamp, business stamp and bla bla bla. boleh KLIK SINI kalau nak tau apa lagi service yang ikahwin.my sediakan untuk korang.


mengenai harga pulak. seperti yang saya dah cakap awal-awal tadi, harga dia sangat affordable. range harga dalam rm35 - rm55.  yang ini harga yang korang pilih design yang ikahwin.my dah sediakan. kalau korang nak design sendiri add charge rm5 je.


so boleh la korang cuci cuci mata nak pilih design apa untuk wedding stamp korang nanti. itupun kalau berkenan la. tak berkenan pun at least you get some ideas untuk wedding korang kan. boleh jugak KLIK SINI kalau nak usha design yang ohsem ohsem.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
My Ping in TotalPing.com