Saturday, October 1, 2016

#shortvacay with them.

hai semua. 

hari tu 3 ngan 4 september aku pegi shortvacay dengan kawan kawan aku. tak ramai. 5 orang je termasuk aku. destinasi kami ke Melaka yaw. sebab-sebab nak ke sana bukan apa. sebab nak bermalam kat Masbro Village tu je. so sambil-sambil bermalam di situ, pegilah jalan-jalan dekat area Melaka.

so kita orang bertolak ke Melaka dalam jam 10 pagi. kalau ikutkan, awal lagi tapi almaklumlah kan, banyak sangat kekangan pada pagi tu. yang penting sabar. kita orang terus exit ke bandaraya sebab nak jenjalan terus kat Jongker Walk. nak ambik-ambik gambar je actually. kalau nak pegi dia punya pasar memang malam la jawabnya.


sampai bandar Melaka dalam jam 1 lebih terus pegi makan dekat restauran Asam Pedas Selera Kampung. kalau makan asam pedas dia memang sedap. rasa macam kat rumah punya makan. tapi tak tau la kat rumah korang punya macam mana kan. kah! kalau makanan lain tu bagi aku biasa jelah. takdelah feeling "sedap giler weh!" kat kedai ni tengah hari memang ramai orang. tak boleh nak lepak2.


lepas makan, kita orang gerak ke jongker walk. ambik gambar kat rumah2 baba nyonya tu ha. cuaca memang panas. tapi demi bergambar ku tahankan jua. dah habis2 ambik gambar, kami terus gerak ke Masbro Village. masa on the way ke sana sempat gak singgah ke Pantai Tanjung Keling. the view not bad. quiet nice.

tiba kat Masbro Village dalam jam 3.30 petang. kat sini tempatnya cantik. tapi pengurusan dia agak cerewet siket. terlampau banyak peraturan. masa nak check in tu pon kena bayar lagi deposit rm100 untuk jadi cagaran. if masa nak check out korang rembat towel ke apa, rm100 takkan dipulangkan even though dah buat full payment. kemudahan dalam bilik, aku consider 80% lengkap. 

petang tu kita orang rehat2 dulu kat hotel sampai maghrib. lepas maghrib terus gerak pi aeon sebab nak makan cendol ABC kegemaran Raje. lepas tu pi makan kat kedai ayam bakar kalau tak silap. tapi tak sedap weh makanan yang lain. boleh makan ayam dia je. macam mana boleh jadi glamour kat google pon tak tau la. 

lepas makan apa lagi jenjalan kat jonker street ler. jalan sampai penat. sebelum tu tengok cruise. cantik. kalau nak fefeeling romantic ngan pasangan, boleh la lepak kat sini. habis penat jalan, kita orang balik ke hotel. tido time! 


esok pepaginya terus siap mandi swimming pool. hahaha! semangat kau. lepas solat subuh makan2 terus masuk kolam. aku kat kolam adalah dalam sejam. yang lain semua berendam lama2. macam tak sedarkan diri. lulz. lepas dah mandi, kita orang siap2 untuk check out. then pulang ke rumah seperti biasa.

*kolam nyer kalau nak mandi daripada 7 pagi sampai 7 petang je. malam dia tak bagi mandi.


p/s: kelakar masa dari KL nak balik ke Kuala Selangor. seribu sekali sekejap pasang voice note daripada Farahan bagi tau pasal jalan. kah!

Sunday, June 26, 2016

Girl's Talk: Kahwin.

Assalammualaikum. 
- Waalaikummussalam.

salam Ramadan buat semua umat Islam di dunia ni. semoga mendapat lebih barakah dalam bulan puasa kali ini. aamin.

hiks, bila cakap pasal kahwin. aku teringat pasal cerita Istanbul Aku Datang. mesti tertanya-tanyakan part mana yang aku teringat tu. part mana lagi kalau bukan bab excited nak kahwin. lols. excited nak bertunang, excited nak kahwin, memang perempuan sangat la kan bila bab bab macam ni. jangan kata kau tak excited bab-bab macam ni. *rolling eyes*


hakikatnya, aku sendiri mengaku bila tiba part kahwin memang aku excited. bukan excited part sulit ni. tapi excited part nak buat preparation. A-Z. seronok sangat. dalam pada seronok tu, pastinya ada kerut kerut kepala fikirkan tema, duit, dekat sape nak tempah, boleh percaya ke orang ni etc bla bla bla. benda tu yang membuatkan perempuan seronok actually. kalau ko tak caye, boleh je ko tengok blog Fatin Liyana bila cerita bab kahwin. aku dapat rasa keseronokkan dia tu. hahaha.

ok lets talk about the preparation. basically bila nak kahwin ni memang kena ada lah kan baju pengantin lelaki dan perempuan, khemah kenduri, makanan, goodies bag, dulang hantaran dan barangnya, photoghrapher, kad jemputan, makeup, dan lain lain dan lain. memang banyak benda dah ni bukan kata basic ni. hahaha. jom cerita bab baju kahwin.

1. baju nikah.
bab baju nikah, aku tempah kat akak Liyana Zainal. aku tempah ikut citarasa aku setelah terpengaruh tengok baju tunang Stacy. kah! so aku suruh akak tu buat baju aku ala-ala baju Stacy. cuma aku taknak leret-leret tu je. so simple jela kan. aku tempah baju nikah tu lelaki dan perempuan dengan harga rm888. baju melayu + dress nikah + tudung + vail. dan semua tu jadi kepunyaan sendiri. 


majlis nikah berlangsung tak lama kan, so aku rasa macam membazir kalau aku spend rm888 untuk sekali tu je pakainya. so aku dan husband decide untuk reuse baju nikah ni untuk kenduri sebelah husband. dengan cara menukarkan warna tudung dan baju melayu lelaki sahaja. so iniah hasilnya. tadaaaa, if muat lagi after kahwin, boleh buat baju raya. gittew.


2. baju sanding.
baju sanding aku sewa dekat butik pengantin sekitar kuala selangor. 1k for both lelaki dan perempuan. tapi itu sewa sahaja. bukan jadi hak milik selamanya. A-Z akak tu sediakan. aku tinggal pakai dan pulangkan semula je. wuuwuu. ada sedikit terkilan gak, tapi apakan daya. redha jela kan. janji selesai dengan baik dah cukup alhamdu lillah dah. heheh. btw, baju ni baju baru. aku mintak design dia punya kembang tu bila aku jalan, macam Cinderella. sebab ada satu dress contoh aku bagi kat dia tp malangnya tak dapat serupa macam dress contoh aku bagi tu. dia jadi macam baju nikah je. so macam emmm sama je macam baju nikah. baju nikah yelah aku taknak macam Cinderella. hahaha.



3. goodies bag.
part ni memang paling aku jimatkan. aku fikir mengenai sesuai ke tak untuk kanak2, untuk orang dewasa. bajet berapa etc. semuanya la kena fikir. so untuk goodies bag ni aku dapat satu beg rm1. beg, air kotak, biskut munchies, dan waffle. aku consider goodies bag aku tu sesuai untuk semua lingkungan umur tak kira tua muda. untuk goodies bag ni aku buat extra sebab kadang2 ada yang datang awal tak datang time kenduri just bagi duit je kan. adalah benda nak dibagikan sebagai ganti. gittew. tapi banyak gak balance. lebih tu aku bawak pi tabika bagi budak2 aku buat sarapan pagi cicah biskut ngan milo.

4. catering.
catering aku ambik ngan makcik aku. rm10 satu kepala. menunya simple je. nasi minyak, ayam masak merah, daging briyani, dalca, pajeri nanas, buah oren, bubur kacang, teh o panas, dan air sirap ais. untuk yang meja makan beradap, menunya udang goreng cucuk2, ikan siakap 3 rasa, ayam bakar blackpaper, fruits and salad. untuk makan beradap, semuanya di-charge rm300 termasuk hiasan.


alhamdu lillah rata-rata yang datang kenduri aku semua kata makannya sedap baik hidangan tetamu mahupun makan beradap. lebih pun tak banyak. buat makan malam tu jer lepas habis kenduri. hehe. settled part makan.

to be continued....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
My Ping in TotalPing.com