Thursday, January 30, 2014

Tips Kecantikan: Cara Mengatasi Bibir Kering

Assalammualaikum semua.

so hari nih nak bagi tips siket macam mana nak mengatasi bibir kiring. aku tau pasal tips ni pun sebab lately bibir asyik kering je. mungkin sebab salah pakai lipstick kot. alkisahnya aku pernah beli lipstick brand NYX kat Sephora. sumpah best giler lipsticknya elok je bila kita pakai. tapi malangnya bad effect dia bibir aku kering tahap boleh kupas2 dah. sebelum2 ni, bibir aku okay je takde masalah kering melampau tapi semenjak tukar lipstick langsung jadi macam ni.

antara tipsnya adalah guna lip balm yang khas untuk treatment. untuk bibir aku, aku guna dua brand. satu Sebamed, satu lagi Mentholatum yang warna purple packing dia. ramai jugak customer dekat kedai guna brand Sebamed memang bagus hasilnya. untuk dapat resultnya dalam seminggu dua macam tu la. itupun still ada sisa sisa. kena rajin pakai ye. kalau aku, aku guna bila nak apply lipstick je. biar ada pelapik gituh.



kedua, sapukan sedikit madu dekat bibir. yang ni pun berkesan. aku selalu apply dua jam sekali kalau bibir betul2 dah kering. kalau tak berapa nak kering sangat malam je aku guna. yang ini lebih mudah kalau malas nak tadah bibir tu supaya tak terkena2 lidah ke, jilat je terus makan. hihihik. result dia lebih cepat berbanding lipbalm biasa. 3 4 hari dah boleh pulih bibir kering tu.

ketiga, guna scrub khas untuk bibir. benda ni boleh buat sendiri. ambil gula pasir, campurkan dengan madu atau olive oil. kalau nak pekat, letak madu atau olive oil siket je supaya gula tu nnt bila kita sapu kat bibir tak sepah2. kalau nak pink kan bibir, boleh letak extract rose. bunga ros tu petals dia blend kan aje. then campur sekali dalam bancuhan tadi. sebelum aku jumpa orang yang jual scrub bibir, aku buat sendiri je guna gula dengan madu. best manis je rasa. barulah senyum pun manis. hihik.

rasanya scrub bibir kat Sephora pun ada jual. tak silap harganya around rm60 kot. mahal kan? kalau nak beli yang online punya boleh check it out kat alynbeautycare. selamat mencuba uolls. 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
My Ping in TotalPing.com