Friday, November 30, 2012

Istanbul Aku Datang Full Download

Assalamualaikum.

cute kan? hehehe.

siapa dah tengok movie Istanbul Aku Datang nih? cepat angkat kaki. cepat cepat. aku pun belum lagi tengok movie nih. apa yang pasti ramai kata movie nih best. harapnya lah kan. so, aku nak share ngan korang link untuk korang download movie nih. yang pasti kan, Lisa sangat cute dalam movie nih. mak aku kata dia over acting. tapi aku rasa cute sangat. 

boleh KLIK ISTANBUL AKU DATANG untuk download movie.


KLIK SINI untuk tau sinopsis okay.

p/s : nak lagi banyak movie movie terkini, List Movies.

dulu BB Cream, kini CC Cream pulak.

Assalamualaikum.

kita selalu dengar pasal BB cream kan? aku pun dah 3 kali post entry pasal BB Cream. korang boleh baca dekat sini kalau nak tau apa aku merepek pasal BB Cream.


sekarang nih aku nak cerita pasal CC Cream pulak. CC Cream nih adek beradek dengan BB Cream cuma CC Cream more advance lah. besides, CC Cream nih mampu meng-cover-kan kulit anda dengan lebih bagus compare to BB Cream. yang aku cakap nih CC Cream by Rachel K. tak silap aku CC Cream nih 10 in 1. 

kalau korang nak lebih kepastian, boleh lah terus ke facebook page dia Rachel K. harga dia sekarang dekat guardian hanya RM39 after less 15%. kira murah lah kan? ok kat bawah nih gambar before and after guna CC Cream Rachel K.

boleh klik gambar untuk tumbesaran

haa nampak tak keberkesanan dia? wuhuuu. nampak gayanya macam best jer produk CC Cream nih. sebelum aku terlupa, kalau korang taknak membazir beli takut tak sesuai ke hape, then korang nak try dulu sample dia, boleh KLIK SINI untuk dapatkan sample dia.

untuk pengetahuan lebih mendalam or korang dah jatuh cinta dengan CC Cream by Rachel K nih, boleh lah KLIK SINI.

Thursday, November 29, 2012

Rutin Cuti Semester.

Assalamualaikum.

semalam aku dengan kawan kawan kuala aku buat majlis. meriah giler majlis kita orang semalam. walaupun hanya kita kita aje yang ada, majlis tetap meriah. ramai jugak budak budak yang datang. tak kira kaum yang datang. ada Cina, India semua pun datang. yang tak datang semalam hanya orang Sabah Sarawak je. alhamdulillah syukur sebab majlis kita orang still berjaya. semua pun rasa happy.

lepas je habis majlis, kita orang ada buat makan makan. simple jer. kita orang buat makan makan kat KFC. siapa yang nak makan tuh makan lah. taknak makan boleh tengok je orang makan. how nice we are. belanja KFC semua. kita orang tak kedekut malah baik hati lagi tau. hehehe. next time uolls readers, boleh join dengan kita orang buat majlis k.

memang majlis lah sangat kan Aisyah. hahaha. okay back to reality. semalam aku dan kawan aku dekat kuala selangor pegi main bowling dan lepak lepak dekat KFC makan. kita orang main bowling pakai baju kurung okay. and of course like usual Aisyah lah yang menang. aku tak tau apa ilmu yang Aisyah guna sampai dia boleh menang selalu setiap kali main bowling. HAHAHA. dalam pada masa kita orang main bowling and makan2 ada lah 2 3 keping gambar kita orang ambik. 

dari kiri, farahan, atikah akhir, aisyah, raje, anis, atikah mahfud

nih lah Aisyah yang selalu sangat menang tuh. benci !

dari kiri, atikah akhir, farahan, anis, atikah mahfud, hafiza

tak perlu dah nak kenalkan lagi.

lepas seronok seronok berjimba main bowling. tetiba je wujud gambo nih. hehehe.


semua seronok semalam. ketawa tak henti henti sampai achi kat tesco tuh daring daring dah. ado den kesah? aku paling ingat cara Raje perli aku. "aku ingat ko nak datang dengan dorang semua. kenapa tak datang kul 3 je?" cara Raje puji aku pun aku ingat "eee cantik baju kau. baju tidur" sweet giler cara kita orang puji memuji tau. belum lagi cara Atikah Akhir. lagi sweet. haha

KFC Multigrain

Assalamualaikum.


hey penggemar KFC! jom lah try Multigrain. hanya ada pada waktu pagi je tau. Multigrain nih masih baru. kiranya makan Multigrain nih dah complete lah. maksudnya boleh kenyang lah sampai tengah hari. dalam burger tuh ada crispy chicken, scrambled egg, mayonnaise and fresh letuce. dekat atas bun tuh pulak ada macam bijiran. haa, kira complete lah tuh kan kalau makan untuk sarapan kita. 

bukan sekadar multigrain je yang KFC sediakan untuk breakfast. ada banyak lagi menu yang best best. lebih ohsem daripada McD uolls. hehehe.

korang boleh KLIK SINI kalau nak tau menu breakfast KFC yang lebih sedap daripada Multigrain nih.

Cheesy7 Pizza Hut

Assalamualaikum

siapa kat sini suka giler makan pizza hut? angkat tangan. ohh satu pun aku tak nampak. pernah makan Cheesy 7 Pops Tempura Prawn Pizza from Pizza Hut? (hambek kau bukan main panjang nama dia) sekarang nih pizza ada bagi promotion tau.

kalau beli yang cheesy 7 pops tempura prawn pizza boleh dapat discount 50%. makan sampai muntah okay sebab pizza hut bagi discount sampai 50%. nak dapatkan discount? KLIK SINI


uolls semua jangan lupa kay beli pizza hari nih. pasti menyesal kalau tak try. wuhuuu.

p/s : pizza hut ada bagi banyak lagi tawaran hebat dekat SINI dan SINI.

Tuesday, November 27, 2012

Aishop Online Shopping Mall.

Assalamualaikum.

aku nak share something kat korang lagi mengenai kedai plus size Aishop nih. aku tak tau lah kenapa before this aku tak pernah pun terjumpa website nih. sangat lah rugi tauuu! ok excited sangat nak cerita nih. 

korang nak tau apa yang best pasal Aishop Online Shopping Mall nih? kalau aku, for sure lah ada banyak pilihan untuk plus size. heheh. ada banyak tau pilihan yang Aishop bagi. baju baju dia cute. mostly style bat wing. memang sesuai lah kan dengan orang plus size kan. yang paling seronok sekali, dia ada sediakan category untuk medium plus size dan jugak plus size.

kalau korang perasan plus size online shopping yang lain selalu jual untuk plus size yang from 4XL up to 6XL. so, kalau yang badan macam aku nih tak sesuai lah kan. aku paling habis besar pun 3XL je. itu pun jarang lahh aku beli size begitu. so, dekat Aishop nih ada banyak pilihan untuk size XL up to 3XL. 

kalau guna dengan cardigan hitam sangat lah cute. aku nak beli yang nih!

mengenai harga. semestinya kalau baju or seluar senang cerita pakaian lah kan untuk orang plus size nih memang mahal. kalau dibagi rm200 baru dapat 3 helai baju. aku tak tipu. tapi, kalau shopping dekat Aishop nih, sure dapat 4 5 helai baju tau. for me, Aishop menawarkan harga yang murah compare to other Plus Size online shop. 

Aishop jugak bukan je jual baju untuk Plus Size, tapi ada jugak untuk lelaki, untuk kids, handbags, untuk kecantikan macam contact lens, skin care, and cosmetic. kasut pun Aishop ada jual tau! senang cerita korang tak payah nak susah jalan pegi mall sakit kaki tuh. duduk depan laptop, scroll semuanya kat dalam Aishop nih.

untuk pengetahuan lagi, kalau korang jadi member dia, korang boleh dapat discount ikut category. ini dia punya percent discount dia.
5% (Bronze Member)
10% (Gold Member)
15% (Diamond Member)
20% (Platinum Member)


dua dua pun cute! yang nih pun aku nak beli jugak. hik hik.

Aishop bukan sahaja untuk orang Malaysia tau. Singapore, Australia and other countries pun boleh beli. international shipping tuh.. so, korang tak perlu nak ragu ragu untuk beli kat Aishop nih. haaa, kalau nak tau lagi kalau korang beli lebih daripada RM60, dapat free shipping. tak perlu nak bayar lebih2. heheh. so, kalau nak grab barang dari Aishop make sure lah lebih daripada RM60 okay. 

kalau korang nak tau mengenai barang tuh okay ke tak, korang boleh depends pada rating star yang Aishop sediakan. tak pun boleh tengok kat testimoni dia. Aishop ada sediakan semua tuh. yang paling penting, Aishop bagi jaminan 100% pemulangan tau. kalau ada kerosakan ke salah hantar ke apa, boleh contact terus ke Aishop.
yang pastinya, Aishop bukan sahaja untuk plus size, tapi untuk orang kurus jugak. banyak dress  lawa lawa kot. so, apa tunggu lagi? jom ramai ramai beli kat Aishop. jom jom.

p/s : korang boleh klik dekat setiap perkataan Aishop untuk ke websitenya terus. happy shopping everyone! :)

*nak lebih banyak online shopping, klik SINI.

Monday, November 26, 2012

Where the Money Drop.

Assalamaualaikum.

hari sabtu hari tuh ada satu pasangan bawak balik RM420,000 hasil dorang melabur dalam RM1,000,000 Money Drop. dua dua lelaki. sorang Faizal sorang lagi Shawn (tak tau lah ejaan betul ke tak). aku follow episod RM1,000,000 Money Drop yang ditayankan di Astro Ria setiap hari Sabtu dan Ahad jam 10 malam. kat channel 134 pun ada HD punya.


banyak pasangan yang kerek kerek aku doakan kalah. hahahah. jahat kan aku? tapi tidak pada dorang. sebab gaya dorang dua main gamble giler kot and yang paling best confident dorang sangat tinggi. kalau aku yang main, alamatnya bungkus lah balik rumah. no confident. eh macam betul macam salah. see, hasil confident dorang, dorang dapat bawak balik 420k tau. kayo kayo. setakat nih dorang lah paling tinggi yang dapat bawak balik duit daripada game nih.

untuk pengetahuan, korang boleh jugak main secara online. nilainya tetap sama RM1 juta. kalau korang nak sertai boleh pergi ke www.astro.com.my/moneydropmy. seriously best lah kan main game nih dapat banyak info.

korang hanya boleh main online ketika rancangan dorang start means hari sabtu ahad jam 10 sampai 11 malam je korang boleh main online.  apa lagi? moh ler try. good luck :)

p/s : kalau nak main lebih banyak game online boleh klik SINI.

Rutin Harian.

Assalamualaikum.

rasanya dah cukup sebulan dah aku bercuti. ada lagi 3 bulan lebih lagi mungkin. hehe. sesungguhnya memang boring duduk rumah takde nak buat apa. sangat tipu lah kan aku kata takde benda nak buat. maksud aku kerja yang out door tuh takde. yang perlukan aku keluar sana sini tuh tak ada. 24/7 duduk rumah jer. kalau keluar pun rasanya tak perlu nak bersiap. macam mana aku kat rumah, macam tu jugak aku keluar. pegi kedai je pun kan. 

rutin harian aku macam nih lah. bangun je tidur kemas rumah. kalau perlu masak aku masak. sebabnya kadang2 beli jer lauk kat rumah. lepas tuh tengok tv. petang siket main komputer online sampai malam. sambil sambil tuh fikir nak update apa kat blog. itu jelah aku punya kerja kat rumah nih. kalau petang macam jam 5 tuh keluar lah sekejap kat halaman rumah tengok2 ayam. itupun kalau aku nak.

haa before that, aku lupa yang aku ada aktiviti lagi. dalam jam 3 petang plus plus, aku akan ambik akak aku kat rumah dia dengan anak2 dia balik rumah. kat situ lah masa aku bermain dengan budak budak tuh. kalau mood aku baik, semua pun aku layan. kalau mood aku tak baik, aku sakat dorang sampai nangis. tapi takdelah dasyat mana aku sakat dorang. just nice okay.

video

kalau bab nak kerja ke apa, aku sendiri tak tau kerja sambilan apa aku nak buat. ada banyak choice. i know that tapi atas sebab sebab tertentu semua tuh aku tolak ke tepi. so, full time duduk rumah goyang kaki. hik hik hik. 

perkara yang paling merisaukan aku apabila duduk rumah adalah berat badan. maklum lah berat aku sedia ada nih pun tak terlarat nak pikul. apatah lagi nak menambah. masalahnya berat tersebut  tak boleh nak dibiarkan begitu sahaja. aku perlu take care dorang. perlu jaga dorang. tau tak perit nak control makan kat rumah nih? tau tak?!

jangan kata aku, sesiapa yang sedang bercuti macam aku sekarang nih akan mengalami masalah yang sama. sedihnyaa lah dapat bercuti nih. kenapalah tak terus je sambung degree? kan senang. huhu. aku bukan fikir macam mana nak turunkan berat badan, tapi mencari lagi resipi resipi yang best untuk dimasak. lepas masak makan. sedap ke tak. haha. duh!

apa apa pun, saksikanlah video menyayat hati tuh. best ouh! hehehe. sorry ada sound problem siket kat video tuh. boleh besarkan video ye. baru best tengok. hahaha.

thanks for reading ! :)

Sunday, November 25, 2012

Sakit Untuk Cantik.

Assalamualaikum.

kalau dah namanya perempuan, mestilah sukakan kecantikan kan? apa aku nak share kat sini, ada sesetengah orang tuh sanggup sakit untuk cantik. apa yang dimaksudkan sanggup sakit untuk cantik? definition dia tuh sangat besar. betul? boleh dikaitkan dengan fashion, boleh dikaitkan dengan rawatan dan sebagainya. entry nih hanyalah pendapat aku je ye.

ini namonyo kerjo gilo. jangan tiru eh.

dari segi fashion, of course ler pasal high heels. ada sesetengah pihak tuh suka sangat guna high heels untuk nampak lebih bergaya ketika berjalan. ala-ala catwalk gituh. supaya jalan tuh tak menunduk dan sentiasa nampak confident. masalahnya sakit woah guna high heels all the time pegi jalan2, shopping. letih kot. kalau sekejap sekejap jer boleh lah kan. contoh macam pegi dinner. 

kalau aku, sangat lah sakit untuk guna high heels ketika jenjalan mana mana je. pernah dulu aku kerap guna kasut bertumit 2 hingga 3 inci untuk pergi shopping, pergi kelas. senang cerita mana mana jelah. mak aih sakitnya tapak kaki bila balik. of course lah time tuh aku rasa megah to the max dapat guna kasut tinggi jenjalan.

lama lama lepas tuh aku dah jadi tak minat sebab aku rasa bila aku berjalan, makin lambat. dah lah aku nih dikenali sebagai ratu lenggang ketika berjalan kaki. pakai lagi kasut tinggi memang lagi lambat lah. so, sekarang nih aku guna flat jer dan mesti bertutup. its my favourite now! tehee :D 

for me, tak perlu pun nak gayakan kasut tinggi2 tuh sangat. sekali sekala okay. tapi kalau dah jadi satu kewajipan tuh susahlah kan. nanti kesian kat tulang belakang kita nak support tau. tapi kan, sebelum aku tukar ke flat tuh, memang sakit lah kaki nak biasakan guna flat. kan dah biasa sangat guna bertumit tetiba nak tukar ke flat. sangat sakit. lama kelamaan okay lah dah.

lagi bagus lagi, tak payah guna kasut macam nih ha. hik hik hik.

bukan kereta aku ye.

pergi pulak kepada kulit muka. nih pun lagi satu hal ada sesetengah pihak sanggup pergi cocok sana sini. punyalah nak cantik kan. for me, kalau nak kulit cantik memang dari dalaman kita. selagi kita amalkan makanan yang tak sihat selagi tu lah kita tak boleh nak dapat kulit yang halus mulus, glowing etc. kalau dah semula jadi cantik, fine lah kan bersyukur tinggal nak jaga secara asas je. kalau yang macam aku ni ha, berminyak lepas tuh ikut hormon. kalau stabil cantik lah. kalau tak, beruam sana sini berjerawat. stress tengok tau!

kalau macam aku nih, kena guna produk produk yang betul betul sesuai. lepas tuh barulah okay. dah lah aku suka makan makanan yang bersantan. memang sangat susah nak jaga kulit uolls. itu pun aku dah banyak makanan yang boleh potong lemak lemak tuh. so, okay lah siket kan. hehehe.

all in all, jaga pemakanan dan paling penting jaga hati. hati bersih, automatik akan terpancar di luaran. tak perlu nak sakit untuk cantik.

p/s : aku tak pernah guna high heels. berat i wiss mampu nak tampung dek. i guna wedges jer. itupun ada satu jer. yang lain tak tau mana pegi. hehehe.

thanks for reading! :)

Saturday, November 24, 2012

Tips Penjagaan Rambut.

Assalamualaikum.

nih nak cerita siket pasal penjagaan rambut. kalau nak cerita bab rambut memang banyak. so, hari nih berdasarkan pengalaman aku sendiri, aku nak share siket pasal penjagaan rambut. beberapa bulan yang lalu, aku mengalami masalah keguguran rambut yang luar biasa. tak sampai botak pun, tapi banyak lah jugak rambut tuh gugur. 

untuk pengetahuan, rambut normal gugur 50-125 helai sehari.bagi aku kalau lebih 100 dah tahap bahaya dah tuh. kalau sebelum nih, asal aku sikat rambut gugur dia macam orang kena leukemia tau. kalau sikat dah tentu tentu lah gugurnya ini tak sikat pun sama je gugurnya macam sikat rambut. parah tak parahnya.


tak payah cerita panjang. tips umum yang kita perlu tau ialah;

1. jangan sikat rambut ketika rambut tengah basah. sebabnya bila kita sikat jugak, rambut tuh mudah gugur. nak nak pulak rambut panjang sangat haa memang menempah la gamaknya. dulu aku ada tabiat sikat rambut lepas mandi sebabnya nak maintainkan dia lurus siket. siket jer. kalau tak, bergulung sana sini. nyampah i tau! so, tunggu rambut dah betul2 kering baru sikat ye.

2. tak elok cuci rambut hari hari. ini khas kepada rambut yang selalu kering. bila dah kering ko pegi shampoo lagi hari hari, lagi lah hilang kelembapan kulit kepala kan. haa nanti kering kontang rambut uolls. tapi, kalau rambut yang cepat berminyak macam aku ni ha sebaiknya shampoo hari2. tapi aku guna shampoo yang khas untuk daily punya. so, ubat dia tak berapa nak kuat sangat. bagi yang bertudung tuh, cucilah pada waktu malam. at least rambut tuh boleh berehat kan malam2. kalau cuci pagi2. kang berkutu pulak bila pakai tudung nanti. lagi rosak rambut.

3. cara penggunaan shampoo dan conditioner. aku dulu tak tau pun cara guna shampoo dan conditioner dengan betul. aku belasah je guna. untuk pengetahuan, shampoo khas untuk kulit kepala dan conditioner khas untuk rambut. so, bila dah lepas shampoo rambut, dah cuci, sikat siket rambut tuh kasi lurus. after that ambik conditioner siket, sapu kat tangan then usapkan dekat hujung2 rambut. yang pasti jangan kena kulit kepala ye. kalau tak berminyak2 kulit kepala uolls.

4. pemilihan shampoo dan conditioner itu sendiri. kalau kita salah pilih shampoo dan conditioner pun, ini akan mengakibatkan kita keguguran rambut. dan aku rasa dulu aku salah pilih shampoo itu pasal gugur tak memasal. next entry aku akan share shampoo yang aku guna.

lepas jer aku dah tukar shampoo dan conditioner aku, aku buat treatment rambut balik. lepas tuh aku baru start guna serum rambut untuk maintainkan penjagaan rambut supaya tak rosak. dan kebiasaanya aku selalu trim rambut setiap 6 bulan supaya rambut cepat panjang. hehehe. nantikan next entry ye pasal review hair products. 

p/s : aku punya rambut tak lurus tak kerinting sangat. just nice curl. kalau aku blow rambut aku, kasi minyak siket, haa hampir sama dah macam dalam gambar tuh. ahaks! kalau aku tak sikat rambut aku, memang rambut aku jadi curl habis nih. yang gulung besar punya. 

nak lebih tips mengenai penjagaan rambut, macam mana nak elakkan rambut gatal sebagainya boleh KLIK SINI

Friday, November 23, 2012

DiGi Easy, DiGi Buddyz

Assalamualaikum.

aku tersangat lah suka iklan DiGi yang nih. sangat unik. simple and nice. mudah faham. kalau korang pengguna DiGi Easy, boleh lah subscribe DiGi Buddyz nih. banyak keistimewaan yang korang akan dapat.

24 Jam PERCUMA setiap hari Panggilan + SMS ke Buddyz™ + Facebook + RM1/hari Internet dengan DiGi Easy Prepaid.


korang ada tak kawan karib yang betul betul rapat dengan korang? ada tak kisah yang menakjubkan antara korang? kalau ada, why not sertai DiGi Buddyz Never Apart? korang just share kisah korang dekat SINI and mana tau ada rezeki, boleh menang. 


p/s : macam biasa lah korang boleh beli secara online dan daftar terus. untuk maklumat lanjut mengenai DiGi Easy boleh KLIK SINI.

related entries:
1. DiGi Prepaid Smart Plan

Lagenda Budak Setan 2 'Katerina'

Assalamualaikum.

haa, ni dia ada filem terbaru yang diadaptasi daripada novel. ingat lagi kan Lagenda Budak Setan yang pertama cerita dia? ini kesinambungan kisah daripada Lagenda Budak Setan. nak tau kisahnya apa? boleh baca sinopsis dekat bawah nih ha.


Sinopsis.

6 bulan telah berlalu, selepas kematian Ayu. Kasyah masih bermurung atas kehilangan isteri tersayang, Ayu

Melalui Athirah, bayinya, segala kasih saying dicurahkan. Katerina juga semakin pulih kekuatannya untuk berdepan semula dengan KasyahKetabahan dan ketenangan Kasyah masih menyerlahkan senyuman dibibirnya meskipun kehilangan orang tersayang, benar-benar buatkan Katerina mengaguminya

Kemesraan mulai terjalin semula antara keduanya. Mereka sering keluar bersama dimana Kate sentiasa berada disampingnya hingga membibitkan rasa cinta. Katerina memperkenalkan kasyah kepada kedua orang tuanya

Mereka merancang untuk bertunang namun ditentang oleh ibu Kate, Sofea. Sofea tidak puas hati kerana Kasyah adalah punca menyebabkan Kate kecewa hingga hampir membunuh diri selepas Kasyah menikahi Ayu

Tak mungkin dia menerima kasyah sebagai menantu setelah dia kematian isteri. Kate tetap berkeras mahukan pertunangan tersebut hinggakan kedua orang tuanya terpaksa menurut

Namun, ayahnya, Sofean, punyai muslihatnya sendiri meskipun dia menyatakan persetujuannya. Ketika yang sama, Hisyam, bekas kekasih Kate yang masih menggilainya muncul kembali, mencetuskan kekecohan

Hisyam mengupah sekumpulan lelaki memukulnya hingga patah kaki. Kate naik angin lalu memarahi Hisyam dan mengugut untuk melaporkan kepada polis

Kasyah bekerja dengan rakan niaga Sofean, setelah berhenti kerja. Kate pula ke Afrika Selatan untuk urusan perniagaan. Ketika inilah Sofean memasang perangkapnya

Zahirah dibayar untuk menggoda Kasyah hinggakan dilihat oleh Firdaus, pengurus tempatnya bekerja. Sofean dihubungi dan diceritakan segala apa yang berlaku

Sofean menyarankan Kasyah dibuang kerja dengan serta merta. Inilah rancangan terbaik Sofean memerangkap Kasyah. Kate amat terkejut sepulangnya dia dari Afrika Selatan, mendengarkan perkara tersebut

Kasyah cuba menjelaskan keadaan sebenar namun Kate berkeras untuk memutuskan pertunangan. Kasyah yang tidak bersalah, benar-benar kecewa dan pasrah. Kasyah menyerahkan takdir untuk menjelaskan kebenaran

Masa berlalu, Athirah pun sudah menjangkau usia 2 tahun. Kasyah masih murung, begiru juga Kate. Kedua mereka terluka hati. Antara mereka masih ada rasa sayang yang menebal. Kate mengambil keputusan mengahwini Hisyam dengan hasrat menyakiti hati Kasyah

Kate tahu yang Kasyah amat menyintainya dan dalam masa yang sama ingin membalas dendam ke atas Hisyam. Meskipun kate mengahwini Hisyam, beliau enggan membiarkan tubuhnya disentuh Hisyam

Mereka tidur berasingan. Kate ingin mendera Hisyam zahir dan batin. Kate takkan biarkan suami ‘gay’nya menyentuh tubuhnya.. Sementara Kasyah, membesarkan anaknya dengan bantuan abangnya, Iskandar

Beliaulah satu-satunya abang yang dia ada. Iskandar yang telah bercerai terpaksa kembali semula ke rumah peninggalan keluarga yang diduduki Kasyah. Malangnya, selain bercerai, Iskandar juga tidak punyai pekerjaan tetap

Kasyah berusaha membantu abangnya itu sedaya mungkin, setidak-tidaknya berada disisinya. Suatu hari, abangnya itu meninggal dunia kerana kemalangan

Anak kesayangannya, Athirah juga turut meninggal dunia tidak lama selepas itu kerana jangkitan kuku dan mulut. Kasyah kini tinggal sendirian, kesepian

Dia kehilangan segala yang disayanginya. Semua orang telah meninggalkannya. Kate pula nekad untuk meninggalkan Hisyam. Dia ingin bercerai. Inilah sebenarnya yang dimahukan. Dia ingin menyeksa Hisyam. Harapannya semoga Hisyam menderita sampai mati

Ketika Kate minta Hisyam pergi setelah memfailkan tuntutan cerai, Hisyam merasakan dirinya bagai ditusuk sembilu tajam. Bagaikan terhiris jantungnya

Hisyam sangat kecewa dan serasa ingin membunuh diri. Hidup bagaikan tak bererti lagi baginya. Sofean terkejut mendengar keputusan Kate. Kate menyatakan kejadian sebenar tentang Hisyam dan sebab-sebab dia mengahwini Hisyam. Kini, barulah dia mengerti bahawa Kate selama ini tak bahagia

Beliau menyalahkan dirinya kerana menjadi punca memisahkan Kate dengan Kasyah. Sofean benar-benar menyesal. Kasyah perlu dicari dan menyatakan kebenaran. Kate terserempak dengan Zahirah lalu bertanyakan perkara sebenar terjadi antara keduanya. Kate yang mendapat tahu muslihat sebenar, mengadap ayahnya Sofean. Sofean terpaku, tidak menyangka muslihatnya terbongkar

Masa berlalu,Kasyah masih tetap menyayangi kate. Dia juga mengerti yang mereka berdua hanyalah mangsa keadaan. Suatu pagi tanpa diduga Kasyah menghubungi Kate semula

Inilah permulaan indah untuk kisah cinta mereka yang tak akan menemui titik noktahnya


ok dah baca? dah faham? menarik kan cerita dia. nak tau penyudahnya apa, pegilah tengok wayang dia. hikhik. filem nih akan ditayangkan pada 29 November 2012. jangan lupa jugak Sepah The Movie pun keluar on the same day. jangan lupa tengok yer.

p/s : nak tau lebih lanjut pasal filem nih, boleh lah KLIK SINI.

Thursday, November 22, 2012

Contest I Choose To Wear Hijab

Assalamualaikum.

klik gambar untuk terus sertai contest ini.



gambar yang di-contest kan adalah;

terimalah gambar candid daripada kami. yang tengah2 kepala senget arah kanan tuh saya yang berflower flower tuh :D

uolls kalau nak join sekali contest nih, boleh lah ke blog Sometimes Sweet Sometimes Sour by Salwa Ismail. KLIK SINI okay kalau nak join. ada banyak hadiah yang ditawarkan. for your information, tarikh tutup 7 Disember nih. contest nih khas untuk wanita wanita muslimah ye.


Syarat penyertaan sangat mudah.


1. Buat entry bertajuk "Contest I Choose To Wear Hijab" dan letak banner di atas
2. Letak gambar yang korang pertaruhkan 
3. Sila like, follow dan subscribe sponser hadiah 

so, apa tunggu lagi? jom lah join!


apa yang penting, pakai hijab kerana Allah SWT bukan nak menang ke hape. ikhlaskan hati anda.  pesanan khas untuk diri saya dan anda semua. selamat beramal semua :)

*nak sertai lebih banyak contest? boleh KLIK SINI.

Wednesday, November 21, 2012

Wordless Wednesday #2


take me to Paris, lets go there and never look back.

Tuesday, November 20, 2012

Astro Gradz khas untuk pelajar lepasan SPM. hurry up!

Assalamualaikum.


nampak tak tuh? ok, entry nih khas untuk lepasan SPM. kepada adik adik yang baru je habis SPM then tak tau nak pilih kos apa untuk UPU, or tak tau nak buat apa, meh baca sini. Akak Aisyah nak habaq mai nih.  kalau ada ibu bapa yang tak tau mana nak tujukan hala anak anak, pun boleh baca gak. ahaks! 

as uolls know, Astro ada buat macam macam program untuk students dari UPSR, PMR sampai lah SPM. kali nih, Astro ada buat program Astro Gradz di mana kat sini korang boleh share or cari info apa nak buat lepas habis SPM. nak kerja ke, sambung belajar ke ape ke. boleh cari info kat sini.

Daripada membuat keputusan bagai membaling dadu sahaja, lebih baik lagi dapatkan nasihat Astro Gradz untuk petunjuk dan bantuan yang diperlukan untuk melanjutkan pendidikan korang. ye dok? hehehe.

ok, korang boleh KLIK SINI untuk terus ke website dan jangan lupa ok like page Gradz nih.

Kebaikan Air Kosong Pada Waktu Pagi.

Assalamualaikum.

heh. heh. heh. heh. 
nah baca nih 5 kebaikan minum air kosong, air suam, air masak pada waktu pagi. 


1. dapat menstabilkan sistem badan. kalau nama sains dia Lymph System. segala fluid fluid pun dapat dikasi stabil. selain itu, air kosong nih jugak kalau diminum pagi2 dapat membantu untuk melawan segala infections. 

2. memberi kelicinan kulit. sebabnya kan bila kita minum air masak pagi2 time air liur basi masih ada, kita akan rasa sakit perut nak berak. bila dah berak, toxic pun hilang dan ini membantu untuk kita dapat kulit yang glowing gituh.

3. dapat membantu mengurangkan badan sebabnya bila kita minum air masak pada waktu pagi kadar metabolisme akan meningkat sebanyak 24%. haa tak caye, buat hari hari ye.

4. dapat meningkatkan kadar production of new blood and muscle cells.

5. bila kita minum air masak masa perut kita kosong pepagi tuh, ianya dapat membantu untuk colon kita serap segala nutrients. kalau tak tau apa tuh colon, nih ha kat bawah ni gambar dia.


kalau aku tak baca article pasal kebaikan air kosong nih, takde jugak aku tau fungsi dia sejauh ini. yang aku tau kalau pagi pagi minum air kosong, akan melancarkan sistem buang air besar kita. terus pagi pagi rasa ringan badan dan senang nak buat kerja harian. itu je yang aku tau. sekarang, kita semua dah tau fungsi air kosong pada waktu pagi dengan lebih lanjut. kan kan kan. hehehe.

p/s : sumber dipetik dari website Weight Loss Plans - 99diet.com

Majalah Online Femag

Assalamualaikum.

hari nih aku nak share something kat korang semua mengenai majalah online. before this aku pernah dengar majalah online. tapi aku tak pernah google pun sebab aku rasa majalah online nih mesti kasi tau separuh separuh jer. lepas tuh suruh orang beli. dekat situ je dah menunjukkan aku tak faham bahasa. nama pun majalah online, means full lah kan? 

yang nih pun aku tau sebab aku tengok dekat blog orang. jalan punya jalan terjumpa lah majalah online nih. namanya Femag. apa yang best pasal Femag nih, dia macam majalah InTrend, Remaja semua tuh. kira adek beradek lah jugak bagi aku. semuanya complete dalam majalah ni dan sangat sesuai untuk kita kita perempuan nih ha. ada cerita pasal fashion, masakan, peribadi, kesihatan, make-up etc. banyak lah info boleh dapat kat sini. tak rugi pun kalau nak baca. because it's free!

edisi dia dah sampai 17 kot. aku baru semalam dapat tau. nampak sangat aku ketinggalan. takpe, boleh bukak balik daripada mula. jangan risau. so, apa tunggu lagi jom terjah majalah online Femag nih.

nih ha antara isi kandungan yang ada kat dalam Femag nih. 




actually, Femag nih daripada website WuuhuuOnline.com. kat WuuhuuOnline.com nih ada lagi 3 majalah. kalau nak tau lebih lanjut, boleh lah klik ke link yang aku dah bold kan tuh. 

Monday, November 19, 2012

DiGi Prepaid Smart Plan.

Assalamualaikum.

kepada pengguna DiGi yang setia, ini ada sedikit info untuk korang guna Smart Plan. maklumlah, sekarang kan dah bersepah sepah smart phone so, mestilah nak tau smart plan apa yang sesuai, apa yang paling murah kan? so, korang boleh tengok kat bawah nih ha.


harga dia hanya RM25 per pack. dan paling menggembirakan, korang boleh beli secara online. kos penghantaran hanya RM5. so, total RM30. boleh daftar terus secara online. mudah kan? kalau nak beli online, boleh klik kat link yang aku bold kan tuh. enjoy!

#DGPrepaidSmartPlan DiGi Prepaid Smart Plan Online

Sunday, November 18, 2012

Hada Labo Make-up Remover Oil

Assalamualaikum.

aku nak share kat korang hari nih mengenai cara penggunaan Hada Labo remover oil nih. kalau nak di-translate kan tulisan jepun kat botol nih, nama sebenar remover nih ialah Hada Labo Super Hyaluronic Acid Moisturizing Make-up Remover. hambek kau punya main panjang. aku panggil, Hada Labo Remover Oil jer. 

ini untuk yang make-up nipis

macam biasa lah fungsi utama dia nak remove make-up. kalau warna biru, untuk light make-up kalau kuning untuk make-up tebal. so, aku pilih biru jer. before this, aku salah menggunakannya. kekadang betul kekadang salah. dulu, cara penggunaan aku camnih. aku picit remover nih then sapu jer terus kat seluruh muka. after that aku bilas terus dengan air. terus muka aku rasa macam licin2 yang tak habis cuci tuh. tak tau rasanya? haa, cubalah style aku tuh. nanti uolls dapat rasakannya. hahaha

ini untuk make-up yang tebal

ok, itu cara yang salah yer. cara yang sepatutnya dibuat adalah seperti dalam video kat bawah nih. 
1. picit sekali or dua kali Hada Labo Make-up Remover nih.
2. sapu ke seluruh permukaan kulit muka. 
3. ambil sedikit air dan bilas muka anda. kemudian, remover yang ada kat muka tadi akan jadi milky.
4. kemudian, bilas dengan air seperti biasa seluruh muka anda.
5. untuk lebih bersih, cuci dengan cleanser yang biasa kita gunakan. 


sebelum nih, aku rasa tak berkesan pun remover nih. bagus lagi guna remover Silky Girl yang penutup hijau tuh. tapi sangkaan aku salah sama sekali. uhuk. berbaloi guna Hada Labo Remover Oil nih. boleh dapatkannya kat Guardian or Watsons. harganya agak mahal lah jugak dalam RM50++ tapi boleh tahan lama. jangan risau yer. 

so, apa tunggu lagi? cubalah. hehehe

p/s : rasanya sebelum nih aku pernah bagi tau remover amat penting sebab bila kita expose kat luar habuk akan melekat kat muka kita, kalau kita tak remove sebelum cuci muka, akan menyebabkan pore kat kulit kita terbuka sedikit demi sedikit tanpa kita sedari. senang cerita akan menyebabkan kulit kita berkawah macam kat bulan tuh. hehehe.

Saturday, November 17, 2012

Adam & Hawa Full Episod

Assalamualaikum.

kepada sesiapa peminat tegar drama Adam & Hawa, kat sini aku nak habaq kat hampa. ni diaaa link untuk hampa semua download drama Adam & Hawa. KLIK SINI. full episode yer. hahaha. padahal kat astro pun sampai 48 baru. sabaq naa.

kepada sesiapa yang tak berpeluang nak tengok drama nih pun, boleh lah klik ke link tu kot kot nak tengok ke kan. orang bilang sharing is caring ye dok. hehehe.



bagi aku cerita dia nih biasa biasa je. takde lah hebat mana pun dan tak perlu nak taksub segala. ada certain episodes tuh sumpah macam haram. lagu memanjang takde isi. sangatlah membuang masa 30 minit menanti buah yang tak jatuh jatuh. ada certain episodes pulak terlampau banyak isi sampai tak cukup masa nak cerita. so, kira macam tak balance. ada episode best ada yang tak. 

kalau nak tau sinopsis dia, boleh baca kat dalam website yang aku kasi tuh. kalau nak lebih mendalam,  beli lah novel terus. hikhik. A to Z uollls will know. 

overall just nice. 

Johor Premium Outlets (JPO)

Assalamualaikum.

pernah dengar tak Johor Premium Outlets? atau nama ringkas dia JPO. ok, JPO nih terletak kat Kulaijaya Johor. aku dapat tau pasal JPO nih pun daripada kawan aku Farahan. kampung dia kan kat Johor so, dia tau lah pasal JPO nih.

secara jujur, aku tak pernah pun sampai lagi kat JPO. tapi aku ada buat search lah siket pasal JPO nih. apa yang bestnya kan. JPO nih adalah satu shopping mall yang hanya menjual semua barang yang branded. kiranya JPO nih adik beradik dengan Pavillion lah. 

yang paling menarik pasal JPO nih, setiap hari akan ada sale sebanyak 25% hingga 65%. setiap hari okay. bukan semua brand tapi selected. maknanya, hari nih brand Guess, esok brand Puma, dan seterus-terusnya ikut brand yang ada lah. kenapa boleh dapat murah? sebab dia direct daripada kilang. sebab itulah dia murah.

kalau nak tau butik apa yang ada kat JPO, boleh klik kat sini

klik untuk tumbesaran ye.

seperti yang tertera kat atas nih. ini adalah promotion yang tengah ada sekarang nih. so, kepada sesiapa yang tengah banyak duit dan berdekatan dengan JPO nih, boleh lah pergi sana habiskan duit anda. hahaha.

nak lebih info pasal Johor Premium Outlets nih, boleh lah pergi direct ke website dia. http://www.premiumoutlets.com.my/

p/s : apa yang best sekali, ada Victoria's Secret. aku penggemar body mist dia. wangi ! bau buah buahan. 

Friday, November 16, 2012

Kedai Plus Size

Assalamualaikum.

malam nih, aku nak share lah kat mana nak beli baju or seluar plus size. maklumlah, kalau orang berbadan besar nih susah siket nak dapat cari baju yang lawa lawa, ikut trend terkini, dan paling penting selesa. aku tau ramai kat luar sana tercari cari kat mana nak cari baju plus size nih.

so, here we go. 


pernah dengar tak nama boutique nih? haa, dia nih ada jual macam2 style baju, dress, maxi dress, seluar. eh semua lah. kiranya kalau nak baju yang cantik cantik dan bergaya boleh lah dapatkan kat Cucucamber nih. tapi, kalau nak order dengan dia nih, make sure yang duit tuh dah dengan kita. sebab selalunya dia bagi kita tempoh 1hari je untuk payment. so, sape lambat tak dapat lah. lepas tuh kalau nak tau, baju baju dia selalu cepat habis. macam pisang panas ouh. hehe.

next, dekat Brands Outlet. kat sana pun ada jugak plus size corner. kalau kat sana kita kena ikut musim jugak. kadang2 lawa, kadang2 tak. so, nasib nasib lah jugak. harga dia takdelah mahal sangat. lebih kurang yang online punya nih jugak. yang pasti under hundred.

kalau nak yang up siket http://westfashion.net/Plus-Size. yang nih aku suka lah style style dia. majority cantik. tapi mahal harganya. kan import memang lah mahal. semua pun rm100++. kalau dah kerja nanti, boleh lah beli kan. kalau setakat sekarang nih. dapat cuci mata jelah.

so, setakat itu jelah review aku untuk kedai plus size. harap entry kali nih membantu anda sekalian di luar sana. have a nice day everyone :)

p/s : kalau korang tau kat mana ada lagi kedai plus size sama ada online atau offline, share lah dengan aku pulak. hikhik.

Wednesday, November 14, 2012

Camera Instagram.

Assalamualaikum.

kalau zaman sekarang nih tak tau apa itu instagram, bagus google lah kan apa itu instagram. hikhik. ok sekarang aku nak cerita pasal camera instagram. haa, camera nih direka khas tau untuk application instagram nih. sangat cute! sampai semua background twitter aku, whatsapp gambar camera instagram. 

secara umumnya, aku tau camera nih ada wifi, bluetooth and boleh touch screen dan for sure dia ada memory sendiri (16GB) dan juga boleh print gambar terus. size gambar macam polaroid punya. see! cute kan? dah kata dah taknak percaya.

haa, nak tengok macam mana size dia? size dia macam size cermin makeup perempuan. mungkin besar siket kot. boleh masuk poket. mudah dibawa ke mana mana sahaja. 


haa, nih lah dia camera yang cute tuh. malang sekali camera instagram nih belum lagi release kat mana mana pasaran. so sad :(

aku dah bagi tau basic, so kalau nak details boleh refer kat sini. Camera Instagram

Sunday, November 11, 2012

UiTM Sabah tetap dihati. cewah cewah.

Assalamualaikum.

nak gelak dulu. hehehe. ok cerita. baru baru nih keluar result untuk student diploma uitm. so, secara sahnya saya dah graduate in diploma public administration. alhamdulillah syukur sangat sangat. ok, done with that. no need to explain in details. 

erm, perasaan aku bila dah dapat keputusan nih of course lah happy tapi disamping happy tuh terselit satu rasa sedih. yelah dah berapa semester dah aku duduk kat uitm sabah tuh. macam macam kenangan manis, pahit, masam masam manis, terlampau masam. eh macam macam lah. susah sangat nak gambarkan perasaan tuh. mana lagi aku dengar cerita ramai kawan kawan sabah minta BASC. memang tipis lah harapan nak jumpa balik time degree nanti. 

semestinya aku akan rindu suasana membahan antara satu sama lain, suasana membubut (mengejar) orang. hahaha. suasana apabila setiap semester ada jer lecturer yang akan merajuk dengan kelas kita. suasana ber-roommate dengan macam2 jenis kawan. suasana bershopping dengan dorang. suasana bersembang sambil makan minum. semuanya lah. semua aku akan rindu.

i'm gonna miss each one of you guys :') especially my classmates and ex room-mates. insyaAllah kalau ada rezeki jumpa lagi ye. aku doakan korang semua dapat kat semenanjung pulak. harapnya kat shah alam. aku pun nak kat sana. hehehe. 

jamah lah sedikit hidangan gambar gambar nih ha. 




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
My Ping in TotalPing.com