Tuesday, December 14, 2010

Tupperware.

Semalam, time aku tengah sibuk melayan facebook, tiba2 mak aku masuk bilik aku sambil buat bunyi orang yang tengah pedas ‘arhh ssss..ssss arhh’ macam tu ar bunyi nyer. Aku pun cam pelik apa hal lak begitu bunyi nyer kan. Terus aku toleh ke kiri tengok mak aku. Rupanya dia tengah pegang cili merah. Dia nak kasi kat aku cili tuh.

Aku pun terus ketawa tengok mak camtuh. Mak mmg suka wat lawak ngan aku. Nak tau bagai mana rupa cili tuh? Ha tengok la gambarnya.

ni lah cilinya. 

Lepas aku ketawa, mak pun cakap ‘ko kan dah ada bawang putih, tambah la cili. Baru ada rasa pedas siket’ seyes, mak aku betul2 buat muka seyes seolah2 dia cam soh aku masak. Nak masak apa pulak tengah2 malam tuh kan. Haishh.

Aku ingat nak register member card Tupperware la. Mana tau aku leh jual nanti bila dah besar. Haha kawan2 aku dah kahwin nanti, boleh la aku jual kat depa. Fuhhh! Boleh maju. Harga kawan dapat diskaun lebih.

p/s : mak gua cakap ‘ko nak tupperware2 tuh ambik la. Bukan leh bawak kubur pun. Tu ha kat rumah depan tuh pn banyak lagi mak punyer. Ambik la’ sem 2, penuh Tupperware dalam bilik :)

*mak gua pun dah sediakan tupperware untuk masak maggie, untuk makan nasi, untuk minum air sejuk, untuk minum air panas, untuk simpan biskut, untuk simpan gula. gilerr!

Part 3 (junior besar)

Iklil. Sumpah dia nih giler. tapi kan first2 aku tau dia nih budak semenanjung, giler sombong. dah tuh an cam dak sengal tau. sebabnya orang tanya sepatah, sepatah jawabnya. and muka dia pun cam takut nih. thats why la aku kata dia nih cam sengal. aku start rapat ngan dia pun sebab fiza. yelah fiza kan satu kelas dengan dia.

bila dah lama2 kenal rupanya giler weh. aku tak penah tengok orang cam dia nih. slumber gaban betul. masuk bilik aku, suka hati dia je apa yg dia nak buat. takpe itu aku tak kesah. yang dia tau gi one b, CP, pastuh main UNO. itu dia tau ar. hahaha.

aku kata dia sombong, dia pun kata aku sombong. ngam la tuh. haha bilik sebelah2 tapi dah nak dekat habis sem baru rapat. tak ke mangkuk namanya tuh. benda yang paling aku suka ketawa dia ar. nampak diam, sekali ketawa tokojut den.

Sandra reena. hurm, dia ni mula2 aku kenal time first kelas la. time kelas BEL. perhh dengan muka dia yang agak belagak time tuh pastuh speaking berhabuk + berdebu lagi. memang sah2 aku cakap 'boleh tahan lak minah ni' hahaha. aku tak bape rapat dengan dia nih sangat sebab aku ni susah nak rapat dengan orang sesuka hati. rasanya aku rapat dengan dia sebab dia satu kelas je kot.

tapi sekarang tidak lagi. nehi nehi. rapat jugak la dah ngan dia ni. dah nak habis sem hari tuh, selalu kuar ngan dia. sangat sempoi dia nih. open! i like :)

Adi Ismail. ermm aku kenal dia time form 3 kot. eh entah tak ingat rasanya camtuh ar. itupun Raja yang kenalkan. tanggapan pertama bila tengok dia. 'kerek tul mamat nih. membajet' itu la yang terlintas. mana aku tak kata kerek. jalan sebelah2 punyer men sombong muka dia. rasa nak lepang jer. rasa je ar. takdela aku lempang dia.

rasanya aku start rapat ngan dia bila eh? erm form5 kot. ha yelah. itupun sebab sebab macam2 sebab ada. malas nak citer. tapi itu arh. dah la kuat ngutuk orang. menyakat tak habis2. itu ar dia. tak sangka lak dengan muka dia yg kerek tuh, tiba2 jadi baik pulak. hahaha 

p/s : itu sahaja daripada saya. hehe :p
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
My Ping in TotalPing.com