Showing posts with label green tea. Show all posts
Showing posts with label green tea. Show all posts

Wednesday, November 13, 2013

Kebaikan Teh Hijau atau Green Tea.

Assalamualaikum.

ohh rindunya dengan blog aku nih. hari-hari sign in tapi tak post apa2 entry pun. rasa sedih sangat la di situ. hal ini disebabkan ketiadaan idea yang bernas. yang ada hanya benda2 merepek yang sedia kala dikhaskan untuk twitter. haha. kalau nak tau apa aku merepek, sila ke Twitter saya.

lets talk about our health. eceh ceh ceh. bajet aku nih macam sihat sangat je kan. takpe. sharing is caring. aku mula amalkan green tea nih rasanya dalam bulan 8 kot. tak sure sangat yang pasti start bulan puasa hari tuh. agak lama jugak dan alhamdulillah masih maintain. hihi. 

kenapa aku amalkan? sebab aku susah sangat nak buang air besar. yeah that's my big problem. my habit, bila rasa nak membuang aku suka tahan. then lama kelamaan taik tuh pun susah dah nak keluar. jadilah sembelit. penyelesaiannya kenalah ambik green tea or cleanx tea untuk buang air besar. jenuh kan?


so aku amalkan dua jenis green tea. satu green tea biasa. satu lagi green tea for slimming. actually bukan slimming. aku panggil teh julap. haha. brand yang jadi pilihan aku adalah Clenx Tea yang duta dia si Dafi tuh. rasa dia macam biasalah rasa teh nak kurus sangat tuh. padahal sebelum nih aku tak suka rasa teh tuh tapi entah dah lali dah lidah nih. hihi. seminggu aku akan ambik teh nih 2 or 3 kali tuk cuci usus aku. untuk daily use, aku minum green tea brand BOH je. 

*harga cleanx tea pack besar rm56.90 harga green tea BOH rm7.90

kenapa perlu amalkan green tea? 

1. untuk buang segala toxin yang ada dalam badan kita. bila toxin kurang, jerawat pun tiada. makan kulit pun licin. tapi kalau aku malas, (means malas nak minum green tea, maka belambak la jerawat2 halus yang tak diundang).

2. dapat menurunkan berat badan. kalau ikut kata kevin zahri kalau kita amalkan green tea senang nak kurus sebabnya green tea mampu mempercepatkan pembakaran kalori dan untuk pengetahuan kalori untuk green tea 0 okay. 0kcal. hihi.


3. dapat mengelakkan kita daripada terkena penyakit hati dan stroke dengan cara merendahkan kadar kolestrol dalam badan kita. 

4. green tea juga mampu kasi kulit kita kekal anjal sebab kandungan antioxidant dalam green tea tuh sendiri tinggi dan green tea jugak mampu hindarkan kita daripada menghidap cancer. sebab antioxidant dia tinggi, so dia mampu protect segala cell dalam badan kita. 

antara fungsi utama aku amalkan green tea adalah aku susah nak buang air besar and bila pembuangan takde dalam sehari possibility nak dapat kulit tak licin tuh tinggi. that's why i need green tea everyday. selamat mencuba everybody :)

p/s: aku sekarang berminat nak beralih arah ke green tea brand Stevia. dah survey dah kat Guardian, macam best sebab dia rasa macam teh bunga. tapi yang nih macam teh biasa. tak berak2 pun kalau minum cuma berpeluh2 kuat siket. hihi.

*actually, green tea brand cleanx tea tuh boleh diulang2 untuk direndam. tapi aku, satu uncang sekali guna je. takde repeat. kalau uolls nak repeat, simpan uncang dalam tupperware letak dalam peti sejuk. then the next day boleh guna lagi. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
My Ping in TotalPing.com