Sunday, November 26, 2017

My First Ride

Hai semua.

Semalam suami aku tanya 
"yang, boleh tak esok abg nak ride dgn budak RS pi teluk batik?"
Laju je aku reply sebab tengah sibuk update story kat whatsapp
"Boleh. In return if saya nak pi rombongan ngan kengkawan saya, awak boleh izinkan"
"Tapi awak punya tu kena bermalam tu yang susah tu 😘"
"Awak nak menginap pun saya takde masalah"
"Abg yang masalah tak nampak kamu satu malam"
"😆😆😆"
"Hadutyaiii. Apa kata Rafiq hantar rumah cikros, awak ikut saya pi teluk batik"
"Alasan taknak bg saya pi rombongan ngan kengkawan lettew 😆"

Maka hasil perbincangan di atas, aku pun ikutlah suami aku ride ke teluk batik. Tapi Rafiq aku tak hantar pun kat Cik Ros (pengasuh Rafiq). Kita orang minta tolong Ummu jagakan Rafiq kat rumah. Settle bab anak.

Maka hari ni pepagi aku bangun masak nasi, masak sup sayur, goreng ikan untuk makan anak dan anak2 buah aku kat rumah. Jam 8 explain kat Ummu hal hal Rafiq terus gerak. Suami yang excited. Aku biasa je.

Aku tak suka pakai helmet sebab tudung aku akan rosak. Tak on point. Tapi ni kan nak travel jauh bukan nk pegi speedmart. By hook or by crook aku kena rosakkan tudung untuk selesa atas moto. Supaya angin tak tolak kuat sangat. Sat lagi tercicir pulak badak tengah jalan.


So, jam 8.15 macam tu gerak ramai-ramai. Aku tak kenal pun dorang2 tu. Nasib la dalam reramai tu ada sorang ni bawak wife dia. Ada geng. Unfortunately, dia pun kerja prasekolah. Haha. Banyaklah cerita kami. Maklumla kalau cikgu2 bercerita.

Bermulalah perjalanan aku ke teluk batik naik motor. Sejarah aku ni selama 25 tahun hidup paling jauh naik moto pegi kedai pak manap je. Ni teluk batik. Dalam kepala aku habisla pinggang aku ni. Cramp la kaki ni.


Sumpah weh moto RS seat dia kalau standard kematu punggung. Duk alih sini alih sana. Sama gak 😭 on the road suami tanya ok ke tak. Aku jawab bosan sbb takde radio. Sekali ada brader RS bawak moto guna speaker dgr radio. Suami kata tu lagu. 🙄

Sampai je kat D'Warisan kedai makan, first thing aku buat cari toilet untuk betulkan tudung aku. Selesai, baru makan. Siap makan, ke toilet semula pakai lipstick. Kalau aku berdua je ngan suami aku tenyeh je kat meja makan tu. Then sampai kat tepi pantai. Ingatkan dorang nak mandi, rupanya saje lepak2 tambah dosa ngumpat.


Dalam pada tu sempat gak la aku makan ice cream roti. Haha. Tiba time balik, ya Allah. Hujan rahmat pun turun ke bumi. Kita orang singgah ke lumut kat lumut tu la hujan lebat. Lebat sangat. Tunggu reda. Dalam pada tunggu sempat beli ikan bilis setengah kilo rm40. Mahal betul rasa.

Hujan reda siket. Kita orang decide untuk redah je. Kata suami kat sana langit cerah means otw balik hujan takde la dah. MasyaAllah sepanjang balik dari lumut ke tanjong karang, hujan selebat lebatnya. Sejuk namateyyy! Tak pernah aku ride dalam hujan sebegitu.

Masa isi minyak, aku cakap
"Sejuk giler!"
"Ko kan nak sejuk macam genting highland, abang bawakkan la ni"
"Ini sejuk nak bg aku sakit"
"Hahahaha"

Masa isi minyak ni hujan mcm dah benti, tak dan 5 minit sampai daerah lain hujan lagi. 😂 benti kedai makan kat sekinchan pun pelik orang tengok kami. Lenjun kesejukkan. Dah tu sempat singgah pasar malam beli makanan kat tanjong karang. Bertambah kepelikan orang tengok kami. Hahaha.


For me, ride ni bestnya pada rider. Dia yg rasa sedap ke tak motor tu. Aku sebagai penumpang ni rasa boring. Sebab aku boleh fikir untuk 2018 aku nak ajar apa kat sekolah nnt. Dah tu punggung lenguh and everything lenguh. Kalau suami naik motor besar yang mcm bmw tu boleh la aku ikut selalu. Nak ke krabi pun takde hal la bro. Hihi. Hanya yang betul2 minat je boleh follow semua ni.

Sekian.

Tuesday, January 17, 2017

Sweet Moment: I'm Pregnant!

Entry ni memang aku karang khas untuk journey aku sepanjang mengandung anak first. 

Well said, aku kahwin 25 march 2016. Before kahwin memang aku plan nak ada anak secepat yang mungkin. Aku selalu doa untuk ini. Start je aku jadi tunang orang pada 25 september 2015, aku dah calculate aku punya waktu subur setiap bulan. Bahaha. Macam mana aku kira, aku just guna period calender. Setiap kali datang bulan, aku tick date dia and application tu akan bagi tau bila waktu subur. Ngam pulak masa aku pilih tarikh nikah, aku baru je habis period. So aku tawakkal jelah. Dengan izin Allah ada lah tu rezeki aku. InnshaaAllah. 


Then next month, tetiba period aku tak tiba2. Lewat dua minggu. Before that aku demam. Demam sungguh. Bukan demam batuk or selsema. Dah habis aku demam, suami pulak demam. Mak aku kata, ko ni agaknya berbadan dua kot. Aku pun macam haaa betul ke? Dengan sangat terujanya (cewah) aku beli pregnancy test. Jenuh la baca cara2 nak guna macam mana. Al maklumlah takut salah guna nanti tester tu invalid terus. Kan dah rugi. Esok paginya bangun je tido cepat2 test air kencing. Masa tu still tak sure ngandung ke tak. Sebabnya supposely ada dua line clear kan, tapi aku punya satu clear, satu lagi kabur2. Tapi berat hati kata aku pregnant. Subuh tu bangunkan suami cakap, abang saya rasa saya pregnant. Nampak excited muka dia pepagi buta time tu. Then, nak double confirm kita orang pegi ke klinik berdekatan dan doktor sahkan aku pregnant. Alhamdu lillah. Rezeki yang tak sangka2 datang. 


Sepanjang 9 bulan aku mengandung, alhamdu lillah lagi sekali langsung takde alahan, muntah2, yang pelik2 tu semua takde. Macam normal je semuanya. Makanan pun aku bedal je apa aku nak makan. Takde permintaan yang pelik2. Tapi satu benda je yang aku suka sepanjang pregnant. Berjalan. Sangat suka sampai susah nak lekat dekat rumah. Hihiks. Yang ni agak merisaukan suami la jugak. Tapi apakan daya jalan tetap jalan. 

Mengenai emosi, memang betul orang kata emosi orang mengandung ni sangat sensitif. Tapi kalau part aku dia sensitif ikut bulan. Kekadang tu happy je memanjang. Tiba part nak sensitif tu karang, mula lah sensitif je. Kekadang sampai dalam kereta tengah drive nak pegi ke tabika pon aku boleh nangis. Nangis tu kadang fikir kisah hidup orang je pun. Kalau kisah hidup aku tentu2 nangis dah. Pelik tapi benar. Alhamdu lillah suami sangat penyabar bila aku buat perangai. 


Start baby 7 bulan, aku dah mula beli siket2 barang-barang baby. Baju2 tu siket jelah aku beli sebab orang kata baby ni cepat membesar. So aku beli baju new born dalam 4-5 helai then lebihnya semua extra size. Selainnya macam breast pump, set berpantang, set botol susu, set mandian baby aku beli lah siap2. Banyak gak modal habis beli benda2 ni semua. Tapi alah membeli menang memakai. Gittew. Pentingnya kumpul duit aje. Hahaha. 

Aku dan suami ni first time nak jadi parents, so aku banyak la research pasal penjagaan budak. Tanya orang yang dah berpengalaman macam mana itu ini pasal baby. Sepanjang mengandung ni banyak la teori yang dipelajari. Tinggal nak praktikal je nanti. Tak tau la boleh ke tidak kami ni. Dah la aku ni jarang pegang baby, suami pon begitu. So tawakkal sahaja pada yang esa. InnshaaAllah pasti boleh punya. 

Ada part sedih time aku pregnant ni, aku kehilangan mak aku 12 ogos 2016 yang lalu. Serius aku langsung tak expect pun mak aku akan pergi buat selamanya. Sebab selalu kalau mak sakit, hantar pi hospital dalam 3 4 hari akan pulih. Tapi apakan daya, Allah lebih sayangkan mak. Jadilah aku anak yatim piatu. Huhu. Cantik kan percaturan Allah tu. lepas kahwin, baru mak pergi. Mampu menumpang kasih dengan keluarga suami sahaja. Hihiks.


And paling happy, tepat jam 9.04pm hari ahad, 18 december 2016 aku telah lahirkan seorang anak lelaki secara normal. (Berat 3.05kg) 

Ok, continue next entry pulak ye.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
My Ping in TotalPing.com