Thursday, December 30, 2010

kejor yop kejor.

berita panas sekarang nih BOLA SEPAK. kalau kat indon panggil SEPAK BOLA. yeahh!! tahniah kepada pasukan bola sepak Malaysia kerana telah merangkul pingat emas. tepuk laa tangan. duk baca lagi buat apa. hahaha.

aku nak cerita nih kat facebook, kan ada page I hate Indonesia, I love Malaysia. tengok lah page tuh. hehe. kalau orang Malaysia yang fanatic tuh mesti like page tuh. tapi aku tak like pun. alahh common laa kita orang Malaysia yang cerdik pandai nak ikut bodoh cam dorang tuh buat apa. itu semua membangkitkan kemarahan setiap individu jer.

kita yang ada akal nih, tak payah lah terjerumus sama macam dorang yang suka menimbulkan pergaduhan tuh. nak benci Indonesia tuh buat apa? apa faedahnya? lagu-lagu indon dengar jugak. mee sedap makan jugak. asal usul pun daripada indon jugak. tak perlulah nak buat page2 sebegini. takde jugak penyelesaian tuh nak benci membenci nih.

common lah ni hanya perlawanan bola sepak ok. tak ada nak menjejaskan ekonomi negara pun. kerajaan indonesia pun dah ambik tindakan yang sewajarnya dah. 10,000 ribu anggota polis, askar, lagi satu apa entah digunakan untuk jaga stadium tadi. see, takde pun main2 laser baling2 mercun. at least keadaan terkawal. so, kita tak perlu nak bergaduh-gaduh atau berperang siber nih.

apa-apa pun, kita rakyat Malaysia harus menyokong sukan negara kita sendiri asalkan tidak timbul unsur pergaduhan antara mana-mana pihak. yang penting Malaysia Menang. Alhamdulillah syukur. berdebar jantung aku tengok tadi tau. hehehe.

p/s : Jumaat nih cuti umum dan hari nih pakai baju warna biru tanda sokongan kepada pasukan bola sepak Malaysia.

Sunday, December 26, 2010

serba salah nak text or call.

*entry kali nih agak sentimental. harap maklum.


pernah tak korang rasa tertunggu tunggu call daripada orang yang tersayang atau orang terbenci atau best fren. ah sape2 jelah. pernah tak? hahaha. sengsara bukan. well, selalunya memang camtuh. ye ar nak jimat kredit mestilah tunggu orang jer yang call kan. kadang kadang tuh sampai tertido pegang fon nih punye nak tunggu orang call. haiishh rasa bangang pun ada gak. 

sebenarnya benda benda camnih berlaku pada perempuan jer. aku rasa. tak tau ar ada gak laki yang karat karat pun rasa macam ni jugak ke kan. hahaha funny. pendapat aku ok. kita yang gegirl nih sebenarnya nak je call orang tuh. tapi selalunya laa dalam otak kita mesti kata 'eh tak ganggu dia ke? entah2 dia tengah berak cam mana? nanti dia marah aku la' mesti punyer. betul tak? bukannya kita takde kredit nak call dia tapi tulah sebab selalu sangat ayat2 macam tadi merempit kat fikiran tu pasal tak jadi nak call orang tuh.


serupa jugak dengan message. serba salah wa cakap lu. bila nak text tuh, mula ar eh nanti dia kata aku nih gatal lebih lebih pulak selalu message dia. minah nih apahal takde tau masa ke nak message2 orang. selalu memang camtuh. jawabnya tak bermessage lah. tetap gak dia menanti message sang pria pujangga. yeahhh!

selalunya jugak benda nih terjadi time perempuan yang tengah hangat berkasih kasih sayang, tengah berangau angau. kamu tak usah ler nak menipu teman. teman tau sumenya. so, pada lelaki jangan la ingat orang perempuan tak ingat kat kamu. perempuan ni sentiasa ingat kat kamu. hahaha.

p/s : aku rasa macam tak percaya aku buat entry macam nih. oh God.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
My Ping in TotalPing.com