Sunday, December 11, 2011

Nokia E6

Assalamualaikum.

ok i decided. i want Nokia E6. hikhik. abang aku EG, suggest E5 kalau nak murah, dan semua ada. tapi bila aku fikir balik baik ambik E6. harga dia memang ada beza banyak siket lah. E5 dalam RM550++. E6 harganya dalam RM760++. walaupun harga dia mahal banyak, tapi perbezaan dia pun banyak. 

beza dia dari segi macam camera E5 5 pixel, E6 8 pixel. beza-beza macam tuh jer. then ada banyak lagi lah spect yang menyebabkan aku dah tak senang duduk dengan E6 nih. haa ada satu lagi sebab yang kukuh iaitu ketahan batery dia. mostly, model nokia E batery dia tahan. aku kan malas nak charge handphone. so, kalau setakat biar camtuh je dalam 3 hari pun tahan.

pasal macam mana aku nak cekur duit untuk  beli phone, aku dah fikirkan. dah cai habis dah. insyaAllah jangka masa aku nak beli tuh tepat. hikhik. lagi satu, ada gak kawan2 aku soh aku mintak duit kat mak abah aku untuk beli handphone. for your information, duit yang abah aku selalu bagi aku beli makanan. itu yang abah aku pesan. aku rasa sangat bersalah untuk guna duit yang dia bagi dengan membeli benda-benda lain.

so, duit yang aku akan beli phone nih, duit yang aku simpan dan duit yang aku cari sendiri :)
meh klik link nih untuk info pasal Nokia E6. http://www.gsmarena.com/nokia_e6-3717.php

Saturday, December 10, 2011

BlackBerry vs. Nokia.

Assalamualaikum.

rasa macam lama sangat dah tak update blog. #ehyeke? 
entry yang nih, aku nak cerita pasal handphone. aku nak tukar handphone weh. masalahnya aku tak tau nak tukar kepada handphone apa. jenoh dah aku fikir. tetap tak dapat idea nak handphone apa. mungkin terlampau banyak pilihan yang ada sampai aku pun confuse sendiri. 

aku nak tukar handphone bukan sebab nak show off ke apa. tapi handphone aku yang nih dah macam mintak penampo banyak kali. hari ke hari dia membuat hal. lepas ini, ini. lepas itu, itu. sedih aku. kot ye pun, sabar la tunggu tahun depan. handphone aku nih dah tak kuat tarik line. bayangkan, masuk je kelas emergency call. nak kena off hp tuh banyak kali baru ada line balik.

bukan tuh je, kalau guna camera, sekali ko ambik gambar pastuh dia terus close application camera tuh. then, kena restart balik. screen dia, dah ada line kat bahagian atas. hari demi hari, menjadi semakin lebar. button no 7 kena tekan lebih 10 kali baru nak keluar nombor 7. itu baru setakat hari nih la. esok2 aku tak tau apa jadi lak. kalau nak jadi pun, tunggu la dalam bulan 2 atau 3. jangan sekarang.

aku kalau tukar handphone, aku nak yang ada camera yang cantik, sound yang best, Wi-Fi, dan GPS. dalam otak aku hanya ada brand Nokia dan BlackBerry. aku taknak pakai SonyEricsson sebab dia takde quality. i mean, handphone dia nih sangat sensitive. jatuh siket, camera dah tak sharp dah. jatuh banyak kali, jadilah mcm handphone aku sekarang. awal tahun baru cina nih, genaplah 3 tahun aku guna SonyEricsson K770i. 

jadi aku nak mintak pendapat korang kalau korang tau la kan. apa handphone yang bagus dan tahan lama. sebagai seorang student, aku hanya boleh spend duit untuk handphone yang harganya RM500-RM700. so, bagi lah aku model-model apa yang bagus dan harganya sebegitu. yang paling penting ada GPS ok. hikhik.

aku macam dah tersuka dengan Nokia E6 nih la pulak.

p/s : aku prefer Nokia kot.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
My Ping in TotalPing.com